Wednesday, November 30, 2011

Random

Setelah berhempas pulas dari pukul 9 pagi tadi diselangi dengan tontonan drama korea dan juga blogwalking, akhirnya chapter 2 and 3 telah siap. Alhamdulillah. moga tak di reject lagi. yeah, u heard me, DI REJECT!

Harap sangat tak di reject kali ni sebab masa dah sangat suntuk. hari tu dah hantar sampai chapter 3 tapi supervisor macam tak puas hati. so, kena buat balik. chapter 1 aku tak sentuh lagi. tengok dulu esok macam mane. kalau supervisor puas hati baru aku proceed, kalau tak, alamat mengadap lagi la chapter 2 and 3.

hallyu phenomena? no no no. aku bukan peminat tegar artis korea pun. infact geli kot tengok artis dia nyanyi. aku tgk drama je. sekarang boleh salah kan adik aku yang dah perkenalkan cerita korea time balik cuti awal muharam hari tu. tak pasal-pasal aku dah ketagih nak tengok. perkataan hallyu phenomena tu pun aku baru google jap tadi.haha

Kepala aku dah pening. aku rasa laptop ni pun dah pening sebab dah on lebih dari 12 jam. katil aku pun pening sebab buku+journal+gadjet bersepah-sepah atas katil. bilik aku lagi pening. sejak sampai pagi semalam aku tak sempat lagi nak kemas ape-ape. dengan masalah air lagi. gile betul. dah sehari suntuk takde air! baju yang tunggu untuk dicuci je dah 2 baldi. bila nak cuci pun aku tak tahu.

Esok kelas berderet. sekarang ni aku ada habit baru. tido dalam kelas. memang gile! aku tak tahu la sama ada aku ni memang mengantuk atau pun lecture tu boring tahap aku boleh lelap. lagi buat aku mengantuk adalah subject tu takde exam maka aku tak perlu tumpu kan perhatian dalam kelas. cuma ada assignment je.

Owh ye, esok nak pulangkan file lecturer aku. hampir seminggu jadi harta.haha. risau pegang barang orang lama-lama ni. takut rosak plak nanti. whatever pun, thank you very much mr. wan for lend me your file. i'll always remember your kindness :)

Tuesday, November 29, 2011

Calender for left-handers

Nampak beza tak dengan kalender biasa? kalender ni terbalik! khas untuk left-handers tegar. kalau dah mix-mix macam aku ni, buat pening kepala lagi ada lah. jumpa website ni masa selak file lecturer. He's one of the left-handers tegar kot. macam menarik jugak barang-barang orang kidal ni. aku yang kidal pun pelik menengok nye.hahaha. ini adalah kesan daripada dah terlalu biasa menggunakan peralatan kanan plus aku memang takde masalah pun nak guna.

Cerita tentang kidal ni aku rasa takde ape istimewa pun. sama je semua. tapi yang pelik, aku tetap tertarik dengan orang kidal.hahaha. the way they hold the pen, cup, spoon and etc memang nampak macam best je. satu je benda yang aku tak boleh nafikan dari dulu sampai sekarang, aku selalu lukis rajah terbalik! ni satu benda yang memang susah gile nak ubah. selalu confius. tangan comot masa menulis tu, common la.bukan kata yang kidal, yang kanan pun sama, tapi tak seteruk orang kidal :)

Ada left-handers yang bagitau, ada orang panggil diorang cacat sebab pakai tangan kiri. gile keji kan? sesuka hati je nak panggil orang cacat. so far aku tak pernah la pulak ada pengalam macam ni sebab most of my family members are left-handers. memang tak nampak ape yang beza sangat pun.

Sila jangan tanye kami makan pakai tangan mane ye. same je macam kami boleh tanye the right-handers, korang istinjak pakai tangan ape?adakah masih pakai tangan kanan? use common sense please. kalau makan pakai sudu lain cerita. kelemahan lain yang sangat ketara adalah aku suka bagi and terima barang pakai tangan kiri.aku tahu ini seperti tidak beradab. tapi ini adalah tingkah laku spontan. mungkin kalau aku buat benda ni dengan orang kidal tak jadi masalah kot, sebab dia pun terima and bagi guna tangan kiri.hahaha. masalah bila dengan orang kanan. minta maaf la ye kalau dah terbuat kat sesiapa :)

Lepas baca entry ni adakah anda masih merasa kidal itu istimewa? phewww. takde maknenya istimewa. same je semua. tapi setiap benda ada their own uniqueness. istimewa dalam cara tersendiri mungkin?

Wednesday, November 23, 2011

Semangat rumah

Ini dah tahap wajib balik dah ni. otak dah tak boleh fokus. benda ni adalah normal pada aku.haha. kalau seminggu tak balik rumah, effect nye adalah sangat dahsyat. aku tak boleh study woi! buat benda semua tak kena.

