Monday, January 31, 2011

Sejuk


Tak suka nyeee duk bilik ni time-time cuti gini. sunyi! aku sorang je kot yg stay kat wing ni.nak pegi toilet pun was-was. selain monyet-monyet yang memang tak tahu malu tu, aku takut jugak kalau2 ada manusia yg tak dikenali pulak kan. tu belum tambah ngan entiti lg.ishhhh.jauh kan la.

Smalam aku overnight kat bilik adik aku. gelak sakan dia tgk aku datang dgn berbeg-beg. ewahhh.mentang-mentang bilik kau kat ground floor n tempat orang lalu lalang plak tu.confirm-confirm la tak takut kan. cube duk kat bilik aku ni, silap2 terus balik melaka.hahaha.

Sekarang aku kat bilik sendiri lps magrib br pergi bilik dia. sejuk sekarang ni. perut asik lapar je. tambah-tambah pegi blogwalking blog mak-mak kan. semua nye nampak sedap.hahaha.macam bulan puasa pulak gamak nye.

Dengan rasmi nye aku balik melaka esok. hahaha. thank you kepada bonda tersayang sebab call adik pg td suh balik.kalau tak jgn harap la si kecik tu nak balik esok. keje lab tak habis-habis.aku pun tak paham. aku malas nak balik sorang, tu yang tunggu dia skali.

Pagi tadi aku telah berjaya jumpa lecturer.hahaha. such a good start la kan sbb slame aku duk sini aku tak pernah kot g jumpa lecturer untuk tanye soalan lagi. kalau takat nak g anta assignment tu mmg slalu. Aku pergi jugak jengah lab aku kat aras 3 tp berkunci. diorg tak datang kot time2 cuti ni. jengah dengan harapan kalau buka xpayah la aku menapak ke libry.

Aku ni satu perangai, study tak boleh kat bilik. ni yang aku malas ni. kalau duk bilik mmg takde harapan la aku nak habis kan baca ape je yg aku baru mula.mesti setengah jalan.tu yang aku slalu kena pergi merayau cari tempat lain. kalau kat upm dulu kerap jugak pergi libry,tp kat ukm ni mcm malas pulak. tapi td pergi jugak sbb aku tak nak duduk kat lab adik aku. lab dia busuk!

Kat situ la bedah tikus, kat situ la jugak segala jenis larutan n kat situ la jugak diorg makan.yeirk! mcm mane agaknye dia boleh duk dalam lab tu satu hari suntuk. Sejak2 dah masuk zaman uni ni aku mmg jarang la nak bau2 segala mcm larutan tu sbb nye fizik tak perlu kot larutan2 tu. yang aku jumpa wayar,wayar dan wayar. aku tau ada benda lain, tp aku lebih tertumpu pada wayar je.

I tell u what, aku mmg sangat teruk dengan hands on things.kira2 experiment mmg hancur la kalau aku yang buat. aku suka dengan buku je.tu sbb fyp aku time degree aku pilih buat theory.same jugak projek sekarang.aku buat theory. Tapi masalah teori ni pulak aku kena expert ngan segala mcm teori tu. wahhh.expert.introduction pun merangkak.hahaha.

Tadi aku pergi libry aku pinjam 4 buku.bila nak baca, aku pun tak tau. semanagt pinjam je kan.hahaha. sok dah balik melaka, so buku2 tu akan tersusun cantik je atas table aku. tak kuasa aku nak mengangkut bawa balik.dah sah2 aku takkan baca nye kat rmh. lg pun aku kan nak pergi bercuti.hahaha.


ni buku yg aku sempat pinjam.


ni lab adik aku yg busuk tu.hahaha


Sunday, January 30, 2011

Bunga


Sebenarnye hati aku sedang berbunga-bunga.hahaha. jangan tanye aku kenapa. aku takde jawapan. aku layan kan je. bukan senang nak dapat hati berbunga-bunga ni.

Sejuk nye. dari aku celik mata pagi tadi hujan sampai sekarang. rasa macam malas nak keluar dari selimut. Sok nak balik melaka tak? ke nak pergi libry? semangat oh semangat mana ko pegi ni. cepat-cepat la balik oi.

Rindu nak tgk wayang.hahaha.tak senonoh! cube la ckp rindu nye nak buat assignment.kahkahkah. ada org ckp mcm ni ke? jujur nye assignment aku tak gerak-gerak lg. baru cover satu subjek (bkn assignment, baru reading), tu pun banyak sangkut.tak paham. sok kena jumpa lecturer. sok tu bila tak tau. sebab cuti sem dah mula, tak tau la diorg dah cuti sekali ke tak.

