Wednesday, May 18, 2011

Happy birthday to my best friend!

16 Mei, itu la birthday dia, itu la jugak hari guru.tahun ni istimewa skit sebab dia dah jadi cikgu.cikgu fifee :) . yang tak best nye umur dah tambah lagi satu, you are officially 24 years old fifee! hahaha. (aku tau umur aku ngan dia beza 2 bln je, tapi aku tetap lg muda :)). ni la kawan aku sejak 11 tahun lepas. kejap je dah 11 tahun kan?rasa mcm baru 2-3 tahun je.


Ni la dia birthday girl.


Ni aktiviti kitorg masa dlm kete, of course la kete dia kan, bkn kete aku (tak mampu lagi nak beli kete). dua-dua muka tak semenggah kan?hahaha.ini adalah pandangan biasa bila kitorg hang out sbb nye dua-dua mmg fail dlm bab make up. simple is better :)


Ni aktiviti kat taman bunga, ok bkn taman bunga. ni nama dia dataran MBMB. tp banyak la jugak bunga nye. gambar-gambar ni adalah gaya yg terpaksa dibuat dari reasonable distance sbb terlupa nak bawak tripod. jd terpaksa la guna kerusi-kerusi yg ada kat situ utk jd tapak kamera. kitorg jarang gile ada gambar berdua.sebab biasanye kitorg keluar berdua je, pastu mmg takkan bawak tripod la kan.aku tak brape suka kalau nak minta org lain tolong ambil kan gambar.jd nye, ni adalah gambar kitorg berdua setelah bertahun-tahun tak ambil gambar berdua.

Gambar bunga yg sempat di snap.ada banyak type bunga dia kat sini tp aku dah jatuh hati ngan bunga yang warna putih tu.tu yg aku snap gambar bunga tu je bertimbun-timbun.


Sambutan birthday dia tahun ni tak diserikan dengan kek dan hadiah segala bagai.kami cuma hang out je. teruk kan? hahaha.hadiah mesti la ada cuma aku blm bg je lg. hari tu time hang out ngan dia macam tergesa-gesa,so tak sempat nak prepare ape pun. aku tanye la gak nak sambut kat mane kan, bleh la aku beli kan kek sepotong (hahaha.gile kedekut!) bkn r, kalau beli kek satu tu sape yg nak makan?tekak aku kembang dah ngan kek-kek ni. pastu dia kata blanje dia aiskrim je.nak tau aiskrim ape dia nak? conetto, rm 2.50. nampak sengkek sangat ke aku?hahaha. last-last aku tak blanje pun sbb dah kul 7pm.tak sempat nak pergi memane n aku tak nak la blanje dia takat 2.50 je kan. ada ke wish birthday dengan aiskrim conetto rm 2.50 je? (aku tau sebenarnye dia malu kalau aku blanje sbb dia dah keje, aku blm keje lg). tp xpe, suprise is always be my advantage.so, tungu je la ye surprise ape yg aku nak buat :)

Thursday, May 12, 2011

Miss her presence, here in UKM

Ni la budak nye :)

Kalau dulu time adik aku ada kat UKM bila-bila aku stress mesti singgah bilik dia. pathetic kan?ade ke kakak yang pergi ngadu kat adik.hahaha.tapi nak buat macam mane, dah aku ni lebih dependent compare ngan dia. tapi tu cerita sebulan yang lepas. sekarang ni aku alone kat sini, tu yang bila semalam stress aku macam tak boleh nak control.

Seriously semalam mmg mcm hilang arah tujuan. dari aku balik lab around 6.30pm sampai la aku tdo around 1a.m, aku tak buka buku langsung.aku taknak pikir langsung ttg research. aku pelik jugak la.dulu time semester tgh berjalan, i mean aku ada kelas yang berlambak-lambak tu, aku stress jugak tp tak la seteruk sekarang ni yang sepatutnye aku tak payah stress sebab aku dah takde kelas nak attend.just focus on project. jarang la kalau aku stress aku tak buka buku langsung. paling teruk pun mesti mengadap gak.tapi semalam memang lost giler-giler. rasa semangat macam dah hilang je.

Tapi hari ni dak ok dah, Alhamdulillah :) pagi-pagi dah dapat call dari adik aku.ada benda yang dia nak tanye. dengar dia gelak pun bleh buat aku hilang stress. woi!adik kau tu dah 22tahun la! bukan bdk2 lg. hahaha.

Masuk lab pukul 10pg, ok la.lab mate pun ada buat meeting jap pasal semalam.rupe nye bkn aku sorg je down.diorg pun same. bincang-bincang skit, then solution masalah dah nampak.cuma tgh tunggu action. InsyaAllah semua nye akan lancar balik.

