Thursday, June 30, 2011

Projek dan projek dan projek.

Jangan ditanye bila projek aku nak siap. sumpah! aku sendiri tak tahu. tak tahu mane penghujungnye (kadang-kadang rasa macam takde penghujung).

Ingat aku tak jeles ke project korang,korang dan korang dah nak siap. jeles ok.but, what to do, jalan ni yang aku pilih. InsyaAllah ada penghujung yang baik :)

Kalau hari ni kau tanye pastu 2 bulan lagi kau tanye soalan yang sama dan mengharapkan aku bg jawapan yang berbeza. jangan mimpi. yang pasti jawapan aku akan tetap sama sampai la penghujung sem.aku sendiri tak tahu bila projek ni nak siap!

Projek aku bkn mcm projek kau. kau doped benda ini atas benda ni kau dapat result lg sepuluh hari.pastu kau dah boleh mula tulis tesis pastu lengkap la sudah projek penyelidikan kau. Projek aku, hari ni kau dapat set data, pastu kau pikir ape yg kau boleh kaji, ape yang sebab kan data ni jd mcm ni,pastu kau cari la ape pun cara untuk analisis. analisis ni sila la buat dua tiga cara. pastu kau tak sempat habis analisa, set data baru sampai,pastu kau kena ulang balik dari step satu sampai step yg macam takde penghujung tu. pastu bila kau pergi jumpa supervisor 'owh saya nak awak buat cara ni pulak'.agak-agak bila projek aku blh siap ye? so sila jangan tanye bila projek aku nak habis.aku sendiri takde jawapan!

Harapan aku cuma satu, moga aku dapat habis kan sebelum aku tamat master which is 6 bln je yg tinggal.

Tapi sekarang aku dah ada team. sangat best bila kerja dlm team, takde la rasa alone kan.walaupun aku sorg je student.hahaha.

Hari ni hari memuji sedunia ke ape?

Pagi-pagi aku datang lab je dah ada org tegur, "baju u cantik la".

A few hours later, "u wearing a nice clothes".

Aku balik bilik, "baju akak semua cantik-cantik".(rumet aku yg ckp).

Jap tadi kat facebook, "akak makin comel la".

Sila bagi tahu aku, adakah hari ini hari memuji sedunia?

p/s: perkara-perkara di atas adalah sangat jarang berlaku ye, harap maklum.

Wednesday, June 29, 2011

Seminggu lagi bakal berlalu

Wahhh.dah pukul 3 pagi aku blm tido lagi.bukan selalu boleh dapat peluang mcm ni. (padahal dah tido lepas isyak td.hahaha) Baru bangun pukul 12 tadi tu yang masih segar bugar, plus secawan nescafe (confirm tak tido sampai pagi).

Hari ni letih sangat, siyes sampai aku terlelap dekat lab. baru sampai ukm pagi tadi, liat sungguh nak balik sini kalau dah melekat kat melaka kan. tapi tekad kena bulat.sekejap je lagi. 6bulan je.sabar!sabar!sabar!

InsyaAllah semua nya akan ok. perlu paksaan untuk menyelesaikan sesuatu (aku tahu ni habit yg tak baik,tapi nak buat macam mane,motivation selalu down). Harap minggu ni berlalu dengan tenang.

Lat weekend spend ngan cik fifee, 2 hari berturut-turut,tp still mcm tak cukup. next month kita hang out lg yek?

mood: aku rindu rumah gile-gile!

Friday, June 24, 2011

I'm going to die, soon, really soon!

Data lama belum habis terungkai, data baru dah sampai. aiyarkkkk!

Fuhhh! seb baik dah hari jumaat and esok balik melaka.boleh la lupa kan sebentar kerja-kerja kat lab tu.

Kerja berganda-ganda. itu normal.

Kepala aku pun dah pusing, tekak mual nak muntah. elok la kira nya malam ni kita berehat saje ye.sok pagi-pagi balik melaka. yeah!

Monday, June 20, 2011

Sabar la hati.

Cepat la bulan 8. tak sabar dah aku nak bercuti. kepala pening macam nak muntah. projek ntah hape-hape. sebesar zarah pun aku tak faham. ok, ini tipu. aku faham bab fizik je, bab data analysis aka math aku tak faham langsung.

Baca ulang, ulang ,ulang dan ulang dan ulang lagi dan ulang lagi dan dah ulang ke brape kali ntah, aku tetap tak faham. ini bukan main-main. tinggal 6bln je lg.

Confius. betul ke jalan yang aku pilih ni?

Friday, June 17, 2011

Disorder

Sleeping disorder, eating disorder, food disorder. semuanye la nak disorder. petanda apakah ini?

2,3 hari dah aku tdo kul 2,3 pagi kadang-kadang tak leh tido. Bangun subuh time dah hujung-hujung (6.45-650 pg). pastu baca la ape yg patut,kata student kan.pastu aku tdo balik 8pg samapi 10-11 pg. gile tak pening kepala?

Bab makan is the worst. kalau hari aku pose tu, dari waktu berbuka sampai mata nak lelap baru aku berhenti mengunyah. hari tak puasa lagi la teruk. dari sarapan sampai ke dinner aku asik makan,makan dan makan. hari ni je aku dah habis kan 1 bungkus kacang jepun (kat plastik dia tulis kacang jepun,betul ke tak aku tak tau,anggap je betul :)), siap ngan dua bar coklat. adoi la kan.maunye naik sekilo dua berat aku mggu ni :(

Kacang and coklat ni la food disorder aku.tak pernah2 teringin nak makan kacang kat sini, hari ni plak mengidam.sanggup aku pergi menapak 500meter semata-mata nak beli kacang ni.

Wanita-wanita sekalian pasti dah boleh agak symptom ape kan?hahaha.

Ingat senang ke jd perempuan? setiap bulan ada disorder.penat. tapi mudah lagi dari jadi lelaki kan? semua tanggungjawab kena pikul :)

Thursday, June 16, 2011

Tenang

:) :) :)

Alhamdulillah. Segala agak tenang sekarang.

Dua hari lepas, kalau ada yang perasan kat status fb aku, aku hampir-hampir berundur. jalan nampak kelam, gelap, gelita. Perasaan tu seakan-akan telah nekad. Aku luah segala pada labmate, bukan dengan harapan untuk dia bersimpati, bukan dengan harapan untuk dia memahami, aku mengharapkan cuma sedikit waktu untuk dia menjadi pendengar.

Tapi itulah takdir Allah. Dia kurniakan aku labmates yang sangat-sangat baik dan memahami. Alhamdulillah. Sepanjang dua hari mereka menolong aku, menolong aku rohani dan jasmani supaya aku tidak berundur. sekali kau berundur, selamanya kau akan menyesal!

Sepanjang dua hari juga mereka menemani, mengajar dari seawal a sehingga z. pantang nampak aku gelisa, pasti kata-kata semangat akan diberi.

Master bukan mudah, tapi bukan mustahil. pada mereka yang menganggap/telah terlaksana bahawa master ini mudah, beruntunglah anda. beruntung kerana anda tidak melalui kepahitan yang aku lalui.tapi aku percaya dalam kepahitan itu ada manisnya, InsyaAllah.

Thanks jugak pada my best friend sebab sudah mendengar luahan aku :).

Moga perjalan projek aku lebih mudah dan terang lepas ni, InsyaAllah.