Monday, February 28, 2011

Currently at Melaka

Kemain lama aku cuti kan?hihihi.alang-alang dah balik rumah,apa salah nye kita bermalas malasan skit kan.hahaha. tak la. sok ada hal nak settle kan kat sini,tu yg cuti lama skit. macam-macam nak buat. sok ptg kot baru balik kolej. 'terpaksa' ponteng kelas :)

Selalu balik Melaka hari sabtu then balik kolej hari ahad, mmg tak sempat nak buat ape2 pun. tapi sebab minggu ni balik kolej lewat skit, so boleh berenjoy :) best, best, best.

Wednesday, February 23, 2011

Bila tesis dalam bahasa melayu...

Actually kat sini diorg tak panggil tesis pun.disertasi kot. tp tu utk mix mode. yg aku nye laporan penyelidikan je kot. ntah la.tp format same je mcm tesis.

Bila dah lama tak menulis karangan dalam bahasa melayu, ini la jadi nye. tak pasal2 supervisor aku kena jd cikgu bm.hahaha. dahhh sape suruh aku tulis dalam bahasa melayu kan.memang tatabahasa hancur la. yang kelakar nye dia tu bkn melayu tp karangan melayu lg bagus dari aku :)

Kat sini semua laporan kena tulis bahasa melayu.tak kira la korang tu degree ke, master ke even phd pun kena tulis bahasa melayu.except for international student.kalau takat2 mak pak mmg duk malaysia, tok sah feel2 la nak wat report dlm english. ada certain cases yg boleh mcm supervisor korg tu foreigner,sah2 la tak bleh fhm melayu, atau examiner org luar. tu boleh. tu pun kena fight kat senat.

Aku amik langkah mudah je.ala. bahasa melayu kot.senang je(padahal masa mula2 aku punye la terkejut.hahaha.lama kot tak menulis dlm bahasa melayu.) tak payah nak fight2, tulis je dlm bahasa melayu. presentation pun bahasa melayu.klasik sungguh.hahaha.

Sok aku ada mid term exam. first experience ni.tak tau nak expect ape. redah je kot.hahaha. susah2 je kan nak buat exam.bg grade terus kan senang.hihihi.

Sok hari khamis. aku mmg slalu tertunggu-tunggu hari khamis.hahaha. ada 2 lecture sok. ironi nye(ha ambik ko,bahasa tak tahan.hahaha.kata blaja bhs melayu kan) satu subjek aku paling suka, satu subjek aku paling tak brape nak suka. utk lecture yg aku tak brape suka ni kan selalu je aku rasa cpt nye hari khamis.tp bila ingat kat lecture yg aku paling suka tu, slalu ckp lambat nye hari khamis.hahaha.pada hari khamis akan berlaku pada hari yang sama kan?pelik oh.

Ape2 pun, sok hari khamis. aku ada exam, aku ada lecture yg aku suka.bila tiba hari khamis je mesti jiwa tak tenteram.mcm mane nak tenteram?dah dua perasaan bercampur.satu suka satu tak suka. tp aku ttp buat2 suka jugak. penat lecturer tu nak mengajar aku kan.ada pulak ckp tak suka.mesti suka :)

Jam telah menunjukkan pukul 9.51 pm.wajar la utk aku pergi ulangkaji. azuramajid, sila sedar diri.sok ko ada exam! babai.

Kenapa semua orang nak pergi oversea ni?

Aku kena tinggal sengsorang la lepas ni. semua orang pakat-pakat nak pergi oversea. aku jeles ok. bkn jeles la, kagum :)

Takpe2.kita relax2 dulu. next year boleh pergi :)

Muda lagi kan. diorg dah tua.hakhakhak.(padahal umur lebih kurang je ngan aku)

Hari ni tak nak cite pasal study.otak aku dah senak. kita anggap je semua ok(padahal aku ada exam hari khamis ni!).

Hari ni aku nak berjiwang-jiwang karat sekejap.hahahaha.(seriously aku tgh senyum sorang2).
Aku tak nak pun cite pasal cinta hati aku, aku nak cite pasal orang lain.

Last few days aku blogwalking, found one blog yg dia story many of her friends already married and engaged but she still single. dan dia anggap diri dia sebagai losser just because she still single. huh? sinlge pun boleh jd losser eh? c'mon girl! banyak lg benda boleh buat la.

Frankly speaking, being single is doesn't matter to me. ape masalah nye pun kalau kau single kan? unless kalau kau mmg dah rancang nak kawin, up to that point mmg perlu risau la.tp kalau takat nak bersuka ria,baik single je.

