Wednesday, December 14, 2011

Susahnya bila supervisor takde.

Tadi tengah hari ada peluang pergi lawat supervisor kat hospital. sebelum pergi member aku dah call wife supervisor tanye undate terkini. wife dia kata dah beransur pulih. dah boleh bngun and bercakap. aku imagine dah baik la kan. memang la bukan 100% tapi kira macam dia dah kuat sikit.

Sampai kat wad tu, kemain crowded lagi. pesakit bukan main ramai. pastu tadi kitorang pergi konvoi. adalah dalam 10 orang. tambah dengan ahli keluarga supervisor yang ada kat situ, mahu cecah belas orang jugak. panas. aku sampai and jengok supervisor aku jap. aku blurr. macam tak boleh nak terima kenyataan. dia sakit lagi woi! bercakap pun antara dengar dengan tak. badan belah kiri lemah. dia tak boleh jalan.tak boleh makan.minum pun pakai tiub.memang betul dia boleh bangun, time kitorg datang pun dia duduk kat atas katil. tapi tak nampak macam dia dah baik pun. hati aku sayu. 20 haribulan ni genap setahun aku kenal dia. sepanjang aku kenal tak pernah pun dia sakit. sentiasa ceria. tiba-tiba tadi pergi, tengok dia macam tu,aku macam susah nak percaya.

Dalam sakit-sakit dia pun, dia boleh tanye lagi tentang projek aku. sebenarnya banyak cerita aku nak bagi tahu dia. macam-macam. tapi, satu ayat je yang keluar dari mulut aku, " Dr. tak payah risau, semua saya minta En Wan cek. Dr. tak payah risau ape-ape". Balik hospital mood aku macam biasa. pastu pergi kelas. habis kelas, masuk lab. buat correction yang encik Wan dah cek tu. Waktu tu la baru aku sedar yang YOUR SUPERVISOR CANNOT HELP YOU ANYMORE. Betapa penting nye dia dalam hidup aku, Allah saje yang tahu.

Betul, Encik Wan banyak tolong aku. sangat banyak. dan aku sangat berterima kasih. tapi tak sama dengan supervisor sendiri. kalu supervisor sendiri, aku kejap-kejap boleh masuk ofis dia, tanye tu tanye ni. tapi takkan nak buat macam tu kat lecturer lain? dulu kalau nak tanye benda simple, aku cari dia. nak tanye format sikit pun pergi jumpa dia. nak confirmkan graph pun pergi tanye dia. serba serbi tanye dia. tapi sekarang? tadi petang aku buat cover page and ada a few things lagi yang belum settle. lepas buat, fikir. nak bagi sape cek ni? TAKDE ORANG!

Sekarang baru sedar, betapa perit nya kalau supervisor takde. tu la satu supervisor aku. aku takde co-supervisor. Macam tak boleh terima kenyataan je bila dengar,'your supervisor cannot help you anymore'.aku rasa macam nak pengsan.

To Dr Geri, I pray for you to get well soon. Really hope for u to attend my viva. Really BIG hope

~~~Esok hantar tesis dengan mata yang bengkak. firedrill memang suka buat hati aku panas~~~

3 comments:

  1. Azura..sorry to hear about your supervisor. Just remember one thing, di sebalik kesulitan dan keperitan, mesti ada sesuatu yang indah yang Allah nak bagi.. Susah nak percaya sesuatu yang kita tak nampak but we have to believe that untuk rasakan sedikit ketenangan..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Thanks Kak Tirana. Sedang mengumpul sisa semangat yang tinggal...

    ReplyDelete