Friday, March 25, 2011

Aku tak kata bahasa melayu is dumb

Presentation, done!
assignment, submitted!
midterm, done!

Alhamdulillah. akhirnye hidup aku tenang kembali.hahaha.

Seperti mane yg korang tahu bahawasa nye kat ukm ni semua tesis kena tulis dlm bahasa melayu kecuali ada excuse tertentu. aku rasa ukm satu satunye universiti kat Malaysia yang wat sistem ni. Aku takde masalah. bahasa melayu, bahasa harian, and aku bangga guna bahasa melayu.(masa awal2 mmg aku bengang skit, sbb time kat apply form tu diorg tak mention pun thesis dlm bahasa melayu,tp sekarang dah ok :)).

Time presentation hari tu, of course la dlm bahasa melayu kan, ada gak lecturer yg persoal kan kenapa malaysian student kena pakai bahasa melayu, and foreigner pakai english?knp nak beza kan? and is it fair to the foreign students yg dtg masa presentation tu tp tak paham sepatah pun ape yg kitorg present?mcm mane foreign student tu nak dpt ilmu? cuba korang bayang kan, korang pergi Jepun (master and phd kat sane pakai english, tak yah ada basic japanese language pun) pastu korang attend meeting, meeting tu dlm bahasa jepun.ape korg rasa?

Aku pernah mengajar kat skolah cina, then persembahan time teachers day diorg gune mandarin, seriously aku bengang! aku rasa mcm tu jugak la perasaan foreign students tu. kat sini diorg wajib blajar bahasa melayu, tp blajar takat nak lulus je la, takkan la korg boleh terus bercakap bahasa asing kalau blajar takat 2jam seminggu, itu pun 4 bln je.

Bagi aku kalau nak tarik foreign student kena fair la, takpun asing kan time presentation.so xde la diorg mcm tercanguk2 time kitorg present.

Tutup cite ni.

Skang aku nak cite ttg presentation aku lak.sape kata present dlm bahasa melayu senang? kalau tanye opinion aku, present dlm english lg senang. sbb kalau dlm english, sebutan kita lain sikit pun takpe, words yg lebih kurg pun kira boleh diterima sbb tu kan second language. kalau guna bahasa melayu semua nye kena perfect. kalau salah ckp sikit pun boleh dikesan. kalau english, 1word ada banyak maksud kan? so senang skit nak guna. kalau bm ni satu perkataan tu satu meksud.kalau loss word,mmg tercanguk la aku kat dpn nak mencari perkataan yg hilang tu.

Aku antara student yg paling awal sampai.nervous nye pasal, aku dtg awal2. 8.30 am aku dah ada kat situ walaupun turn aku kul 11.30. kat sini kalau nak present, supervisor kena ada skali. kalau nak present cpt blh je dgn syarat supervisor and examiner mesti ada kat room tu.yg best nye aku nye supervisor ngan examiner dua-dua dtg lambat.sabar je la kan. aku paling awal and aku yg paling lambat present.org terakhir utk sesi tu.

Tapi yg best nye examiner aku baik :) hihihi. dia tak hentam aku kat depan pun. walaupun ada fakta aku yg salah.time dah hbs present br kitorg bincang. kira ok la kan.drpada hentam aku kat depan, baik bincang kat belakang. supervisor aku pun ok, examiner jemputan pun ok, lab mate aku pun dtg tgk. thanks guy! moral support tu.

Sok nak balik melaka. sudah rindu :)

No comments:

Post a Comment