Friday, October 28, 2011

Rindu

7.30 pagi, siap-siap kemas beg. pukul 12 nak balik melaka. tak sempat dah nak tunggu esok.hari ni jugak nak balik.kalau boleh kelas pun nak ponteng. punye tak sabar nak balik rumah.haha.tapi tak boleh ponteng sebab kelas tu seminggu sekali je pastu student ada 5 orang je. kalau aku ponteng sah-sah la lecturer tu boleh detect kan?

Plan asal, habis je kelas pukul 12, terus balik bilik ambil beg pastu tunggu bas. tak done dah nak jengah lab. kalau jengah lab alamat nye tak boleh balik hari ni.

11.50 pagi mak call "awa tak payah balik hari ni, esok mak datang sana. adik ada interview", I just like ha? *kecewa*

Punye semangat aku nak balik, tetiba dia kata tak yah balik.sob sob sob. memang la boleh balik kalau nak balik sangat tapi buat penat badan je la. esok sah-sah kena teman adik aku interview esok, nak datang sini lagi. elok je la tunggu je kat sini sampi sok pagi.

Jiwa aku dah melayang. 2minggu tak jenguk rumah. cuti deepavali pun tak sempat nak balik. lepas je adik aku interview esok, harus la cepat-cepat balik melaka. kalau tak tak berbaloi aku nak balik duk sekejap je. tapi aku ada jugak skali sekala buat kerja gile. pagi balik melaka, petang balik selangor balik.haha. rindu nye pasal.

*Can't wait for tomorrow!*

Tuesday, October 25, 2011

25 oktober 2011

Dia cakap aku macam orang gaji! pergh memang tak sayang mulut. apa yang tak puas hati sangat ni?

situasi sebenar..

Kelas mula pukul 2pm. aku sampai pukul 1.30 pm, sebab zuhur dah masuk awal jadi semangat la sikit nak pergi kelas awal. masuk-masuk kerusi bersepah. aku susun kerusi tu sebab aku tak leh tengok benda semak-semak sangat. susun kerusi je pun bukan nye sampai sapu lantai!

Pastu budak ni masuk tiba-tiba sound aku, "kalau ada masa terluang tu ulangkaji la." gile! ko ni apsal? tibe-tibe nak sound aku plak kan. time tu sure la darah aku dah tinggi. aku cakap kenapa? dengan nada yang kalau orang buta dengar pun tau aku tengah marah.

Pastu jawapan bodoh yang keluar dari mulut dia " u selalu buat itu buat ini, macam orang gaji". ok, sah la budak ni gile.

Oleh sebab aku ni takde la nak cari gaduh sangatkan, aku diam je terus pergi kat white board, bersihkan white board pulak. orang macam ni pun ada eh?

Aku memang suka pergi bersihkan white board sebelum lecturer masuk. tu pun boleh dapat title orang gaji. pelik betul ngan manusia sekarang ni. ada je yang tak puas hati. padahal aku tak kacau kau pun.

Sampai sekarang hati aku panas lagi. aku istigfar kuat-kuat depan dia weh, supaya aku tak maki dia time-time tu gak. yang paling tak boleh blah, cara dia cakap "bila ada masa ulangkaji la" bajet macam aku lagha sangat kan? padahal aku susun kerusi je weh! macam la aku ni bodoh gile sampai dia cakap macam tu.

Mungkin prespektif kita berbeza. cara penerimaan juga berbeza. mungkin ape yang dia nak sampai kan berbeza dengan apa yang aku terima. tapi kau memang salah timing la nak tegur aku hari ni bro. simptom pms dah datang. mujur la kau tu non-muslim, kalau tak sah-sah la kena direct ngan aku. tak tahu nak beza antara amal dengan tanggungjawab! orang gaji tu, memang tanggungjawab dia bersih kan rumah. yang aku buat tu nama dia amal! supaya bila lecturer masuk, dia senang hati sebab tak payah nak bersih kan white board lagi. selain tu aku jugak mengharapkan pahala dari Allah. moga ilmu tu berkat.