Aku cuba nak masuk lab pukul 9pg tp masih tak berjaya.hahaha.ada je hal nye. sekarang ni kan panas terik plus jerebu kat sini.so kalau keluar pagi sikit mungkin effect dia kurang skit.aku dah mula sakit tekak. then petang balik around 6 to 6.30pm, udara masih sama, tercemar. lab mate aku yg sorg tu kata dia datang pagi n balik malam so dia tak terasa sangat kesan jerebu and panas terik. kono nak ikut macam dia, tp masih belum ada kekuatan nak balik lab malam :)

Harapnye lab esok berjalan dengan lancar. aku tak nak dah stress ni.tak best!

Tuesday, May 10, 2011

Project? I'm not in the right mood!

Tak tau nak terangkan perasaan ni mcm mane. bengang? geram? xde perasaan? hrmmm. aku rasa sekarang ni macam tak nak pikir pape dah.malam ni rasa nak tido je. malas dah nak pikir.

Astagfirullahalazim. tenang la wahai hati. dugaan hanya sebentar, nikmat nye berpanjangan. InsyaAllah.

ps : sekarang aku percaya jd budak coursework lagi best. tapi malang nye untuk 5 bulan onwards aku kena jd budak research :(. cepat la masa berlalu.aku dah tak sabar nak masuk kelas.

Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day part Melaka

Semalam aku balik Melaka.hihihi. konon tak nak balik, last2 balik jugak.walaupun balik hari je :) kebetulan kakak aku nak balik so aku tumpang je la kan. takkan nak kena tinggal kat bangi sensorang lg kan.tak rela aku.hahaha.

So celebrate mother's day kat medan ikan bakar umbai.yg pernah datang melaka or penduduk tetap melaka mesti kenal nye ngan tempat ni.the best place to have ikan bakar. ni mmg btl, sbb tempat lain dah tak sedap. area melaka la, kat negeri lain aku tak tau. Meriah la jugak walaupun takde kek and present (mak aku mmg taknak kek plus nanti takde sape nak makan kek tu. present pun dia taknak, dia suh blanje ikan bakar je).

Super duper penat la balik hari ni,walaupun bkn aku yg drive.hahaha.gambar tak dpt nak upload sbb aku bawa balik kabel yg salah.seriously aku mmg hampeh dlm gajet2 terkini ni. kabel camera ngan kabel mp3 pun aku xleh beza, x ke namanye mmg hampeh?

Hari ni pergi lab mcm biasa (sebenar pergi lmbat sbb qada' tdo lepas subuh :)), pukul 2.30 ptg br aku pergi lab.hihi.dah tu bkn duk kat lab pun, pergi singgah anta beg je pastu lepak libry, return books, n cari-cari buku ape yg aku berkenan. kul 5 baru masuk lab balik. kul 6.45 dah balik. datang lab kemain lambat, tp kalau bab balik, dia la orang paling semangat :). owh ye, lab dah tenang sbb budak-budak master final sem dah siap semua tesis plus supervisor aku pun xde kat lab.

Hari rabu ni diorg dah start presentation viva, aku pun nak menyibuk sama. cri pengalaman kan, nanti time aku nak present tahun depan, senang sikit, dah ada idea. (tahun depan weh, 2012!) lama nye lg... kalau ikut semester biasa patutnye bulan disember2011 dah habis tp sbb semester dah baru, jd nye 2012 br habis. takpe-takpe, mesti ada hikmah ni :)

Projek macam biasa, blur-blur lg. tapi Alhamdulillah takde la blur mcm sem lepas. dah ada idea skit kot :) Aku bersyukur sangat amik subjek sem lepas, dua subjek yg aku sorg je malay student tu.memang sangat-sangat related ngan projek aku.tak dapat nak bayangkan mcm mane kalau aku tak amik subjek-subjek tu then kena study sendiri untuk projek. see, Allah tu maha merancang lagi maha mengetahui. punya la aku bersungut sem lepas sebab kena survive sorang-sorang, rupa nya ada hikmah yg tersembunyi :). Alhamdulillah.


Saturday, May 7, 2011

Happy Mother's Day to my lovely mak.

Sok mother's day tapi aku still kat UKM. sedih. tak leh nak celebrate same-same.relax. minggu depan boleh celebrate :). minggu ni tak balik rumah.melampau la kan mlm rabu baru balik ukm hari sabtu nak balik melaka balik. sangat tak sesuai. ada la pulak nye nanti parents aku cakap, 'ai, baru je balik ukm dah sampai melaka balik'.hahaha.

Ape-ape pun Happy Mother's Day to all mummy out there especially to my lovely mak, Puan Zubaidah Johan, moga diberi kesenangan dunia akhirat, tak lupa jugak pada kakak aku yg dah jd mak kepada my kaseh and my sayang dan jugak future mother (kakak second aku) yg dijangka akan melahirkan baby pada bulan november, moga Allah lindungi kandungan kakak aku.