Tutup cite tu. ni nak cite benda lain plak.still in love topic (kata nak berjiwang karat kan.hahaha).

Aku dah follow blog ni 6 bln kot. then suddenly her husband passed away last month. so sudden. tak boleh aku bayangkan macam mana kalau benda ni jd kat aku. kehilangan orang yang tersayang secara tiba2. kematian adalah pasti, aku tahu. tapi untuk menerima hakikat,bukan mudah.

Time ni la teringat segala moment terindah. baca blog dia pun dah sayu gile.kalau ada kat tempat dia mcm mane?

Baca blog ni sedarkan aku yg kita perlu appreciate everything infront of our eyes. nikmati moment tu sebaik mungkin. mungkin itu yang terakhir...

Aku banyak relate dengan parents sbb aku takde husband lagi.hahaha. perasan tak bila mak@ayah kita membebel, kita selalu tak suka.bising la, ape la.bayangkan kalau esok diorg dah takde.kita tak kan dgr lg bebelan diorg. walau rindu mcm mane pun, kita tetap tak kan dgr.

Bila diorg suruh buat sesuatu, buat dengan ikhlas, blm tentu esok kita ada peluang lg untuk berbakti dengan diorg. mungkin ini hari terakhir kita buat kerja untuk diorang.

Melawat mereka semampu mungkin. I take this very seriously. kenapa mesti berkira untuk balik kampung?esok2 kalau diorg dah takde, kita nak melawat siapa pulak?

Bagi aku, mati memang pasti, tapi semasa hidup ni la perlu di hargai sebaik mungkin,supaya bila mereka pergi meninggal kan kita, kita tak ralat. paling tidak, kita tahu yang kita dah buat sebaik mungkin.

Tibe2 entri aku jadi serius.hahaha. mood: homesick. rindu gile ngan diorg. rindu sangat-sangatttt. tak sabar nak balik.


Sunday, February 20, 2011

Macam-macam hal

Hari ni mak nak datang.best.best. tak sabar nak keluar jalan-jalan.boring duk kat ukm ni. stress! minggu ni tak balik melaka.kerja terlampau banyak.assignment dah tahap infiniti.next week ada exam. assignment masih bertambah-tambah.mcm takde petunjuk nak stop pun.

Aku nak drop satu subjek.rasa mcm tak boleh nak go on ngan subjek tu.ramai terkejut sbb diorg kata subjek tu mudah.yup.mudah.mudah pada diorg la.pada aku susah.sok adik balik sini nak bincang ngan dia,sbb aku tak faham sangat sistem daftar kursus kat ukm ni. takut2 sem depan tak boleh nak amik lebih kredit.silap2 kena extend.tak nak oh. setahun cukup la.uban kat kepala aku pun dah makin menyerlah, nasib baik xde sindrom rambut gugur,kalau tak mau nye same ngan kepala lecturer2 aku kat sini :)

Kakak senior dah datang. projek aku dah tak jd berat lg.dia yg akan handle.aku cuma buat sikit2 je untuk tulis dlm report. tapi still terkejar-kejar sbb aku nak habiskan projek secepat mungkin sebelum kakak senior further phd kat jepun bln 8 nanti. kalau dia dah pergi sana,aku kena take over balik project ni.sejujur nye aku tak mampu.aku takde cukup masa nak buat projek ni. ni projek besar, tak layak untuk budak coursework mcm aku.aku tak cukup masa nak buat research. dia pun selalu pesan kat aku, bila jumpa supervisor,slalu ingatkan dia yg aku ni bdk coursework,bkn bdk research. dia bg projek tu seolah-olah aku ni bdk research. takut nanti tak smpat habis setahun.wahhh.takutnye aku. kena siap kan report sebelum bln 8!

Sekarang ni pun hari-hari aku masuk lab.lewat petang baru balik bilik.tapi takpe,aku blaja benda baru. Insyaallah benda yang berguna :)

Hari-hari kena bagi semangat kat diri sendiri. takut2 tersangkut tengah jalan. bagi aku, master fizik sangat susah.tak tahu kenapa.tapi jujurnye mmg aku rasa sangat susah.so many times that i want to give up. tapi tak boleh. nak tak nak kena survive jugak.kenapa kawan aku ckp master fizik senang?

Kalau la ada phd under coursework,sumpah aku takkan amik.especially dlm bidang fizik.kalau master pun dah susah mcm ni, phd ntah mcm mane ntah.

Untuk sedapkan hati,selalu cakap mesti boleh buat.tapi bila tgk benda yang bertimbun-timbun tu otak jd blurr.tak nampak ape-ape.baca banyak2 kali pun still tak faham. reference books kemain banyak.lecture notes pun aku tak habis cover,mcm mane nak baca reference book?

