Friday, November 4, 2011

Selamat hari raya and happy holiday! (only for uni students :))

Selamat HAri Raya!

Tenangkan minda, lebarkan senyuman. tolak tepi semua masalah, assignment dan segala macam kerja. Hari ni nak balik rumah! weeee.

Cuti raya bersambung dengan mid semester break memang heaven. malangnye lepas naik cuti berderet mid term exam. oleh sebab aku ni student yang baik, insyaAllah hari rabu balik sini dah. tak leh duk rumah lama-lama. confirm satu benda pun tak siap.

Bak kata mak aku, kalau balik rumah nak siap kan kerja (read:study) baik tak payah balik! sempoi kan mak aku?aku sure 10% je mak-mak kat dunia ni yang berani keluarkan kata-kata hikmat macam ni.hahaha. Ayah aku sendiri pun sejak-sejak aku duk hostel (since matrikulasi) takdenye dia nak bising suruh study kalau balik rumah.paling-paling tidak pun dia tanye study macam mane?ok ke tak?

Mak pak aku bukan mak pak zaman melenium, semua nak perfect. for them kalau kau dapat pointer 3.00 pun dah cukup baik, apatah lagi kalau kau boleh maintain pointer 3.5 for every semester kan. sure nye diorang tak bising. mak pak sekarang selagi kau tak capai dean list, selagi tu la kau kena mengadap buku.

Yang paling kelakar, tahap sekolah rendah pun nak compare dah sekarang, kalau upsr takpe lagi. ni baru darjah satu! aku run bussiness home tuition join venture ngan kawan aku kat melaka.tapi sebab sekarang aku further study, kawan aku tu je yg wat sorang-sorang.last 2 months ada satu mak ni call nak suh jadi cikgu tuisyen anak dia. aku pas kat kawan.balik cuti hari tu aku tanye dia, budak tu macam mane? sambil gelak dia cite, budak darjah satu weh! pergh! memang gile mak pak sekarang. ape takde benda lain ke kau nak buat dengan duit tu? anak dia bukan nye tak pandai. selalu anak dia dapat 90+ utk maths, tapi ada satu bulan tu dapat 70+ je, terus dia g carik tuisyen.

Memang gile. time aku darjah satu, kalau tak fail tu dah kira cukup baik dah. baru nak belajar mengeja perkataan.tadika aku belajar kenal huruf je. kesian budak sekarang kan? hidup penuh dengan tuisyen je. patut la bussiness tuisyen tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Whatever pun selamat hari raya! berat pun akan naik barang sekilo dua sempena raya ni.itu standard :(

No comments:

Post a Comment