Thursday, June 16, 2011

Tenang

:) :) :)

Alhamdulillah. Segala agak tenang sekarang.

Dua hari lepas, kalau ada yang perasan kat status fb aku, aku hampir-hampir berundur. jalan nampak kelam, gelap, gelita. Perasaan tu seakan-akan telah nekad. Aku luah segala pada labmate, bukan dengan harapan untuk dia bersimpati, bukan dengan harapan untuk dia memahami, aku mengharapkan cuma sedikit waktu untuk dia menjadi pendengar.

Tapi itulah takdir Allah. Dia kurniakan aku labmates yang sangat-sangat baik dan memahami. Alhamdulillah. Sepanjang dua hari mereka menolong aku, menolong aku rohani dan jasmani supaya aku tidak berundur. sekali kau berundur, selamanya kau akan menyesal!

Sepanjang dua hari juga mereka menemani, mengajar dari seawal a sehingga z. pantang nampak aku gelisa, pasti kata-kata semangat akan diberi.

Master bukan mudah, tapi bukan mustahil. pada mereka yang menganggap/telah terlaksana bahawa master ini mudah, beruntunglah anda. beruntung kerana anda tidak melalui kepahitan yang aku lalui.tapi aku percaya dalam kepahitan itu ada manisnya, InsyaAllah.

Thanks jugak pada my best friend sebab sudah mendengar luahan aku :).

Moga perjalan projek aku lebih mudah dan terang lepas ni, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment