Friday, July 29, 2011

Tolong jaga hati aku sikit boleh?

Aku tak minta banyak. sikit je.

Tolong la pakai earphone bila dengar lagu. aku stress!

Thursday, July 28, 2011

Bola

Bapak aku baru call jap tadi. motif call? semata-mata nak ingatkan aku malam ni ada bola.hahaha. memang lawak.semangat betul.ikut hati nak je aku turun kat kafe tu tgk kan.nak harap kan tv kat blok ni, makin rabun mata aku. tapi tu la, aku ni ada badi.setiap kali tgk malaysia live mesti kalah.kalau aku tak tgk,menang lak tu. malam ni aku harap sangat malaysia menang,maka nye aku tak la pi turun kafe untuk tgk. nanti kang kalau aku tgk, kalah pulak. tapikan cam tak best lak tak tgk. sebab member aku kat fb semua kecoh pasal bola. siap naik kl dari melaka weh. aku pun minat la jugak tapi tak la sampai nak pergi stadium kan. anak dara tak manis pergi tempat macam tu. eh?yeke?abaikan...

Kat rumah melaka tu, selain bapak aku, aku je la yang minat bola.abang aku tak amik pot pun. takat minat je la, main nye jangan mimpi.haha. kalau abang-abang ipar aku ada kat rumah baru la meriah sikit tgk bola.suara sorak je lebih.kalau tgk ngan mak aku, emo lebih. tak pasal-pasal kena masik siap ngan memek muka penuh perasaan.hahaha. my sayang n my kaseh kejap-kejap terkejut sebab suara sorak abang ipar aku mengalah orang kat stadium. siap berlari depan tv ni punye semangat tgk bola.hahaha.

*moment tgk bola bersama keluarga adalah sangat indah~~~
*aku dah rindu rumah!

Wednesday, July 27, 2011

Sekejap je lagi

Tinggal lebih kurang dua minggu je lagi stay kat UKM. lepas tu boleh blah dah. tak sabar gile! bukan la blah terus, cuti satu bulan je, lepas tu semester baru bermula, lepas tu tamat la sudah peringkat pembelajaran aku untuk kali ni. sangat-sangat tak sabar :)

Tadi spent 4hours kat bilik supervisor, naik ting tong kepala aku.balik bilik terus telan panadol 2 bijik! pening kot bincang lama-lama ni. dah 2 minggu sebenarnye tak jumpa supervisor. ni kira qada' balik la kan.hahaha. tapi sangat berbaloi pergi bincang hari ni.banyak input and solutions. harap baki dua minggu ni boleh siap la projek desertasi ni.nanti sem depan boleh fokus terus untuk tulis tesis, InsyaAllah :)

Hujung minggu ni balik melaka (itu pun nak bagitau,padahal memang setiap minggu pun balik melaka :)). tapi sebelum balik ada gathering ngan kawan-kawan exUPM. dua tahun kot tak jumpa tapi rasa macam baru sebulan je habis degree, cepat betul masa berlalu.

Sambut puasa kat melaka :). Puasa hari isnin, melaka cuti umum, tapi selangor tak cuti.aku tak kesah pun sebab sekarang kan tgh cuti sem, maka nye wajib aku berbuka puasa hari isnin tu kat rumah. kalau tak, ada la sesi bercucuran air mata kat hostel ni.hahaha.



Thursday, July 21, 2011

Hari ni cerita sedih

Malam ni rasa macam nak layan movie je.tak nak buat keje lain.sebenarnye hati dah rindu rumah gile-gile. kalau esok takde meeting, confirmnye aku dah balik dah hari ni. tapi esok ada meeting, kena sabar.

Semalam birthday aku. no cakes, no presents, no real wishes. macam hari-hari biasa je, sebab member aku kat sini sorang pun tak tau birthday aku bila.memang sengaja tak nak bagi tahu pun. semalam mak aku call wish birthday siap tanye nak ape lagi.pastu dia kata mak bagi cash money je la, tak tahu nak beli kan ape. terharu aku. padahal setiap bulan dia bagi cash kat aku.

