Thursday, July 14, 2011

Tahun ni aku tak tempah baju raya

Puasa Ramadhan pun belum dah bising-bising pasal raye ye cik azuramajid?hahaha. bonus tahun ni aku habis ganti puasa awal.kira layak la aku nak gebang pasal raya kan?hihi.

Tahun ni nafsu nak tempah baju tu kurang skit.mungkin sibuk ngan master kot.jarang balik rumah lantas takde masa nak pergi tempah baju *aku tau ini alasan semata-mata :). aku dah siap-siap beli dah baju kurung siap kat jusco mid valley (xde nafsu konon,padahal dah beli pun baju raya). baju kurung tu sepasang je tambah ngan jubah yg aku kirim kat kakak aku 2 pasang.cukup la kot.baju yang dlm almari tu pun ada yang tak puas pakai lagi.

*cerita di sebalik tabir*

Kakak aku pergi bandung bulan 6 hari tu sambil memborong berkoyan-koyan kain ela.malangnye dah lewat nak pergi tempah.mak aku kata kalau pergi hantar sekarang nanti tailor tu jahit tak proper sebab tempahan dah banyak,jadi nye mak aku advice suruh hantar lepas raya je.oleh sebab aku ni anak solehah, makanye aku ikut la kata-kata mak aku tu :D

Aku agak kecewa sebab tak dapat nak gaya kan kain yg cun melecun tu time raya ni :( dan aku pun tak tau kalau buat baju tu lepas raya, apekah tujuan nye?selain dari konvokesyen adik aku,aku tak nampak lagi keperluan nak ada baju cantik lepas raya. dan sila ingat selalu ye itu adalah konvokesyen adik aku bkn konvokesyen aku,jadinye pakaian yang berlebihan adalah sangat tak sesuai :)

Sekarang aku cuma berharap bahawa baju yang aku dah beli siap tu dan jugak jubah yang dibeli oleh kakak aku tu masih muat menjelang raya nanti. *gatal pergi beli saiz sekarang sape suruh?* saiz baju-baju berikut adalah sangat berbeza dengan saiz aku 6bulan dulu.harapnye saiz ni berkurang atau paling tidak pun sila maintain.kalau tak, kau takde baju raya Azuramajid!

*dulu aku xl,sekarang aku m~~~*

No comments:

Post a Comment