Wednesday, January 26, 2011

Kad matrik


Semalam aku telah berjaya menapak ke wisma aman untuk amik kad matrik.jauh ok. berpeluh aku menapak. sejam jugak la perjalanan. poyo konon-konon nak jalan kaki tak nak nek bas, last2 kaki sendiri yg sakit (sebenarnye aku bkn nye tak nak naik bas tp aku tak tahu bas ape yg kena naik.hahaha). Pastu yang paling best satu kelas pun aku tak pergi semalam. punye la baik kan.

Minggu depan dah cuti.hihihi. tak sabar. malas dah nak attend kelas. malas dah nak pikir pasal belajar dan malas jugak nak pikir pasal assignment(walaupun aku tetap kena siapkan jugak!). serba serbi malas. yang rajin satu je tido. terlupa plak, makan skali. dua benda ni memang la aku amat rajin (termasuk adik aku skali)hahaha. asal jumpa dia je mesti ajak makan. makan,makan dan makan.

Kad matrik dah amik, plan asal hari ni nak pergi libry pinjam buku.sebelum blah elok la kalau kita memanfaatkan kad matrik tu kan. oleh itu mari kita pergi pinjam buku banyak-banyak.sempat baca ke tak blakang kira. yang penting kita pergi pinjam dulu. tapi plan tu tak menjadi sebab.... banyak sebab la. esok pun tak boleh pergi,kelas penuh, jumaat lg la penuh. jd nye nanti lepas chinese new year br aku g pinjam buku.

Macam cool je kan kad matrik tu tulis siswazah.hahaha(aku tau aku sangat kolot tp aku tetap nak bangga jugak.) n sangat cool bila kita ada 2 universiti (walaupun local uni je =p). Korang tak rasa cool ke? undergrade buat kat upm, master buat kat um@uitm@ukm. cool kan?(walaupun rintangan sangat azab tp takpe, orang tak nampak yg azab tu ,orang nampak yg cool je.hahaha)

Esok supervisor nak jumpa aku. uwaaaaa.habis la.aku tak mula buat pape lg. dia lupa agaknye aku ckp nak mula buat projek time cuti sem nanti. ape aku nak terang kat dia sok ni?


No comments:

Post a Comment