Lab mate aku nak berhenti.aku sedih ok.walaupun aku gembira untuk dia sebab dia dah dapat offer jadi lecturer, how lucky she is! takpe, my time will come kan. sabar je la.tinggal 6 bulan je lagi. and she said doing master is worth.bukan wasting time macam anggapan sesetengah orang.aku setuju.

Lab mate aku lagi sorg pun nak fly dah.ni lagi aku risau.kalau dia takde nanti aku dah takde geng nak discuss.cannot imagine how next semester will be. lab tu dah kosong! of course la libian friends aku ada kat lab tu tapi diorg semua coursework, tak sentiasa ada kat lab plus bidang pun tak sama.dah la bila bercakap macam ayam ngan itik. nak bercerita pun takde feel.hahaha

Aku harap next semester adalah budak yang buat projek sama ngan aku,paling tidak pun takde la aku tercengang sorang-sorang.

*just can't wait to go home

Thursday, July 14, 2011

Tahun ni aku tak tempah baju raya

Puasa Ramadhan pun belum dah bising-bising pasal raye ye cik azuramajid?hahaha. bonus tahun ni aku habis ganti puasa awal.kira layak la aku nak gebang pasal raya kan?hihi.

Tahun ni nafsu nak tempah baju tu kurang skit.mungkin sibuk ngan master kot.jarang balik rumah lantas takde masa nak pergi tempah baju *aku tau ini alasan semata-mata :). aku dah siap-siap beli dah baju kurung siap kat jusco mid valley (xde nafsu konon,padahal dah beli pun baju raya). baju kurung tu sepasang je tambah ngan jubah yg aku kirim kat kakak aku 2 pasang.cukup la kot.baju yang dlm almari tu pun ada yang tak puas pakai lagi.

*cerita di sebalik tabir*

Kakak aku pergi bandung bulan 6 hari tu sambil memborong berkoyan-koyan kain ela.malangnye dah lewat nak pergi tempah.mak aku kata kalau pergi hantar sekarang nanti tailor tu jahit tak proper sebab tempahan dah banyak,jadi nye mak aku advice suruh hantar lepas raya je.oleh sebab aku ni anak solehah, makanye aku ikut la kata-kata mak aku tu :D

Aku agak kecewa sebab tak dapat nak gaya kan kain yg cun melecun tu time raya ni :( dan aku pun tak tau kalau buat baju tu lepas raya, apekah tujuan nye?selain dari konvokesyen adik aku,aku tak nampak lagi keperluan nak ada baju cantik lepas raya. dan sila ingat selalu ye itu adalah konvokesyen adik aku bkn konvokesyen aku,jadinye pakaian yang berlebihan adalah sangat tak sesuai :)

Sekarang aku cuma berharap bahawa baju yang aku dah beli siap tu dan jugak jubah yang dibeli oleh kakak aku tu masih muat menjelang raya nanti. *gatal pergi beli saiz sekarang sape suruh?* saiz baju-baju berikut adalah sangat berbeza dengan saiz aku 6bulan dulu.harapnye saiz ni berkurang atau paling tidak pun sila maintain.kalau tak, kau takde baju raya Azuramajid!

*dulu aku xl,sekarang aku m~~~*

Monday, July 11, 2011

Perancangan masa depan #2

Jom kita berdiskusi lagi tentang perancangan masa hadapan.oleh sebab aku sedang menulis tesis dalam bahasa melayu,makanya adalah perlu untuk aku gunakan bahasa melayu yang selengkapnya (sumpah aku bosan!ayat tunggang langgang). Lupakan pasal tesis dahulu.