Sorry la pada sesiapa yang baca entry ni. ni hanya entry meluahkan perasaan :)

P/s : tu sebab aku sayang dekat my cinta hati, dia selalu susun kerusi dan padam white board after class.

Monday, October 24, 2011

Picnic

Petang jumaat lepas pergi picnic kat port dickson. memang syok. tak ramai orang and cuaca pun best. walaupun panas terik, aku tahu memang agak gile untuk mandi laut pukul 4 petang tapi nikmat air laut tu mengatasi segalanya.hahaha. more than 2 years kot aku tak pergi picnic. i mean real picnic.bukan takat jalan-jalan tepi pantai. kalau takat jalan-jalan, takde makne nye aku nak pergi jauh-jauh sampai port dickson. Melaka pun banyak pantai.

Tapi yang tak best nye kulit dah jadi kering terlampau. yang best kulit aku tak sunburn weh! ajaib sungguh. walau pun berjemur tengah-tengah panas, tapi effect tak nampak sangat. bagus ni.minggu depan boleh pergi lagi :))))))))

Masa berjalan pantas kan? kejap je nak mid sem dah. rasa macam tak sedia pulak nak habis study. mungkin dah terlalu selesa dengan title student. setahun adalah sangat-sangat-sangat sekejap. rasa macam belum puas...

Friday, October 14, 2011

Fakta

Siapa yang tak tahu fakta kat bawah ni sila angkat tangan ye. jangan main tipu tau!

1. Siapa yang tak tahu kalau tinggal solat tanpa sebab tu berdosa?
2. Siapa yang tak tahu kalau tak tutup aurat tu berdosa?
3. Siapa yang tak tahu kalau menfitnah orang itu berdosa?4. Siapa yang tak tahu kalau makan benda haram itu berdosa?
5. Siapa yang tak tahu kalau mengatakan orang itu berdosa?

I bet none of us has the hand in the air right now.

Semua orang tahu itu berdosa. tapi tetap nak buat jugak. kami tahu kamu cantik lagi menawan. tapi bila malaikat tanye kenapa tak tutup aurat, agak-agak jawapan macam ni boleh diterima tak?

1. Saya lebih cantik kalau free hair.
2. Pakai baju ketat tu kan attractive.
3. Saya pakai tudung jarang sebab ikut fashion.

fikir-fikir kan la. jangan ada ilmu tapi tak amal. kesian kat diri sendiri.
moga jadi peringatan untuk kita semua, terutama diri sendiri ye Azuramajid.

Thursday, October 13, 2011

Hari ni dah hari khamis. wuhuuuu. 1 more day to go. tak sabar gile nak balik! Assignments dah siap. boleh balik rumah dengan senang hati :)

just a thought
i will finish my master less than 4 months from now. and i still have no plan for my future. me myself, still want to continue my studies, but ...



need to consider so many things.

Sunday, October 9, 2011

Assignment

SEMAK!

Meja tu memang sangat semak. sampai sekarang pun semak jugak.tapi takpe, sebab asignment dah tak macam keretapi dah, tinggal macam trailer je.haha.

I managed to finish two assignments today! pheww~~ another three are waiting!

Saturday, October 8, 2011

Bosan gile nak mati.

Bosan di sini bukan bermaksud aku tak tahu nak buat ape. tipu la kalau tak tahu nak buat ape. assignment aje dah macam keretapi.semua dah bersusun nak tunggu aku gerak je. tapi selalu delay :). tapi bosan sebab aku tak balik rumah. gile-gile-gile nye bosan r. jiwa kacau.hahaha.

Duduk bilik sorang ni lagi la bosan.takde orang nak ajak borak. dah la aku ni kuat membebel, takkan la nak bebel ngan buku lak kan. bosan tahu?

Gile tak sabar aku nak balik rumah ni.walaupun ada seminggu lagi :(

Friday, October 7, 2011

ikalau takde masa tak payah baca

Bila aku boring makan ikan, aku amik tempe, hakikat nye aku tak pernah boring pun makan tempe. setiap kali pergi pasar, mesti mak aku beli tempe walaupun dia tak makan tempe. salasilah keluarga aku takde jawa. tapi makan tempe mengalahkan orang jawa.