Diorg ckp tak perlu risau sangat. Sbb master senang.senang?boleh bagitau aku part mane yang senang? sepanjang aku duk sini,takde satu pun yang aku rasa senang.semua nye susah! sorang kawan aku baru quit. dia kata tak boleh bawak. bayang kan aku baru nak develop spirit,dapat news ni pulak. hopefully semangat yang aku sedang bina ni akan terus meningkat and sustain sampai hujung sem.

Yang subjek diorg taknak mid sem tu kan,baru sekarang diorg sedar yg subjek tu susah.kan aku dah cakap. kalau sekarang baru nak decide nak ada mid sem,boleh babai.aku dah takde masa nak cover. banyak lagi subjek lain aku nak cover untuk midsem.so nanti time fianl,pandai-pandai la ye. yang aku pasti,soklan lecturer ni bkn calang-calang and time yg dia bg pun sangat limited. ni senior yg cite ngan aku. 5org senior yg aku jumpa, lima2 suruh aku drop subjek tu. tapi mane boleh drop, cinta hati aku :)

Work as hard as u can and leave the rest to Allah :)

Terlupa nak cite, hari isnin ni ada pilihan raya kampus.aku ni mmg jakun sikit sbb time kat upm dulu takde pun lebih2 mcm kat sini. tadi around 3pm aku nak g lab,kemain ramai lg kat dataran bawah ni,siap bendera bagai.ingat kan ape la excited sangat,rupa nye sibuk berkempen.korang takde exam ke weh?orang tgh sibuk nak prepare ttg exam,dia pun sibuk la duk ketuk2 pintu nak bg manifesto.ketuk kemain kuat lak tu last2 bila bukak,'saya budak master' terus dia blah dr bilik aku. master xde kena mengena kot ngan undi mengundi ni.kalau ada pun,aku malas nak amik pot. pss adalah sangat jauh ye.buang masa aku je nak pergi mengundi kat sane.

Lagi satu aku rasa tak perlu la nak ber yo yo je kan ngan pilihan raya ni.siap perarakan bagai. yang korang nak pilih tu ketua je. tak payah la sampai melebih-lebih.aku sangat tak suka dengan keadaan yang kacau bilau ye.aku rasa mcm diorg ni mengganggu hidup aku.tgh mkn kat kafe pun nak berkempen.aku nak makan pun tak senang. siap bendera n ntah ape2 lg.kalau menang pun,korang boleh ke tukar sistem universiti?paling2 baik pun korang boleh anjurkan program je.jangan tipu la kata nak ubah tu nak ubah ni.ingat nak ubah tu mudah?

Bila menggunakan nama agama kita kena ingat, adakah pihak lawan berlainan agama?tak kan?sesama muslim kan?jangan pikir agama kita dah terlalu mantap sehingga menidakkan agama pihak lawan.aku pelik la.kalau bab lawan-melawan ni,bangsa kita la yg paling lantang.sedangkan yg dilawan tu pun umat dari agama yang sama. adakah agenda yang pihak lawan bawa bertentangan dengan agenda korang?bagi aku satu je, universiti adalah tempat untuk belajar. mane2 pertubuhan pun yang pegang nanti,agenda utama nye tentu la berlandaskan pembelajaran.so, xde beza pun.

Time nak pilihan raya ni la semua orang tiba2 jd peramah kan.aku on the way nak pergi post office pun ada yg menegur.cuba time xde pilihan raya,bkn kata nak tegur,senyum pun tidak.


Friday, February 11, 2011

I can manage my time :)

Kejap je dah hari jumaat kan. Maksudnye dah 2minggu aku tak update blog. extremely busy. memang takde masa. since balik dari langkawi aku dah rushing for everything. frankly speaking, mood aku swing 360 degrees. macam biasa, semua benda nak kena settle kan. tapi banyak yang sangkut.

But Alhamdulillah, aku dah boleh manage time skarang ni. takde la kelam kabut macam minggu-minggu sudah. walaupun banyak kerja tangguh but at least aku ada perancangan. dah jumpa a few friends yg boleh discuss sama2, kira in the same shoe la. yang beza nye diorg dah sem2. tapi takpe. as long as boleh masuk, aku on je.