Tadi aku sempat cek program mybrain untuk phd, dan aku baru sedar yang program tu akan taja selama 48bulan @ 4 tahun. secara rasmi aku memberi tahu bahawa aku akan buat phd kat Malaysia je (InsyaAllah kalau diizinkan Allah). tak payah la nak simpan angan-angan duk luar Malaysia kalau duk luar melaka pun dan meroyan :)

Aku tau mesti orang akan persoal kan kau ni asik belajar je.bila nak kawin?aku nak kawin tahun depan.haaa.tu la pengakuan jujur.hahaha. aku yang nak kawin tahun depan tapi jodoh Allah yang tentukan.jadinye aku tak tau la sama ada aku kawin ke tak. letak tepi dulu soal kahwin.sebab jodoh bukan aku yang tentukan. takkan aku nak pergi pinang laki pulak kan?Please don't drop my water face!kahkahkah

Ok.serius, serius.kalau jadi la perancangan aku sambung phd makanya umur 28@29 tahun baru aku habis, InsyaAllah. Bila umur aku cecah 30 dan aku blm kahwin lagi dan macam tak nampak pun bila nak kahwin, perancangan aku, aku akan ambil anak angkat, jadi anak susu aku. by the time umur aku 50tahun, anak-anak aku dah 20tahun, kira ok la kan? aku sebut anak-anak sebab aku nak amik 4orang anak angkat.dua lelaki,dua perempuan. biar jadi bodyguard aku and boleh bantu aku kat dapur. terperinci betul perancangan aku kan?hihi

Bila orang sibuk-sibuk cakap pasal andartu ni aku terasa gak la. ape salah jadi andartu? tak kacau suami kau dah kira cukup baik.haha. tapi kalau nak jd andartu pun biar berilmu, dan berperancangan. korang rasa kalau perempuan tak kawin tapi ada anak, isteri-isteri kat luar tu takut tak kalau perempuan ni kacau suami diorg? percentage nye adalah kurang kalau compare ngan perempuan yang tak kahwin tapi takde anak.

Aku bukan la doa supaya jodoh aku takde.ini cuma perancangan. kahwin itu sunnah. elok sangat kalau dituruti.

Ini cuma perancangan aku kalau memang dah takdir takde jodoh aku kat dunia.elok la ada anak kan daripada duduk sorang-sorang. wahhh.serius betul aku menulis ni.hahaha. tentang harta pusaka anak-anak aku tak payah risau.akan aku wasiatkan kepada mereka :) (anak angkat tak boleh warisi harta pusaka,melainkan diwasiatkan).

Sape-sape yang tak nak jaga anak tu boleh register ngan aku, tahun 2016 nanti aku jaga.boleh?hihi


Hari ni dah isnin ke?

Hari ini hari isnin tapi aku pura-pura bukan macam hari isnin. hakhakhak. jam menunjukkan sepuluh pagi tapi hati aku masih tak mahu pergi lab lagi.mungkin hari ni tak masuk lab :) wat keje kat bilik je kot.lg pun target minggu ni nak writing thesis jd nye tak masuk lab pun takpe kot.hahaha.wat assumption sendiri!

Minggu ni semingu supervisor aku takde, kakak senior pun ade conference jadi kat lab tu tinggal aku n lagi sorang lab mate je.mungkin dia pun busy prepare interview kot. jadi nye tak payah la masuk lab ye tak?hahaha.




Motif letak gambar? aku takde motif pun, cume aku nak bagitau aku rindu diorang gile-gile!

Friday, July 8, 2011

mood : bengang

Kejap je dah jumaat balik. malam ni aku tak plan nak buat ape-ape pun since I have the whole day tomorrow and the day after tomorrow which is aku memang akan teperangkap terus dalam UKM ni sehingga la keadaan kembali aman. sama-sama la kita tunggu news esok ye.brape ramai kena tangkap,brape banyak kenderaan rosak dan berapa banyak kecederaan akan berlaku. syabas! anda telah menyebabkan seluruh rakyat Malaysia menjadi susah! This is what you are truly want right? the attentions!

Konon nak serah memorandum, masa jumpa yang dipertuan agong hari tu nape tak serah terus je?nak jugak buat perhimpunan. sebab korang la mak aku tak boleh datang sini.memang hampeh!


Monday, July 4, 2011

Kita memang selalu mengikut perasaan.

Contoh nye macam aku.sebab ikut kan sangat perasaan, semalam aku balik melaka.hahaha. memang kerja gile. balik satu hari je.malam tadi balik sini balik. penat tak yah cite. aku tido more than 12hours!

