Wednesday, September 28, 2011

Si bongsu dah konvo :)

Konvonye isnin lepas, 26/9 tapi br hari ni aku nak post. biasa la kan. banyak kerja tertunggak :)

Ni dia adik bongsu aku. akhirnye konvo jugak. jubah mesti nak sama semua kan. dulu kakak aku konvo pun jubah warna ni gak. InsyaAllah tahun depan aku konvo, jubah kaler ni jugak aku sarung nye. mmg takde viarasi langsung!haha




ni outdoor amik kat Melaka. gile penat jadi juru gambar. patut la harga kemain mahal kalau nak photoshot.

Harus la tema pun hijau kan, sama je ngan tema kakak aku dulu. dah kata dah takde viarasi!


Walaupun dia lebih tinggi dari aku, tapi aku tetap kakak. muka aku mmg blurr sebab dah letih sangat bersesi fotografi.


ni gambar kakak aku konvo tahun 2007. kan same?

Friday, September 16, 2011

Semester baru

Dah seminggu semester mula, baru hari ni nak update blog. dasar pemalas!haha. bukan pemalas la, sibuk je. kadang tak sempat nak on laptop pun.

Sem ni duduk bilik baru (tapi sebnarnye buruk!), flatlet. duk sorang-sorang. boring ok! Tak kisah la buruk ke duk sorang ke jauh ke. aku bukan selalu ada kat bilik pun.malam je baru balik bilik. bak kat adik aku, bilik kau tu dah macam bilik hantu.haa.tu baru betul perumpamaan dia. nak buat macam mane kan, dah rezeki dapat bilik ni tapi sila la bersyukur ye azuramajid. daripada student lain yang kena duduk luar tu, elok lagi duduk bilik ni (walaupun mak aku sendiri pun sedih tengok bilik ni.hahaha) aku bayar mahal ok! takkan la duk bilik macam ni kan? Astagfirullahalazim. bersyukur! bersyukur!

Tapi hari ni aku dah kemas and setting2 sikit barang kat bilik ni kira ok la. tak la teruk sangat.

Sem ni kelas agak banyak, assignment toksah cakap. first day, first class dah ada assignment, submit next week! mujur hari ni cuti. adalah jugak masa nak buat. esok and ahad pun cuti jugak tapi kena pergi rumah kakak aku, dia buat open house. dah kata open house kan takkan la nak bersibuk-sibuk buat assignment kat rumah dia.

Research Project macam biasa, manjang nye sangkut! tapi Alhamdulillah dah mula writing and supervisor pun dah approve chapter 1 and chapter 2. lega nya Allah je yang tahu. Senior dah nak pergi jepun, semalam farewell party dia, sedih :'(. aku tau yang nak pergi tu dia bukan aku tapi tak tahu kenapa aku lak yang sedih. emo kan?haha. mungkin sebab terbayang yang lab tu nanti kosong kalau dia takde. sebab selama ni dia je penunggu setia dalam lab tu sebab dia kan lecturer, so memang everyday la pergi keje. yang student-student lain ni kejap-kejap je masuk lab sebab semua coursework.

Sekarang ni ada budak degree under aku. ok la kan ada jugak kawan walaupun dia macam tak selalu je masuk lab. setakat ni baru sekali je aku jumpa dia. kalau nak ajar dia bab teori insyaAllah aku boleh, tapi kalau bab teknikal payah sikit la. time aku tanye dia hari tu pun dia kata takde basic, bagus sangat la. harus la terkapai-kapai sama macam aku.haha. takpe-takpe, semua benda boleh belajar :)

Semalam budak bilik depan ni tegur aku, chinese girl, dia tanye aku first year ke? aku macam pelik la pulak sebab first year semua duduk asrama. aku ni duduk flatlet. pastu aku cakap aku master student, one year programe and this is my last semester. dia replied, ha? so young! ok. sekarang aku tau kenapa budak kat kafe and faculty selalu tengok aku bila aku bawa buku tebal-tebal and ada kunci lab sendiri. diorang ingat aku first year! woi, aku dah tua la. ada ke kata first year. kalau third year ke masuk akal la jugak kan. positif, positif. muka aku masih muda agaknye.hahaha.

Jumpa lagi next entry ye. bila tu? aku pun takde jawapan :)

Wednesday, September 7, 2011

Demam

Aku tak nak cerita pasal sambutan hari raya, sebab semua blog sibuk cerita pasal raya. sememang nye sambutan raya adalah stereotype yang mane setiap tahun adalah sama. Alhamdulillah kemeriahan dan kebahagiaan masih dirasai.

Yang aku nak bagi tahu kat sini adalah aku demam dah tiga hari tak baik-baik lagi! ni penangan panas terik + air sejuk yang dihidangkan time raya hari tu. mujur semester tak mula lagi. tak ke haru nak sok sek sok sek dalam kelas nanti.

Jumpa lagi minggu depan bila kuliah dah mula. ok bye!

Saturday, September 3, 2011

Selamat hari raya

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Dah 3 minggu aku bercuti. harapan nye cuma satu, moga ingatan dan semangat ini kembali pulih. aku tak sentuh langsung pun projek aku. gile tak sedar diri!!

Siap la bila balik uni minggu depan, habis la nak bersoal jawab dengan supervisor =(

(Boleh tak kalau nak cuti panjang sikit?)