Thursday, April 28, 2011

Hari ini aku lah manusia yang paling bahagia atas muka Bumi ni

Wahh. Tajuk tak tahan. hahaha. I'm officially finished my first semester! bahagia sungguh feeling ni :). tadi exam last paper untuk sem ni. sekarang aku dah ada kat Melaka.hihihi.express kan?

Paper tadi Alhamdulillah, boleh buat, tidak le 100% kan, tp more than 60% yg boleh buat tu dah kira banyak bersyukur dah tu. kalau nak compare ngan paper2 yg lain, paper yg ni je yang aku paham aku jawab ape.teruk kan? ala, benda dah lepas pun. hopefully sem depan aku lebih bersedia :), InsyaAllah.

Tak sangka betul dah habis satu sem, 1 more to go. kadang2 rasa mcm cepat sangat pun ye jugak, semua benda express. sedar-sedar aku dah habis satu sem dah.

Minggu depan bermula la hidup sebagai budak research plak. untung kan jadi aku? jap2 jd budak coursework, jap2 jd budak research :) dua-dua aku dapat rasa. Perancangan awal aku plan nak masuk lab ikut waktu pejabat, biar cpt skit habis research aku tu, masuk 9am balik 6pm. harapnye perancangan ni boleh diteruskan dengan istiqamah :)

Aku cuti 6 hari weh. 6 hari la aku akan bertapa kat Melaka ni.rabu baru balik ukm, khamis baru masuk lab, InsyaAllah. orang cuti sampai isnin je kan sempena labour day, aku cuti sampai rabu,hahaha.balas dendam betul. 3 minggu woo aku tak balik melaka sepanjang musim exam, rekod tu! (walaupun sbnrnye parents aku datang setiap minggu :))

Sepanjang cuti ni setiap hari dah ada plan.hihihi. lama dah kot aku tak pegi bersuka ria dengan senang hati. hopefully semua plan ni berjalan dengan lancar :)

p/s : janji aku untuk samabung entri ukm vs upm tu nanti2 aku cite eh.kena tunggu mood datang dulu.

Friday, April 22, 2011

UPM dalam kenangan.

Semalam aku pegi mid ngan kakak aku (sbb jusco ada sales gile-gile!tp aku tak bl ape sangat pun.teman je.hahaha) masa on the way tu kitorg passed by upm, pastu bleh plak dia tanye, kau tak rindu UPM? satu je jawapan aku.mmg ni la jawapan aku since aku masuk UKM, 'UPM dalam kenangan'.hahaha. frankly speaking, aku tak rindu pun ngan UPM. mungkin sebab best friends aku semua dah takde kat situ kot, but still ada a number of my excoursemate kat situ, doing master. Last aku pegi UPM time nak dapat kan cop lecturer untuk masuk UKM, which is last year.

This year hidup aku tertumpu kat UKM je. UKM banyak mengajar aku hidup berdikari. bukan kata UPM takde ajar aku ape2.cuma nye time kat UPM aku lebih banyak bergantung pada orang lain. hidup kat UKM ngan UPM berbeza sangat-sangat. untuk aku la. untuk orang lain aku tak tahu. UPM lebih formal. UKM lebih santai. Sebenarnye aku nak share beza hidup aku kat UKM ngan UPM, tapi sbb aku ada keje skit, nanti aku sambung lg yek :)

Wednesday, April 20, 2011

Menyampah!

Lagaknye macam orang takde exam! huh! menyampah!!!!!

Kenapa susah sangat nak fokus ni? tinggal 5 hari je lg!

Hati dan akal, sila bersatu. 5 hari je lg. lepas ni korang nak memberontak ke nak buat ape ke, aku tak kisah dah. cuma 5 hari ni je aku mintak korang sila beri kerjasama! sila fokus!

Tuesday, April 19, 2011

Sape curi gambar aku?baik ngaku cepat!

Urusan stay kolej untuk sepanjang cuti ni dah selesai. Alhamdulillah. aku risau gak la kot-kot tak dapat duk kolej time cuti ni kan, mane la aku nak merempat. yo la, rumah kakak aku kat seksyen 7 tu je pun. paling-paling pun boleh menumpang rumah dia tp masalah lain la pulak nye. aku nak pegi uni nek ape? takkan hari-hari nak nek teksi, bleh botak kepala aku.hahaha.