Aku rasa mcm nak drop a few subjects. so that aku kena buat 3 sem. aku rasa kalau ikut kiraan semester baru, 3 sem tu bersamaan ngan 2 thn jugak. sbb cuti sem je dah dekat 4 bulan lebih. tapi berbaloi ke buat 3sem? rasa-rasa mcm tak berbaloi. selain melibat kan kos, umur pun makin meningkat.

Sila jangan cakap 24 tahun itu sudah cukup tua ye. mula2 aku masuk sini aku ingat aku la yg paling tua (still 23 not yet 24,nak jugak kan.hahaha). tp aku muda lg rupe nye. sorg je yg aku knl muda dr aku.yang lain2 tu semua dah level kakak. tp kan diorg relax je. 26,27,28,29 thn. aku rasa la, bg diorg kalau nak blaja tak kira tua atau muda. yang penting minat dan keinginan.betul ke?

Aku tak sabar nak pergi bercuti. harap-harap tidak la hujan hari yang kami pergi tu sbb nanti jalan licin,bahaya. gerak pulak malam. dah sah-sah aku yang kena drive. i'm not good drive at night. silau makin menjadi-jadi. lagi2 kalau hujan kan.

Rasa macam nak pergi rmh mommy. Suraya Majid jom pergi rumah mommy!


Saturday, January 29, 2011

Tenang la wahai hati.

Hati tak keruan.
Asik ingat rumah.

Bukan, bukan ingat rumah.
Ingat dekat dia.

Tak suka,tak suka.
Tak boleh fokus.

Macam mane nak terus terang?
Malu.

Sabtu

Hari ni hari sabtu and I'm proudly announcing that I'm still at ukm! If you are closed enough to me, you will know how sacrificed I am to stay here at ukm during the holidays. Hard decision but will be pay off (I'll make sure of this thing!).

Tadi aku blogwalking, found 1blog which the author is well known. Tak payah tahu sape kan.kalau korang jumpa blog tu,jumpa la.kalau tak, anggap je korang tahu blog tu.hahaha.

Yang aku nak story kat sini adalah pendapat kami adalah sama! Both of us are physicist. but none of us can 100% claimed that physics is enjoyable/fun/exciting or whatsoever good word to understand. Physics is hard!(honestly). But this is the path chosen by us.

You learnt something you cannot see with naked eye, something that cannot be rational at all, something hardly to understand and something you only memorized without understand then at the end you says physics is fun? Don't be hypocrite. Just admit physics is hard.

But as I told earlier, though how hard it is, we still can make it. What we need is just patience and a little bit hardworking. Insyaallah everything will goes well.


Friday, January 28, 2011

Cuti

Cuti semakin hampir.hihihi. tak sabar, tak sabar. Kami akan pergi bercuti! yeay! Akhirnye setelah 2 bulan berlangsung majlis perkahwinan yang sangat memenat kan itu, kami telah membuat keputusan untuk bercuti! Langkawi here we come :)

Tak jauh pun, langkawi je. hihi, dari cameron baik langkawi kan? best,best. sila la jangan terkejut lepas aku balik cuti sem nanti kulit ku telah bertukar menjadi hitam itu menawan.hahaha.sebabnye aku mmg plan nak mandi pantai sampai jd hitam legam.hihi.tidak le sampai hitam, takat merah-merah sudah le(perasan mat saleh.hahaha).

Kulit aku ni kalau dah sunburn mmg susah nak kembali pd yg asal.ni mcm kulit sekarang ni, kesan dari pergi snorkeling kat sabah tahun lps tak hilang2 lg. ni aku nak tambah lg ngan mandi laut. memang bergemerlapan la kulit aku nanti.hahaha.

Dalam tak sabar, tak sabar ni pun jangan lupa ye azura majid, assignment ko tu bila nak buat? bertimbun ok. cuti start sabtu ni kan.tp aku berkorban skit la balik melaka hr isnin@selasa@rabu sbb pergi langkawi hr khamis. kalau tak buat macam ni alamat tak siap la semua assignment aku tu. aku ni jenis kalau balik rumah,memang hilang ingatan terus la dengan buku2 ni.aku sorang je ke mcm ni?korang pun same kan?hahaha.pandai je aku buat andaian.

Tadi aku allu kat court badminton bawah ni kemain meriah lg.mentang-mentang cuti dah dekat, kemain sakan lg berpesta.hahaha.pesta la sangat kan. nanti balik je dr cuti terus ada mid sem.haa hambik! dah sah-sah time cuti mmg ber enjoy sakan.mid sem nak jawab pe? sendiri pikir.

