Monday, May 30, 2011

solution?yes, I got it!

Tgk jam kat bawah ni.dah 2.50 pagi aku masih mengadap laptop. otak aku mmg mcm ni.dah tgh2 malam la idea baru nak mencurah-curah. but Alhamdulillah sebab aku dah jumpa solution programming! aku sangat gembira.hahaha.walaupun dah menguap untuk berpuluh-puluh kali.berbaloi kot. dah jd trend kat otak aku kalau nak buat programming mesti wat tgh mlm.kalau buat siang hari mmg takde solution la jawabnye.

Jom tido! Sok kena bgn pagi.nak kena g jumpa suprvisor. harapnye semua ok la sok. mula kan minggu anda dengan senyuman.ceh ceh ceh.hahaha.

Saturday, May 28, 2011

Rumah?miss like hell!

Tak sukenye duk bilik ni time2 cuti sem plus weekend. sunyi sepi. dah la memang blok ni sunyi sepi sejak cuti sem, wing aku ada 3 bilik je yg ada penghuni termasuk bilik aku. bila weekend kebanyakkan bilik nye dah xde penghuni.tak tahu la diorg balik kampung ke atau pi mane ntah.

Bila dah sunyi ni la dan-dan tu jugak blok blakang ni gelap gelita. blok blakang ni tgh renovate.memang xde penghuni langsung.tapi selalu ada la jugak lampu yang sengaja dinyalakan oleh worker kat situ.tp hari ni tak tau la knp diorg padam semua lampu.scary ok. dah la on the way nak pergi toilet ada satu path yang memang ruang terbuka, sah-sah boleh nampak blok blakang yang sekangkang kera tu je. Ya Allah kuatkan la semangat aku.

Awal-awal aku dah siap-siap pergi toilet.hahaha.dengan harapan tgh mlm nanti tak payah pergi toilet lg. pastu tido sampai subuh esok br bangun ye.sila jgn ngada-ngada nak pergi toilet tgh2 mlm.takkan aku layan nye. wah-wah-wah.anjing dah mula berbunyik plak kat blakang ni.huh.serius hampeh! rasa mcm nak pergi tido kat kafe tu je kan.

Tetiba menyesal nape la aku tak balik rumah minggu nih.oh.sangat menyesal :(

Kawan aku kata aku tak bodoh.

Kawan aku cakap aku tak bodoh.

Kalau aku bodoh, takde la aku buat master.
Bukan kata master degree pun tak lepas.
Takde la supervisor aku bg kepercayaan untuk buat projek ni.

Apa yang aku sedang lalui ni adalah perkara normal sebab nye aku memang baru dalam bidang ni. tell u what, project ni mmg memerlukan orang yg independent untuk conduct. maksudnye, once supervisor dah pilih kau sebagai student dia yg buat projek ni, maksudnye kau la yang bertanggungjawab sepenuhnye.dia hanya memantau sahaja.MEMANTAU SAHAJA! dia akan serah kan segala tanggungjawab pada kau tak kira la kau boleh buat atau tak.

Mulai sekarang bear in your mind yang kau adalah conducter untuk project ni. bkn takat student yg asik tunggu arahan je. dan jangan simpan harapan yang projek ni akan menjadi lebih mudah dari sehari ke sehari sebab harapan tu adalah palsu!

Just prepare yourself to face the new coming day.

Thursday, May 26, 2011

Kadang-kadang aku rasa macam aku ni bodoh gile

Hari ni balik lab awal. kul 4.55pm aku dah keluar lab.mood dah swing, semua benda la swing. jap-jap makan, jap-jap makan.ni menandakan yg tahap stress aku semakin meningkat!

Orang lain wat projek kemain tersusun.sebelum buat projek lg dah tau dah goal projek dia ape.aku ni? bkn kata goal, benda yang aku tgh buat pun aku tak tau ape.dah la hampir setiap minggu pergi jumpa sepervisor.memang bodoh ke aku ni?


Monday, May 23, 2011

Wasting my precious time

Rasa macam nak nangis buat tesis dalam bahasa melayu. every single words aku kena bukak kamus. Punya la wasting time.

Admitted aku mmg lemah dalam trnslate-mentranslate ni. banyak term yang aku tak tau dalam bahasa melayu. Logik la kan kalau korang blaja and faham benda tu dalam english dan tak pernah pun translate dalam bahasa melayu, tetiba sekarang kena buat dalam bahasa melayu plak. mau nye tak tunggang langgang ayat aku.