Urusan biasiswa pun dah selesai. sebenarnye scholar tu sangkut hari tu sebab gambar yang aku bg dah hilang. boleh plak kan? baik ngaku cepat sape yg dah curik gambar aku yg cun tu?! hahaha.nauzubillah! aku harap gambar tu cicir la kan, bkn nye diambil oleh orang yg tak bertanggungjawab. sangat hampeh ok bile gmbar korang bleh plak tiba-tiba hilang sedangkan korg dah clip skali ngan borang-borang yg lain.

Demam pun dah baik. cuma batuk je tak baik lagi (sebab aku tak mkn ubat batuk.pahit gile!) ni mmg la perangai aku dari dulu, kalau dapat set ubat tu, mmg jarang benor le aku nak sentuh ubat batuk kecuali kalau dah tahap nazak sampai nak tdo pun tak boleh sbb batuk, time tu br aku sentuh ubat batuk.kalau tak, jangan harap. Sekarang adik aku plak yg demam.sian woo.sebab sok dia ada exam. harapnye baik la tu lepas mkn ubat.

Nak menunggu hari isnin depan sangat la azabnye. rasa cam lambat je masa kan. pastu bila dah hari ahad baru la gelabah sbb tak hbs study lg.hihihi. semangat nak study ni tak konsisten, jap2 rajin, jap2 malas(ni selalu!). macam mane ni?

Sunday, April 17, 2011

Aku akan terus bergerak

Aku berlari. tak mampu berlari, aku berjalan. tak mampu berjalan, aku merangkak.

Yang pasti aku akan terus bergerak.

Ini janji aku!

Saturday, April 16, 2011

exam progress

Rindu, rindu, rindu!

Ada ke patut tinggal kan aku sorang-sorang kat bangi ni? memang tak patut! lama betul aku tak rasa kena tinggal sensorang ni. sape suruh exam hari sabtu?kan dah kena tinggal.ishhhh. takpe-takpe, 2 minggu je lg :)

Demam dah kebah,Alhamdulillah. Sekarang kena fokus pada 2 subjek lg, yg memang mencabar.ala, semuanye mencabar la.xde yg senang pun. exam open book lagi susah! ni la first time aku experienced open book exam, susah weh! kat upm aku tak pernah pun ada exam open book.aku tak tau subjek lain, tp kalau subjek fizik mmg takde open book (during my time, sekarang tak tau).

Kenapa open book exam lg susah? sebab nye we didn't put much effort on that subject! aku tak tau org lain, tp benda ni yg jadi kat aku. sebab open book kan watpe la nak baca sungguh-sungguh sedangkan boleh copy je. ni memang salah aku. padan la muka tak boleh buat kan. second nye, susah sebab banyak sangat sources, bayangkan subjek ni xde lecture note kursus, means korang bleh search je kat tenet and u can download anything that related to the subject and masa exam korang bleh bawak laptop! bayang kan brape banyak notes yg ada kat dlm laptop tu? dah tu siap tak tau yang mana betul yang mana tak. tak ke haru?

Takpe la, aku reda dan pasrah. memang salah aku kan sbb tak put much effort on that subject :( benda dah lepas dah pun. Tapi aku tetap bersyukur, Alhamdulillah, paper aku dah habis lg satu! hihi. complete sudah subjek quantum mechanics aku (phd nanti kena amik gak ke? xnak dah weh)

Lagi dua subjek ni close book exam. harapnye boleh la buat dengan jaya nye.aku dah penat kecewa ni! tak nak kecewa lagi. doakan aku ye? thanks :)

Friday, April 15, 2011

Cepat la baik!

sok sek sok sek. uhuk, uhuk, uhuk. cik badan yang disayangi, sila la sembuh dengan cepat. sok aku ada exam!!

Ada ke time2 exam ni la dia nak demam kan.xde masa lain lagi gamak nye. dugaan sungguh!