Hari ni baru hari rabu. total ada 3 hari lagi nak balik. punya la wasting time 3 hari tak boleh study. kalau nak balik hari ni pun tak boleh, tak kan nak ponteng kelas. lagi la tak berbaloi.

Rumah tu adalah sumber semangat aku. whenever rasa down, aku memang akan balik rumah. semangat rumah bapak aku cakap.haha.

Ramai suggest suruh aku further kat melaka je. senang. tak payah nak tanggung rindu (just like huge burden on my shoulder). masalah utama yang aku tak boleh stay kat melaka@rumah adalah aku susah gile nak study! ada je keje nak buat.

Takpe la tanggung rindu sikit.hujung minggu balik rumah. orang kata kalau duduk jauh-jauh ni wangi (walaupun tak la jauh mane kan.hahaha). duduk jauh la yang ajar aku erti sayang, erti pengorbanan, tanggungjawab, buat keputusan sendiri dan yang lebih penting iman lebih terjaga.

InsyaAllah semua nya akan baik. tawakal!


Monday, November 21, 2011

Advanced electromagnetic

Aku termenung, dia termenung. yang depan termenung, yang belakang pun termenung. Apsal soalan susah sangat nih?! hahaha. hancur exam aku tadi. tapi bersyukur sebab kepala aku dah tak terbeban. boleh buat ke tak boleh buat ke, letak belakang dulu.yang penting i'm free!haha.

Free la sangat kan. tengah tunggu exam seterusnya, Advanced math.hari tu delay.tapi tak confirm lagi hari ape lecturer tu nak buat exam. oleh sebab dia tak confirm lagi. feel feel macam free la kan sekarang ni.

Tag line untuk hari ni : kalau tak fail tu dah kira cukup baik dah tu. sumpah! soalan susah gile. ke aku yang bodoh gile?hahaha.lantak la. serik dah aku nak amik subject ni. ingat time degree dah lepas azab.rupa nye tak habis lagi.

Advanced electromagnetic. pheww, ada dua bulan lagi nak mengadap benda ni. kuatkan semangat! dua bulan je lagi.lepas tu boleh la bungkus segala nota, buku dan sewaktu dengan nye. phd aku taknak buat dah benda yang ada sangkut paut ngan subject ni.boleh botak kepala macam ni. tapi projek aku sekarang ada sangkut paut ngan electromagnetic.huwaaaa! tak nak lagi. tak nak lagi!

Saturday, November 19, 2011

Rindu yang tak pernah hilang

Aku rindu rumah gile-gile! semua anak buah aku ada dekat melaka sekarang. the whole family pun dekat melaka.aku sorang je kat luar melaka.phewww. semangat, oh semangat. mane kau pergi ni?


kerja tak habis-habis. sometimes it just feel like to giving up :(


AINA HUMAIRAH BINTI MOHD HASIF
rindu sangat dekat kamoooo :(

leaving malaysia: I am not worry about the environment, but i always worry about my feelings

Saturday, November 12, 2011

Excited!

waiting for my sister to pick me up. I'm back home today. new niece is on her way to the world :) I'm so excited. I am not sure whether this excited feeling is for my new niece or it just the feeling of getting home. well, you know me. home is everything :)

Please pray for both of them. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan.

Friday, November 11, 2011

Schedule

Monday 14/11/2011 : Advanced Electromagnetic submission date.

Tuesday 15/11/2011 : Meeting with supervisor.

Wednesday 16/11/2011 : XRD and XRF lab.

Thursday 17/11/2011 : Biomaterial submission date + presentation, Advanced math submission date.

Friday 18/11/2011 : Advanced math mid term exam.

Ok, lets see what else in my diary : oh ya, advanced electromagnetic mid term exam will be on 21/11/2011!

Not really compact?

Lets see what else : assignments in queue, two assignments for semiconductor, XRD and XRF report, XRS for thin film report, and the whole thesis!

Somebody please tell me how to survive!

Thursday, November 10, 2011

Harga yang perlu dibayar

Alhamdulillah. Selamat sampai UKM semalam.

Cuti panjang sangat bahana nye jadi pemalas yang amat.haha.semalam sampai tapi satu benda pun aku tak buat lagi. dah terbiasa hidup kat rumah yang tak perlu ada tanggungjawab besar macam kat sini. kat rumah macam biasa, raya disambut dengan meriah. open house 3hari straight. aku tau dengar macam pelik sebab raya aifiladha.tapi keluarga aku mmg macam ni. raya pertama pergi rumah pak n mak sedara aku.malam open house rumah busu. malam raya kedua open house rumah sepupu aku dan akhir skali raya ketiga, open house rumah aku. memang meriah.