Aku baru balik dr mid ni.hahaha.cuti blm mula, aku dah mula berenjoy. bkn enjoy pe pun.kebetulan kakak aku nak g mid ajak la aku n adik skali. lgpun dah rindu ngan my sayang n my kaseh.dah seminggu kot tak jumpa. agenda utama aku pergi sana, MAKAN. gile kan? asik makan je.hahaha.

Pastu time nak balik tu tunggu abang ipar aku kat area starbuck. busuk gile! ngan asap rokok merata-rata. huish.bengang gile(walaupun bapak ku perokok, tp aku tetap tak suka asap rokok). kalau kau dah tau ko tu merokok tak payah r nak menempel-nempel kat kitorg yg ada baby ni kan?ada akal tak?kalau takat aku n adik aku, mmg la kitorg tak kisah,but dah terang-terangan kitorg bawak baby. akal letak kat mane? tetiba emosi tak stabil.hahaha.

p/s: dia malu nak pandang aku :)


Wednesday, January 26, 2011

Kad matrik


Semalam aku telah berjaya menapak ke wisma aman untuk amik kad matrik.jauh ok. berpeluh aku menapak. sejam jugak la perjalanan. poyo konon-konon nak jalan kaki tak nak nek bas, last2 kaki sendiri yg sakit (sebenarnye aku bkn nye tak nak naik bas tp aku tak tahu bas ape yg kena naik.hahaha). Pastu yang paling best satu kelas pun aku tak pergi semalam. punye la baik kan.

Minggu depan dah cuti.hihihi. tak sabar. malas dah nak attend kelas. malas dah nak pikir pasal belajar dan malas jugak nak pikir pasal assignment(walaupun aku tetap kena siapkan jugak!). serba serbi malas. yang rajin satu je tido. terlupa plak, makan skali. dua benda ni memang la aku amat rajin (termasuk adik aku skali)hahaha. asal jumpa dia je mesti ajak makan. makan,makan dan makan.

Kad matrik dah amik, plan asal hari ni nak pergi libry pinjam buku.sebelum blah elok la kalau kita memanfaatkan kad matrik tu kan. oleh itu mari kita pergi pinjam buku banyak-banyak.sempat baca ke tak blakang kira. yang penting kita pergi pinjam dulu. tapi plan tu tak menjadi sebab.... banyak sebab la. esok pun tak boleh pergi,kelas penuh, jumaat lg la penuh. jd nye nanti lepas chinese new year br aku g pinjam buku.

Macam cool je kan kad matrik tu tulis siswazah.hahaha(aku tau aku sangat kolot tp aku tetap nak bangga jugak.) n sangat cool bila kita ada 2 universiti (walaupun local uni je =p). Korang tak rasa cool ke? undergrade buat kat upm, master buat kat um@uitm@ukm. cool kan?(walaupun rintangan sangat azab tp takpe, orang tak nampak yg azab tu ,orang nampak yg cool je.hahaha)

Esok supervisor nak jumpa aku. uwaaaaa.habis la.aku tak mula buat pape lg. dia lupa agaknye aku ckp nak mula buat projek time cuti sem nanti. ape aku nak terang kat dia sok ni?


Monday, January 24, 2011

Rahsia bulan kelahiran


Tengok gambar kat atas. betapa positif nye hidup aku. malang nye sekarang ni dah tak sepositif dulu. sikit-sikit down. ntah ape-ape. yang paling tak tahan, kat atas ni siap ada state aku ni rajin belajar.meh la gelak ramai-ramai.hahaha.

Demam aku tak baik-baik dari minggu lepas. bleh tak kawan aku cakap "ko demam lg?knp?ko tak suka duduk sini ke?" aku blurr kejap. kalau tak suka duk sini boleh demam eh? kalau tak suka pun aku boleh buat ape? boleh sabar je. by the way aku bkn la tak suka duk sini. mungkin tempat baru kot. tu yang kejap-kejap sakit. Lagi pun dah lama aku duk rumah, hidup dalam keadaan yang pasif. sekarang ni hidup dah aktif. badan take time nak sesuai kan kot.

Tadi aku telah berjaya memotivasi kan diri untuk attend kelas.hahaha. bahaye dah ni. sampai kelas pun dah taknak pegi. Mulai hari ni kena ingatkan diri tujuan utama datang sini. selalu sangat terlupa. selalu mengeluh itu susah ini susah. memang la susah.kalau tak susah tak payah belajar. betul tak? konon-konon impossible nak buat setahun padahal ada je member aku dah grad thn lepas. buat setahun jugak.tp dia relax je.tak de mengelabah macam kau azura majid!

p/s: dia baik ngan aku =p