Wednesday, July 27, 2011

Sekejap je lagi

Tinggal lebih kurang dua minggu je lagi stay kat UKM. lepas tu boleh blah dah. tak sabar gile! bukan la blah terus, cuti satu bulan je, lepas tu semester baru bermula, lepas tu tamat la sudah peringkat pembelajaran aku untuk kali ni. sangat-sangat tak sabar :)

Tadi spent 4hours kat bilik supervisor, naik ting tong kepala aku.balik bilik terus telan panadol 2 bijik! pening kot bincang lama-lama ni. dah 2 minggu sebenarnye tak jumpa supervisor. ni kira qada' balik la kan.hahaha. tapi sangat berbaloi pergi bincang hari ni.banyak input and solutions. harap baki dua minggu ni boleh siap la projek desertasi ni.nanti sem depan boleh fokus terus untuk tulis tesis, InsyaAllah :)

Hujung minggu ni balik melaka (itu pun nak bagitau,padahal memang setiap minggu pun balik melaka :)). tapi sebelum balik ada gathering ngan kawan-kawan exUPM. dua tahun kot tak jumpa tapi rasa macam baru sebulan je habis degree, cepat betul masa berlalu.

Sambut puasa kat melaka :). Puasa hari isnin, melaka cuti umum, tapi selangor tak cuti.aku tak kesah pun sebab sekarang kan tgh cuti sem, maka nye wajib aku berbuka puasa hari isnin tu kat rumah. kalau tak, ada la sesi bercucuran air mata kat hostel ni.hahaha.



No comments:

Post a Comment