Tuesday, August 9, 2011

Seharian bersama cik fifee :)

Semalam memang aku buat kerja gile. aku bangun sahur kul 4.30 am pastu tido balik pukul 1.00 am hari berikut nye. dan dengan musim panas yang sangat melampau ni kitorg siap bleh shopping kat jalan tar lagi.memang kerja gile! pastu melepek.

Cik Fiffe dah boring dengan kerja dia maka berhajat nak jalan-jalan kat kl.aku on je sebab sekarang kan tgh cuti sem. cuma tak masuk lab je. kitorg gerak dari melaka pukul 7.30am sampai ukm lebih kurang pukul 10.30am. landing-landing jap pastu gerak pegi sogo pukul 12pm. ni semua sebab termakan kata-kata kakak aku konon sogo ada sale gile-gile. punye la ramai manusia.padahal hari isnin tu bkn weekend pun. oleh sebab kami berdua ni mmg tak suka shopping yg sarat dgn orang, maka xde la beli ape pun. cik fifee bl kasut je satu.

Konon lepas tu nak g mid atau mines mungkin kurang orang kot.pastu kakak aku call kata kenapa tak pergi jalan tar?dah dekat rugi tak pergi. masa tu dah pukul 2 pm ye. panas bkn main. oleh sebab aku bawa tetamu, pergi la jugak jalan tar tu.aku tak beli pape pun sbb aku mmg tak suka shopping.shopping barang dapur je yang aku suka.hahaha. munking jugak cik fifee stress ngan aku yang tak suka shopping ni, terus dia ajak balik. bkn balik la.pergi shopping lain untuk berbuka.

Mula-mula nak pergi mines pastu pikir balik kaki dah tak larat jalan ni.badan pun dah lembik semacam. pergi mid senang sikit kot. terus la pergi mid.tu pun tak jalan sangat. sampai-sampai terus pergi surau untuk solat asar pastu lepak kat surau sampai pukul 6. keluar surau terus pergi booking tmpat untuk berbuka.kemain awal lagi kan?hahaha.aku malas nak jalan-jalan tu yang duk je kat restaurant tu.kitorg buka kat pizza hut je.

Aku set untuk dua orang. mula-mula tgk mcm tak cukup kan. siap rancang lepas ni kita pergi restaurant lain pulak.nafsu puasa katakan. last-last masa tinggal hujung-hujung meal tu, aku pandang dia, dia pandang aku.masing-masing dah tak larat. tapi aku habis kan jugak bahagian aku.rezeki ramadhan tak baik membazir :)

Balik bilik timbang naik satu kg.huaaaaaaaaa... hahaha.

Lepas buka pergi surau, bkn main ramai lagi. smpai nak amik wuduk pun kena beratur. tapi Alhamdulillah sempat jugak magrib.

Sebaba magrib pun solat dah hujung-hujung maka kami decide untuk tunggu isyak skali. takutnye bila dah balik bilik liat pulak nak solat sebab badan dah letih sangat. Lepas solat pergi beli roti konon untuk sahur patu terus pergi stesen komuter. aku mmg tak pernah balik mlm kalau keluar sendiri ni. risau bkn main.dah la aku bawa anak orang.hahaha. sepanjang hari doa aku moga dipermudahkan perjalanan ni.mmg aku risau la.sbb aku pun bkn tau jalan sangat pun. pastu balik dah mlm.takut bas ukm pulak dah takde. tapi Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku. perjalanan dipermudahkan :)

Aku taknak dah buat kerja gile ni. mungkin boleh buat bila bulan ramadhan dah berakhir :)

ps: tak payah la tergile-gile nak pergi shopping kat jln tar tu, harga sikit lebih kurang je pun. dan potensi untuk pahala puasa korang bertambah sikit juga adalah tinggi. selain melihat para gadis yg tak menutup aurat,kadar kapel yg berpegang tangan juga tinggi dan jugak terdapat segelintir peniaga yg tak pose pastu selamba minum kat kedai dia. kadar kesabaran pun makin kurang sebab panas terik.



Orang tengah bosan menunggu waktu berbuka :)


Memang dah tak sabar :p


Saturday, August 6, 2011

Calon Suami

1. Boleh jadi imam (lepas kahwin nanti aku nak dia imam kan solat aku)

2. Boleh mengaji, kalau pandai lagi bagus (aku nak dia jadi guru mengaji aku)

3. Dia sayang parents aku macam parents dia sendiri. InsyaAllah aku jugak akan sayang parents
dia macam parents aku sendiri.

4. Tahu tanggungjawab.

5. Boleh terima kurang nye aku dan InsyaAllah aku boleh terima kurang nye dia.

Aku tahu wish aku ni nampak-macam-bagus-dan-pikir-bagus. tapi nak buat macam mane . dah cita-cita aku nak masuk syurga. maka kena lah pilih suami yang boleh bawa aku ke jalan yang lurus.

Jangan mengharap aku akan membimbing kau ke arah kebaikan lepas kahwin sebab aku pun bengkok. Aku yang mengharap bimbingan suami lepas kahwin.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang ada ciri-ciri di atas, boleh la tinggal no telefon.(tapi jangan mimpi aku akan call.hahaha)
perhatian : untuk lelaki bujang sahaja!

nota kaki : moga ramadhan kali ni membawa berkat yang kekal abadi :)