Semalam bangun pagi dlm kul 4 kan pastu tetiba rasa cam rindu la sangat ngan rumah. dah nama homesick kan. fikir nye fikir, balik je lah. aku tunggu bas pukul 6.50 weh.punye la pagi. sampai pakcik bas tu tanye nak pergi mana ni dik?hahaha.

Nampak nye tekad aku masih belum bulat. semangat aku masih belum kental.

Satu mangkuk cendol ni untuk dia sorang.(ni cendol maksu tapi jadi harta dia.hahaha)


ni bakso dia, tapi 60% dia makan 40% lagi aku yang makan :)

Si comel ni selalu buat aku rindu rumah gile-gile!

Keluarga kami( bapak aku malas nak ikut)



Saturday, July 2, 2011

Fail to plan, plan to fail

Pagi sabtu nan indah ni, kita ketepi kan segala kekusutan di kepala, segala projek yg tertangguh dan segala rindu yang menggunung. chill! weekend ni aku spend kat ukm tak balik rumah walaupun telah dipujuk oleh kakak aku. semangat kena kental, tekad kena bulat! tinggal 6minggu je lagi sebelum aku bercuti. sila guna semaksima mungkin.

Hari ni kita bincang sikit pasal perancangan lepas master ye. oleh sebab master aku tinggal 6 bulan je lagi, InsyaAllah, makanya adalah perlu untuk buat perancangan seterusnya sekarang. master aku mmg tinggal 6bln je lg. sekejap je kan?

Ok first, aku mmg rancang nak cari kerja dulu, tapi dalam bidang pembelajaran like lecturer atau research assistant sebab aku memang ada plan nak buat phd. bagi aku kalau jadi lecturer, proses pembelajaran secara formal tak akan stop. Tapi aku tak apply lg pun kat mana-mana uni, nak pilih uni or kolej pun take time jugak.sebabnye aku kan homesick, nanti dapat kerja jejauh, payah la pulak. tapi rezeki bukan kita tentukan, kalau dah tiba masa untuk pergi jauh, redha je la :).

Tentang phd pulak, aku ada banyak plan.hahaha. plan memang kepakaran aku tapi bab nak melaksana tu, I'm the worst :). Impian aku nak buat phd kat oversea. tapi kita perlukan plan yang sangat teliti untuk pergi sane ye, tambah-tambah kalau orang mcm aku ni.

Plan A : Aku redah je pergi sensorang (which is for now seems like impossible).

Plan B : Aku kahwin dulu, pastu pergi ngan husband (tapi masih tak nampak jalan ke arah tu pun).

Plan C : Aku angkut skali parents aku (yang mana aku tau 80% akan gagal sebab diorang ada anak lain kat Malaysia plus ada cucu skali.mane bleh tinggal lama-lama!).

Plan D : Aku angkut je adik aku skali, dia memang takde masalah pun.on je (tapi dia sorang je still tak kawin lagi which is kena duduk ngan parents aku la kan. mcm la mak pak aku bagi dia ikut).

Plan E dan yang paling munasabah, aku sambung je kat Malaysia dan aku rasa memang dapat sokongan 100% dari keluarga aku. scholar pun tak payah pening-pening.tak payah nak pikir pasal homesick, tak payah sibuk-sibuk nak cari topik baru, tak payah susah payah nak cari supervisor yg baru. aku continue je ngan topik yg aku buat sekarang ni yang mana mmg aku dah jatuh cinta walaupun azab :).

But dreams is still dreams right? aku akan usaha jugak untuk buat dekat luar, mungkin tak ikut plan A, kita ikut plan B. tak pun mane la tahu kan nanti adik aku dah kawin then parents aku dengan senang hati nye nak ikut aku g study kan? :)

Banyak betul plan aku kan, bak kata orang 'fail to plan, plan to fail'.jadi nye kita plan je dulu, yang lebih-lebih tu biar Allah je uruskan :)

Ok, jom baca paper @_@