Pengajian master aku sekarang ni ditaja penuh oleh mak aku (kecuali yuran pengajian oleh kpt). Monthly allowance memang sepenuhnye dari mak aku.thank you mak. banyak betul pengorbanan mak kat aku. Tekadku, andai kebahagian dunia tidak mampu aku berikan, kebahagian akhirat itu akan aku kejarkan untukmu wahai bonda tersayang. Tidak pernah sekali pun aku terlupa untuk mendoakan kebahagiaan mereka dalam lewat solatku. Moga Allah menerima segala doa ku.



My mum and me


My eldest sister family



My second sister (wearing cream outfit) and my sister in law (wearing green outfit) during their wedding reception ceremony

Friday, May 6, 2011

Aku duduk sorang-sorang

Hari ni aku tak masuk lab. bukan maksudnye aku still bercuti, cume nye aku buat kerja kat bilik je. lab sekarang ni ramai sangat. sibuk gamaknye sbb budak-budak master kena hantar tesis hr ni, tu yg jap-jap masuk lab. kebetulan supervisor lak duk kat lab tu. lagipun sekarang aku tgh buat theory reading, so tak perlu kot masuk lab. aku ni kalau bab-bab membaca tak leh bising-bising, tak masuk otak. jadi nye duk bilik lebih baik. InsyaAllah monday onwards baru masuk lab balik.harapnye lab dah tenang la kan.

Blok aku sunyi sepi. banyak bilik dah kosong. bosan gile.nasib baik jugak ada tenet, takde la rasa macam duk kat hutan sensorang kan :)

Sekarang ni bila on facebook banyak yg aku tgk budak perempuan dekat luar bertudung, tp upload gambar tak bertudung. yang argue ttg pemakaian tudung pun ramai. konon tak nak jd hipokrit, common la, ini benda wajib.ko hipokrit ke ape ke, kalau ngaku diri tu islam, sila jaga tatasusila tu betul-betul.

Konon nak tunggu hati ikhlas br nak pakai tudung, takut-takut tak sempat nak ikhlas kan hati Tuhan dah cabut nyawa mcm mane? nak jawab ape kat padang masyar nanti?

Aku tau korang cantik, gorgeous dan seangkatan dengannye.tp tu bukan tiket untuk korang tayang segala. kepada insan-insan yang lain, sila la jangan puji kawan2 korg yg dedah sana dedah sini tu cantik.tak pasal-pasal korang dapat saham sekali nanti.

Kadang-kadang aku rasa malu + kesian dengan budak-budak ni.kat profile bukan main lagi bangga bagitau diri tu muslim, tp profile picture? rambut mengerbang, skirt tu kalau tak paras peha tak sah, baju tu kalau boleh sesendat mungkin. ape ni?

Banyak yg aku jumpa kes mcm ni, nak tegur depan-depan, aku takde kekuatan. jadinye aku ambil kesempatan buat coretan kat sini moga jd peringatan pada diri sendiri dan jugak pada readers.

Jangan sebab pujian orang kita terus leka dengan duniawi. Wallahualam

Thursday, May 5, 2011

Waktu berjimba-jimba telah tamat

Sekejap je dah seminggu kan. masa untuk berjimba-jimba telah tamat.sila kembali kepada schedule normal ye azuramajid! no more malas2! Seminggu kat rumah mmg off buku langsung.takdenye nak diselak walau satu muka surat. semester satu dah tamat. normalnye mmg tak payah selak buku pun kan, tapi projek aku baru nak mula, mmg selak buku tu dah jatuh pada hukum wajib. tp sebab aku decided nak amik cuti seminggu, so seminggu jugak la buku tak berselak (buku juga tidak aku bawa balik ke rumah.hahaha).

Sekarang dah ada kat ukm. hidup sebagai pelajar telah bermula balik. tp aku puas hati sebab cuti seminggu telah di gunakan dengan sebaik mungkin :)

Sempat attend wedding kawan aku, sempat jugak kuar ngan cik fifee, walaupun time limited sebab dia sangat busy. yang lain nye aku duk melepak je kat rumah plus bawak anak-anak aku pi jalan-jalan n main-main. my sayang and my kaseh ada kat rumah for 4 days, since ahad lepas sampai hari ni baru parents diorg amik. so, jd tugas aku la kan untuk menghiburkan kanak-kanak rebina tersebut.hari-hari pergi play ground. agaknye kalau playground kat mbmb tu boleh bersuara mesti dah boring dah tgk muka kitorg.hahaha.

Pastu wajib pergi shopping sbb nak pegi main lg kat shopping tu.penat woo jd mak ni.hahaha.padahal keje aku tgk2 kan budak2 tu je sbb bibik pun ada, tp boleh tahan penat gak la nak menjadi budak tgh lasak ni :)

Sok plan nak masuk lab pagi, tidak le pagi mane, kul 9-10am. harapnye plan menjadi :)