Tuesday, August 9, 2011

Seharian bersama cik fifee :)

Semalam memang aku buat kerja gile. aku bangun sahur kul 4.30 am pastu tido balik pukul 1.00 am hari berikut nye. dan dengan musim panas yang sangat melampau ni kitorg siap bleh shopping kat jalan tar lagi.memang kerja gile! pastu melepek.

Cik Fiffe dah boring dengan kerja dia maka berhajat nak jalan-jalan kat kl.aku on je sebab sekarang kan tgh cuti sem. cuma tak masuk lab je. kitorg gerak dari melaka pukul 7.30am sampai ukm lebih kurang pukul 10.30am. landing-landing jap pastu gerak pegi sogo pukul 12pm. ni semua sebab termakan kata-kata kakak aku konon sogo ada sale gile-gile. punye la ramai manusia.padahal hari isnin tu bkn weekend pun. oleh sebab kami berdua ni mmg tak suka shopping yg sarat dgn orang, maka xde la beli ape pun. cik fifee bl kasut je satu.

Konon lepas tu nak g mid atau mines mungkin kurang orang kot.pastu kakak aku call kata kenapa tak pergi jalan tar?dah dekat rugi tak pergi. masa tu dah pukul 2 pm ye. panas bkn main. oleh sebab aku bawa tetamu, pergi la jugak jalan tar tu.aku tak beli pape pun sbb aku mmg tak suka shopping.shopping barang dapur je yang aku suka.hahaha. munking jugak cik fifee stress ngan aku yang tak suka shopping ni, terus dia ajak balik. bkn balik la.pergi shopping lain untuk berbuka.

Mula-mula nak pergi mines pastu pikir balik kaki dah tak larat jalan ni.badan pun dah lembik semacam. pergi mid senang sikit kot. terus la pergi mid.tu pun tak jalan sangat. sampai-sampai terus pergi surau untuk solat asar pastu lepak kat surau sampai pukul 6. keluar surau terus pergi booking tmpat untuk berbuka.kemain awal lagi kan?hahaha.aku malas nak jalan-jalan tu yang duk je kat restaurant tu.kitorg buka kat pizza hut je.

Aku set untuk dua orang. mula-mula tgk mcm tak cukup kan. siap rancang lepas ni kita pergi restaurant lain pulak.nafsu puasa katakan. last-last masa tinggal hujung-hujung meal tu, aku pandang dia, dia pandang aku.masing-masing dah tak larat. tapi aku habis kan jugak bahagian aku.rezeki ramadhan tak baik membazir :)

Balik bilik timbang naik satu kg.huaaaaaaaaa... hahaha.

Lepas buka pergi surau, bkn main ramai lagi. smpai nak amik wuduk pun kena beratur. tapi Alhamdulillah sempat jugak magrib.

Sebaba magrib pun solat dah hujung-hujung maka kami decide untuk tunggu isyak skali. takutnye bila dah balik bilik liat pulak nak solat sebab badan dah letih sangat. Lepas solat pergi beli roti konon untuk sahur patu terus pergi stesen komuter. aku mmg tak pernah balik mlm kalau keluar sendiri ni. risau bkn main.dah la aku bawa anak orang.hahaha. sepanjang hari doa aku moga dipermudahkan perjalanan ni.mmg aku risau la.sbb aku pun bkn tau jalan sangat pun. pastu balik dah mlm.takut bas ukm pulak dah takde. tapi Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku. perjalanan dipermudahkan :)

Aku taknak dah buat kerja gile ni. mungkin boleh buat bila bulan ramadhan dah berakhir :)

ps: tak payah la tergile-gile nak pergi shopping kat jln tar tu, harga sikit lebih kurang je pun. dan potensi untuk pahala puasa korang bertambah sikit juga adalah tinggi. selain melihat para gadis yg tak menutup aurat,kadar kapel yg berpegang tangan juga tinggi dan jugak terdapat segelintir peniaga yg tak pose pastu selamba minum kat kedai dia. kadar kesabaran pun makin kurang sebab panas terik.



Orang tengah bosan menunggu waktu berbuka :)


Memang dah tak sabar :p


Saturday, August 6, 2011

Calon Suami

1. Boleh jadi imam (lepas kahwin nanti aku nak dia imam kan solat aku)

2. Boleh mengaji, kalau pandai lagi bagus (aku nak dia jadi guru mengaji aku)

3. Dia sayang parents aku macam parents dia sendiri. InsyaAllah aku jugak akan sayang parents
dia macam parents aku sendiri.

4. Tahu tanggungjawab.

5. Boleh terima kurang nye aku dan InsyaAllah aku boleh terima kurang nye dia.

Aku tahu wish aku ni nampak-macam-bagus-dan-pikir-bagus. tapi nak buat macam mane . dah cita-cita aku nak masuk syurga. maka kena lah pilih suami yang boleh bawa aku ke jalan yang lurus.

