Monday, July 11, 2011

Perancangan masa depan #2

Jom kita berdiskusi lagi tentang perancangan masa hadapan.oleh sebab aku sedang menulis tesis dalam bahasa melayu,makanya adalah perlu untuk aku gunakan bahasa melayu yang selengkapnya (sumpah aku bosan!ayat tunggang langgang). Lupakan pasal tesis dahulu.

Tadi aku sempat cek program mybrain untuk phd, dan aku baru sedar yang program tu akan taja selama 48bulan @ 4 tahun. secara rasmi aku memberi tahu bahawa aku akan buat phd kat Malaysia je (InsyaAllah kalau diizinkan Allah). tak payah la nak simpan angan-angan duk luar Malaysia kalau duk luar melaka pun dan meroyan :)

Aku tau mesti orang akan persoal kan kau ni asik belajar je.bila nak kawin?aku nak kawin tahun depan.haaa.tu la pengakuan jujur.hahaha. aku yang nak kawin tahun depan tapi jodoh Allah yang tentukan.jadinye aku tak tau la sama ada aku kawin ke tak. letak tepi dulu soal kahwin.sebab jodoh bukan aku yang tentukan. takkan aku nak pergi pinang laki pulak kan?Please don't drop my water face!kahkahkah

Ok.serius, serius.kalau jadi la perancangan aku sambung phd makanya umur 28@29 tahun baru aku habis, InsyaAllah. Bila umur aku cecah 30 dan aku blm kahwin lagi dan macam tak nampak pun bila nak kahwin, perancangan aku, aku akan ambil anak angkat, jadi anak susu aku. by the time umur aku 50tahun, anak-anak aku dah 20tahun, kira ok la kan? aku sebut anak-anak sebab aku nak amik 4orang anak angkat.dua lelaki,dua perempuan. biar jadi bodyguard aku and boleh bantu aku kat dapur. terperinci betul perancangan aku kan?hihi

Bila orang sibuk-sibuk cakap pasal andartu ni aku terasa gak la. ape salah jadi andartu? tak kacau suami kau dah kira cukup baik.haha. tapi kalau nak jd andartu pun biar berilmu, dan berperancangan. korang rasa kalau perempuan tak kawin tapi ada anak, isteri-isteri kat luar tu takut tak kalau perempuan ni kacau suami diorg? percentage nye adalah kurang kalau compare ngan perempuan yang tak kahwin tapi takde anak.

Aku bukan la doa supaya jodoh aku takde.ini cuma perancangan. kahwin itu sunnah. elok sangat kalau dituruti.

Ini cuma perancangan aku kalau memang dah takdir takde jodoh aku kat dunia.elok la ada anak kan daripada duduk sorang-sorang. wahhh.serius betul aku menulis ni.hahaha. tentang harta pusaka anak-anak aku tak payah risau.akan aku wasiatkan kepada mereka :) (anak angkat tak boleh warisi harta pusaka,melainkan diwasiatkan).

Sape-sape yang tak nak jaga anak tu boleh register ngan aku, tahun 2016 nanti aku jaga.boleh?hihi


No comments:

Post a Comment