Friday, January 28, 2011

Cuti

Cuti semakin hampir.hihihi. tak sabar, tak sabar. Kami akan pergi bercuti! yeay! Akhirnye setelah 2 bulan berlangsung majlis perkahwinan yang sangat memenat kan itu, kami telah membuat keputusan untuk bercuti! Langkawi here we come :)

Tak jauh pun, langkawi je. hihi, dari cameron baik langkawi kan? best,best. sila la jangan terkejut lepas aku balik cuti sem nanti kulit ku telah bertukar menjadi hitam itu menawan.hahaha.sebabnye aku mmg plan nak mandi pantai sampai jd hitam legam.hihi.tidak le sampai hitam, takat merah-merah sudah le(perasan mat saleh.hahaha).

Kulit aku ni kalau dah sunburn mmg susah nak kembali pd yg asal.ni mcm kulit sekarang ni, kesan dari pergi snorkeling kat sabah tahun lps tak hilang2 lg. ni aku nak tambah lg ngan mandi laut. memang bergemerlapan la kulit aku nanti.hahaha.

Dalam tak sabar, tak sabar ni pun jangan lupa ye azura majid, assignment ko tu bila nak buat? bertimbun ok. cuti start sabtu ni kan.tp aku berkorban skit la balik melaka hr isnin@selasa@rabu sbb pergi langkawi hr khamis. kalau tak buat macam ni alamat tak siap la semua assignment aku tu. aku ni jenis kalau balik rumah,memang hilang ingatan terus la dengan buku2 ni.aku sorang je ke mcm ni?korang pun same kan?hahaha.pandai je aku buat andaian.

Tadi aku allu kat court badminton bawah ni kemain meriah lg.mentang-mentang cuti dah dekat, kemain sakan lg berpesta.hahaha.pesta la sangat kan. nanti balik je dr cuti terus ada mid sem.haa hambik! dah sah-sah time cuti mmg ber enjoy sakan.mid sem nak jawab pe? sendiri pikir.

Aku baru balik dr mid ni.hahaha.cuti blm mula, aku dah mula berenjoy. bkn enjoy pe pun.kebetulan kakak aku nak g mid ajak la aku n adik skali. lgpun dah rindu ngan my sayang n my kaseh.dah seminggu kot tak jumpa. agenda utama aku pergi sana, MAKAN. gile kan? asik makan je.hahaha.

Pastu time nak balik tu tunggu abang ipar aku kat area starbuck. busuk gile! ngan asap rokok merata-rata. huish.bengang gile(walaupun bapak ku perokok, tp aku tetap tak suka asap rokok). kalau kau dah tau ko tu merokok tak payah r nak menempel-nempel kat kitorg yg ada baby ni kan?ada akal tak?kalau takat aku n adik aku, mmg la kitorg tak kisah,but dah terang-terangan kitorg bawak baby. akal letak kat mane? tetiba emosi tak stabil.hahaha.

p/s: dia malu nak pandang aku :)


No comments:

Post a Comment