Patut nye next week dah start mid sem, tp ada subject yg takde mid sem. aku kureng sikit la ngan subject takde mid sem ni sebab everything kena cover masa final. pada aku kalau ada mid sem kan lagi bagus. at least, kita tau takat mana kita faham tentang subject tu.kalau nak relise time final, dah terlambat dik non oi. tapi nak buat macam mane. dah aku sorang je yg nak mid sem,student lain taknak.katanya subjek tu senang, semua boleh cover dalam final.seriously aku terkejut time diorang cakap senang. of course from the notes its easy, but the question will be tough. nasib la kan. agaknye diorg tak tau kot last semester takde sorang pun yang dapat a. tu cakap senang?hrmmm.

Admitted I'm think too much, worry too much. tapi tak boleh nak elak. mesti nak pikir, mesti nak risau.kalau slalu sangat jumpa lecturer rasa2 dia menyampah tak ngan aku?hahaha.

Sekarang dah ada lab key. senang skit nak duk kat fak.dah ada tempat sendiri. macam best je :)
Projek dah kena mula sebab nanti lambat siap. tapi baru analyse. sabar sikit. buat sikit-sikit, lama-lama habis jugak kan. lama pun tak lama la, satu tahun je. kena keep motivating. kalau tak selalu sangat down. supervisor cakap bidang ni tak ramai yang teroka.nanti wat phd senang nak dapat gran. memang la ramai tak teroka, susah ye. complex! space physic gabung ngan programming. seriously aku mmg lembab bab2 programming ni. yg bab fizik korang tak payah tanye. lembab to the power of berapa pun aku tak tau. yg pasti mesti lebih dari dua.

Oleh sebab projek yg aku buat ni link dengan kyushu university japan,so banyak international conference. actually kalau buat under coursework, conference ni tak la penting sangat. this year diorg buat kat nigeria( bagi negara best sikit boleh tak?hahaha).kalau ada rezeki dapat la pergi. tapi yang tak best nye kena present. takpe2. kita try plahan-plahan. and Insyaallah kalau succeed dalam projek ni boleh further phd kat jepun. kalau succeed la kan,kalau tak duk la dalam Malaysia je. takpe. expectation kena tinggi.yang lain serah kan pada takdir je :)



T

Wednesday, February 2, 2011

Gundah gulana

Hati gundah gulana.ha! padan muka.sape suruh call?kan dah cakap sabar je. lepas call lg huru hara semua penduduk dalam hati ni.orang suruh sabar xnak.sibukkk la nak call. kalau call dapat kepastian xpe la jugak. skali jawapan nye 'buat masa ni xde lagi'. kena sabar jugak kan?

Dah2. cukup sedih-sedih ni.kita kan nak pergi holiday.tak yah sedih2.

Plan asal tak menjadi. tak jd nak pergi melawat mangsa banjir,tak jadi nak hang out ngan cik fifee.semua nye tak jadi! yang jadi satu je, mlm ni kami gerak pergi langkawi. best! harap nye sinar mentari ni akan menemani kami sepanjang jalan.sila jangan hujan.

Dah dua hari melaka tak hujan,Alhamdulillah.banjir pun makin surut. tapi panas bukan main lg.rase2 mcm tak nak keluar rumah je. nak jemur baju pun kena cepat-cepat.

Lepas maghrib ni gerak pergi bangi, then tgh mlm baru gerak pergi langkawi.harap nye semua ok.jalan tak jem,touch n go sempat beli, tak hujan n takde pemandu mabuk.

Tuesday, February 1, 2011

Home sweet home.

ni rumah aku time raya 2010


Safely arrived. Aku bahagia. hahaha. gile nye bahagia. untuk maklumat anda sekalian Melaka sedang mengalami musim winter ye. aku mandi pakai heater pun dah tak rasa panas. nak suruh aku jerang air gamaknye.

Time aku kat ukm hari tu, aku cuci rambut rasa mcm nak beku kepala. punye la sejuk. tak yah dah nak pegi negara 4musim.kat sini pun dah cukup sejuk.salji je xde. eh lupe.ada,ada.kat genting,snow world.hahaha.tu salji kalau korang kepal pun tak kan melekat.tak payah nak feel2 buat snow man, confirm bersepai.

Macam2 dah aku plan ni. paling-paling tidak sebelum pegi bercuti aku nak hang out ngan cik fifee.lama tul tak keluar.hahaha(padahal 2 minggu lepas kot baru jumpa). tapi kalau keluar time2 ni mmg jalan jem.semua orang sibuk nak pergi shopping.tak kesah la bangsa ape pun.semua nye tumpang sekaki.

Owh ye, Melaka banjir.tp area rmh aku tak terlibat pun.sok nak pegi buat rondaan.hahaha.

Moga2 hari yang mendatang membawa sinar kebahagian. encik matahari sila pancar kan sinar anda yang sangat menawan itu. aku taknak pergi bercuti dalam hujan!