Tuesday, December 13, 2011

Hidup aku simple je

Rupa-rupanya hidup aku ni tak la susah sangat. Selalu mengeluh masalah tu masalah ni. semuanya masalah. tapi kalau tengok dalam skop yang lebih luas, masalah aku satu je. STUDY. ni je la masalah nye pun. tu pun dia punya gebang macam masalah hidup dan mati.hahaha.

Ok. stop gelak. nak cerita benda serius ni. Pagi tadi aku pergi lab dengan harapan yang menggunung untuk jumpa supervisor. maklum la, khamis ni dah kena hantar tesis., correction aku untuk chapter 2 and 3 pun dia tak pulangkan lagi, ingat nak minta dia cek chapter 4 and 5 pulak. minggu lepas sepanjang minggu aku tak jumpa dia, sebab dia ada dekat Langkawi, exhibition LIMA.

Sampai je fak, aku lalu depan bilik dia. owh tak sampai lagi dia ni. awal lagi kot, jam menunjukkan 10 am. Pastu aku pergi lab, ada budak phd, overnight kat lab. aku masuk je, dia terus bagi news yang boleh buat otak aku bergegar. OUR SUPERVISOR IS WARDED DUE TO STROKE! punah harapan! punah!

Termenung. terkejut weh. aku jumpa dia 2 minggu lepas, sihat je. tetiba boleh kena stroke. dia punya feeling macam keluarga sendiri yang sakit. ohhhh,harapnya cepat la dia sembuh dan boleh kerja macam biasa. aku banyak lagi plan dengan dia untuk masa depan.

Aku termenung lagi sambil pandang draft tesis yang aku dah siap print semalam. sape pulak nak minta tolong cek ni? Nak hantar hari khamis, ni dah hari selasa, nak tak nak kena cari somebody jugak untuk cek. takkan nak main redah hantar je kan? fikir punya fikir, dan lepas membuat pertimbangan yang sewajarnya, aku pun cuba nasib pergi minta tolong kat lecturer space physics. obviously akan susahkan dia la kan. bayangkan nak baca the whole thesis in one day, from abstract to chapter 5! but I have no choice. He's the only one who can understand my project except my supervisor.

Dengan muka yang tebal aku pun pergi la jumpa dia. terangkan serba sikit condition supervisor aku, and minta tolong dia cek. dia kata boleh. sepanjang aku duk sini and minta tolong dengan dia, tak pernahnya dia kat tak boleh :) Dia kata boleh collect esok. Alhamdulillah settle masalah. THANK YOU MR. WAN! againnnn.

Lepas dah settle ngan lecturer tu, time nak balik lab bertembung ngan kawan aku. then story la sikit-sikit. pastu tiba-tiba dia cerita masalah dia. perghhh. memang tak sangka masalah dia seberat tu.selama ni aku tengok dia relaks je. aku yang selalu kabut semacam. tapi bila dengar dia cerita. wah, kuat nya kau. kalau la kau ada kat tempat dia, mungkin aku dah mati kot. mati sebab tak tahan dengan masalah. dia kata dia dah tegar dengan masalah.

Habis borak aku naik lab. muhasabah diri. hidup aku adalah sangat simple. tugas aku hanya belajar je. tak perlu fikir kerja, tak perlu fikir tanggungjawab dekat rumah. tapi tu pun kadang-kadang tak bersyukur. Aku ada parents yang memahami, siblings yang well get along. aku ada semua. semua yang membahagiakan. Alhamdulillah.

Mulai sekarang, tanam dalm otak, bersyukur!

Just had a conversation with my mum, sambil gelak-gelak. takde dah drama air mata :)

No comments:

Post a Comment