Balik sini sehari lepas open house rumah aku, meninggalkan keluarga dalam suasana yang masih meriah adalah harga yang perlu dibayar untuk mengadap buku. pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berjaya. Semua benda yang kita lakukan ada harga tersendiri.

Untuk mendapatkan master, perlu korbankan banyak benda. masa, rindu, duit.

Kakak aku yang nombor 3 tu mengandung, sekarang tengah tunggu hari je. berat badan naik hampir 30kg. dulu badan dia kurus, sekarang dah gemuk. stress? korang cuba bayangkan dari kurus terus jadi gemuk. tapi itu la harga yang perlu dibayar untuk menjadi emak.

Kakak aku n husband dia pjj. pjj tu pasangan jarak jauh. weekend couple. husband dia keje kl. weekend je balik melaka. hari tu aku ada peluang tenguk ofis husband dia sebab husband balik kl naik bas je.ofis nye pun dekat dengan tbs. dia la yang kata dekat, pastu aku tengok, mak aih kemain jauh lagi nak menapak.naik turun tangga toksah cerita.tapi dia kata dah selalu jalan, dah tak rasa jauh. itu la harga yang perlu dibayar seorag suami. penat,masa,duit, perasaan.semua perlu pengorbanan.

Kalau kita fikir,semua benda dari yang kecil hingga ke besar ada harga yang perlu dibayar.

Bersyukur, bersyukur,bersyukur.

Alhamdulillah ya Allah.

Andai engkau pasangan yang belum dikurniakan anak,
bersyukur la paling tidak pun Allah telah mengurniakan engkau pasangan yang dicintai,
Andai engkau masih bersendiri,
bersyukur la paling tidak engkau mempunyai ibu bapa yang penyayang,
Andai engkau telah menjadi yatim piatu,
bersyukur la paling tidak engkau masih mampu berdiri diatas kaki sendiri,
Andai engkau tidak sempurna fizikal,
bersyukur la paling tidak engkau masih waras akalnya.

Bersyukur! bersyukur! bersyukur!

Alhamdulillah ya Allah

Friday, November 4, 2011

Selamat hari raya and happy holiday! (only for uni students :))

Selamat HAri Raya!

Tenangkan minda, lebarkan senyuman. tolak tepi semua masalah, assignment dan segala macam kerja. Hari ni nak balik rumah! weeee.

Cuti raya bersambung dengan mid semester break memang heaven. malangnye lepas naik cuti berderet mid term exam. oleh sebab aku ni student yang baik, insyaAllah hari rabu balik sini dah. tak leh duk rumah lama-lama. confirm satu benda pun tak siap.

Bak kata mak aku, kalau balik rumah nak siap kan kerja (read:study) baik tak payah balik! sempoi kan mak aku?aku sure 10% je mak-mak kat dunia ni yang berani keluarkan kata-kata hikmat macam ni.hahaha. Ayah aku sendiri pun sejak-sejak aku duk hostel (since matrikulasi) takdenye dia nak bising suruh study kalau balik rumah.paling-paling tidak pun dia tanye study macam mane?ok ke tak?

Mak pak aku bukan mak pak zaman melenium, semua nak perfect. for them kalau kau dapat pointer 3.00 pun dah cukup baik, apatah lagi kalau kau boleh maintain pointer 3.5 for every semester kan. sure nye diorang tak bising. mak pak sekarang selagi kau tak capai dean list, selagi tu la kau kena mengadap buku.

Yang paling kelakar, tahap sekolah rendah pun nak compare dah sekarang, kalau upsr takpe lagi. ni baru darjah satu! aku run bussiness home tuition join venture ngan kawan aku kat melaka.tapi sebab sekarang aku further study, kawan aku tu je yg wat sorang-sorang.last 2 months ada satu mak ni call nak suh jadi cikgu tuisyen anak dia. aku pas kat kawan.balik cuti hari tu aku tanye dia, budak tu macam mane? sambil gelak dia cite, budak darjah satu weh! pergh! memang gile mak pak sekarang. ape takde benda lain ke kau nak buat dengan duit tu? anak dia bukan nye tak pandai. selalu anak dia dapat 90+ utk maths, tapi ada satu bulan tu dapat 70+ je, terus dia g carik tuisyen.

Memang gile. time aku darjah satu, kalau tak fail tu dah kira cukup baik dah. baru nak belajar mengeja perkataan.tadika aku belajar kenal huruf je. kesian budak sekarang kan? hidup penuh dengan tuisyen je. patut la bussiness tuisyen tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Whatever pun selamat hari raya! berat pun akan naik barang sekilo dua sempena raya ni.itu standard :(

Wednesday, November 2, 2011

Thesis

Thesis submission date : 15 Dicember 2011

Baru aku berangan submission will be on january, tup-tup mid of disember dah kena submit. jujurnye banyak lagi yang aku tak cover. pening.