Orang cakap buat dalam bahasa melayu lebih mudah sebab dulu time kat skolah pun blaja guna bahasa melayu. aah ye la mudah. memang la dulu time skolah aku blaja guna bahasa melayu, masalahnye term-term yang digunakan sekarang adalah level matrikulasi dan uni yang sah-sah fully english. Pening pale aku.

Keje 30 minit jadi berjam-jam. Dulu tak terasa sangat sebab aku blm mula writing.sekarang ni nak buat mukadimah pun terkial-kial :(

FILTER!

Lepas ni semua post yg aku nak buat kena filter dulu.sebab best friend aku dah jumpa blog ni!hahaha.dah tak bleh nak tulis ikut sedap hati sendiri jek.hurmm. camne ko bleh jumpa lak ni?hahaha

Thursday, May 19, 2011

viva presentation, tapi bukan aku punye :)

sok sek sok sek.uhuk uhuk uhuk.kepala berdenyut-denyut.suara semakin sengau. tanda-tanda demam semakin kelihatan. owh apekahhh?setiap bulan demam datang menjenguk. teruk sangat ke tahap imunisasi badan aku ni?yang aku pelik bila kat ukm je demamnye.bila balik melaka automatik sihat walafiat.

Smalam aku ponteng lab.sehari suntuk melepak dlm bilik je.matahari pun tak kena.semata-mata nak baik kan tekak.berbaloi la jugak sebab tekak dah tak brape sakit.cume dia ganti ngan batuk-batuk la pulak.takpe, penghapus dosa kecil :)

Tadi aku dah tak ponteng lab :) tau sbb ape?sebab nye aku nak attend presentation viva bdk master.dah sah2 la kena g fakulti kan.tp presentation tu sesi pagi je.so petang aku masuk la lab. tp duk kejap je.kul 5.45 aku balik dah.kepala dah tak stabil.

Tadi presentation budak-budak libya, sorg je malay student. tergeliat jugak otak aku cuba nak pahamkan ape yg diorg present tu.lama dah aku dengar pasal pallet-pallet ni, baru sekarang ada peluang tgk penerangan org.rupa nye pallet tu kebanyakkan nye superconductor eh?hahaha.sedih gile. ni pun tak tau. nak buat macam mane kan, takde peluang sebelum ni. sekarang ada peluang, dengar la kau sampai nak termuntah-muntah.hahaha.9 orang wat tajuk yg lebih kurang.gile tak bosan? sampai aku pun dah boleh hafal konsep utama projek diorg tu.

Lepas habis sesi presentation tu, mula la sesi bergambar :) diorg kan nak balik libya for good.jd nye sibuk la amik-amik gambar. tibe-tibe aku lak yg sedih.sem depan diorg dah takde lg.banyak la orang yg rapat dan dekat ngan aku dah takde sem depan :( kuat kan semangat azuramajid!

yang paling tak bleh blah examiner aku pun nak cuti belajar start sem depan! hrmmm. tak best, tak best, tak best.dah la lab mate aku pun nak pergi cuti belajar.kawan-kawan libya dah ramai yg balik.aku nak kawan ngan sape ni? tak boleh ke tunggu aku habis dulu br pergi mane-mane yg korang nak? nak jugak tinggalkan aku kan. tp takpe, ni ada lg masa yg limited ni, guna kan sebaik mungkin kan. paling tidak pun nanti bila diorg dah pergi,moment indah tu ada lg kat aku.setahun kejap je kan? pejam jelik aku dah setengahtahun dah kat ukm ni.

aik?kenapa entri akujd entri sedih?aku tak mau sedih-sedih ni.sok ada lg presentation.mmg muka aku la yg selalu tercongok kat situ.hahaha. aku mmg suka tgk presentation sbb banyak benda aku bleh blaja.selain ilmu yg diog sampai kan, cara present pun aku tgk gak.maklum la aku ni kan nerbes terlebih.baik jugak la sempat tgk viva org lain sblm viva diri sendiri :)

habis jugak satu entri aku taip.hahaha.ni demam ke tak ni?gaya mcm tak je?aku br telan panadol 2biji. pasni nak off to tilam empuk (walaupun keje tak siap lg). hopefully sok badan sihat seperti sedia kala.

p/s : entri ini ditaip dengan menggunakan tangan kanan sahaja.dan masa yg diambil untuk menaip adalah lebih dari 30 minit.gile lama kan?