Jangan mengharap aku akan membimbing kau ke arah kebaikan lepas kahwin sebab aku pun bengkok. Aku yang mengharap bimbingan suami lepas kahwin.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang ada ciri-ciri di atas, boleh la tinggal no telefon.(tapi jangan mimpi aku akan call.hahaha)
perhatian : untuk lelaki bujang sahaja!

nota kaki : moga ramadhan kali ni membawa berkat yang kekal abadi :)

Friday, July 29, 2011

Tolong jaga hati aku sikit boleh?

Aku tak minta banyak. sikit je.

Tolong la pakai earphone bila dengar lagu. aku stress!

Thursday, July 28, 2011

Bola

Bapak aku baru call jap tadi. motif call? semata-mata nak ingatkan aku malam ni ada bola.hahaha. memang lawak.semangat betul.ikut hati nak je aku turun kat kafe tu tgk kan.nak harap kan tv kat blok ni, makin rabun mata aku. tapi tu la, aku ni ada badi.setiap kali tgk malaysia live mesti kalah.kalau aku tak tgk,menang lak tu. malam ni aku harap sangat malaysia menang,maka nye aku tak la pi turun kafe untuk tgk. nanti kang kalau aku tgk, kalah pulak. tapikan cam tak best lak tak tgk. sebab member aku kat fb semua kecoh pasal bola. siap naik kl dari melaka weh. aku pun minat la jugak tapi tak la sampai nak pergi stadium kan. anak dara tak manis pergi tempat macam tu. eh?yeke?abaikan...

Kat rumah melaka tu, selain bapak aku, aku je la yang minat bola.abang aku tak amik pot pun. takat minat je la, main nye jangan mimpi.haha. kalau abang-abang ipar aku ada kat rumah baru la meriah sikit tgk bola.suara sorak je lebih.kalau tgk ngan mak aku, emo lebih. tak pasal-pasal kena masik siap ngan memek muka penuh perasaan.hahaha. my sayang n my kaseh kejap-kejap terkejut sebab suara sorak abang ipar aku mengalah orang kat stadium. siap berlari depan tv ni punye semangat tgk bola.hahaha.

*moment tgk bola bersama keluarga adalah sangat indah~~~
*aku dah rindu rumah!

Wednesday, July 27, 2011

Sekejap je lagi

Tinggal lebih kurang dua minggu je lagi stay kat UKM. lepas tu boleh blah dah. tak sabar gile! bukan la blah terus, cuti satu bulan je, lepas tu semester baru bermula, lepas tu tamat la sudah peringkat pembelajaran aku untuk kali ni. sangat-sangat tak sabar :)

Tadi spent 4hours kat bilik supervisor, naik ting tong kepala aku.balik bilik terus telan panadol 2 bijik! pening kot bincang lama-lama ni. dah 2 minggu sebenarnye tak jumpa supervisor. ni kira qada' balik la kan.hahaha. tapi sangat berbaloi pergi bincang hari ni.banyak input and solutions. harap baki dua minggu ni boleh siap la projek desertasi ni.nanti sem depan boleh fokus terus untuk tulis tesis, InsyaAllah :)

Hujung minggu ni balik melaka (itu pun nak bagitau,padahal memang setiap minggu pun balik melaka :)). tapi sebelum balik ada gathering ngan kawan-kawan exUPM. dua tahun kot tak jumpa tapi rasa macam baru sebulan je habis degree, cepat betul masa berlalu.

Sambut puasa kat melaka :). Puasa hari isnin, melaka cuti umum, tapi selangor tak cuti.aku tak kesah pun sebab sekarang kan tgh cuti sem, maka nye wajib aku berbuka puasa hari isnin tu kat rumah. kalau tak, ada la sesi bercucuran air mata kat hostel ni.hahaha.



Thursday, July 21, 2011

Hari ni cerita sedih

Malam ni rasa macam nak layan movie je.tak nak buat keje lain.sebenarnye hati dah rindu rumah gile-gile. kalau esok takde meeting, confirmnye aku dah balik dah hari ni. tapi esok ada meeting, kena sabar.

Semalam birthday aku. no cakes, no presents, no real wishes. macam hari-hari biasa je, sebab member aku kat sini sorang pun tak tau birthday aku bila.memang sengaja tak nak bagi tahu pun. semalam mak aku call wish birthday siap tanye nak ape lagi.pastu dia kata mak bagi cash money je la, tak tahu nak beli kan ape. terharu aku. padahal setiap bulan dia bagi cash kat aku.

Lab mate aku nak berhenti.aku sedih ok.walaupun aku gembira untuk dia sebab dia dah dapat offer jadi lecturer, how lucky she is! takpe, my time will come kan. sabar je la.tinggal 6 bulan je lagi. and she said doing master is worth.bukan wasting time macam anggapan sesetengah orang.aku setuju.

Lab mate aku lagi sorg pun nak fly dah.ni lagi aku risau.kalau dia takde nanti aku dah takde geng nak discuss.cannot imagine how next semester will be. lab tu dah kosong! of course la libian friends aku ada kat lab tu tapi diorg semua coursework, tak sentiasa ada kat lab plus bidang pun tak sama.dah la bila bercakap macam ayam ngan itik. nak bercerita pun takde feel.hahaha

Aku harap next semester adalah budak yang buat projek sama ngan aku,paling tidak pun takde la aku tercengang sorang-sorang.

*just can't wait to go home