Friday, May 6, 2011

Aku duduk sorang-sorang

Hari ni aku tak masuk lab. bukan maksudnye aku still bercuti, cume nye aku buat kerja kat bilik je. lab sekarang ni ramai sangat. sibuk gamaknye sbb budak-budak master kena hantar tesis hr ni, tu yg jap-jap masuk lab. kebetulan supervisor lak duk kat lab tu. lagipun sekarang aku tgh buat theory reading, so tak perlu kot masuk lab. aku ni kalau bab-bab membaca tak leh bising-bising, tak masuk otak. jadi nye duk bilik lebih baik. InsyaAllah monday onwards baru masuk lab balik.harapnye lab dah tenang la kan.

Blok aku sunyi sepi. banyak bilik dah kosong. bosan gile.nasib baik jugak ada tenet, takde la rasa macam duk kat hutan sensorang kan :)

Sekarang ni bila on facebook banyak yg aku tgk budak perempuan dekat luar bertudung, tp upload gambar tak bertudung. yang argue ttg pemakaian tudung pun ramai. konon tak nak jd hipokrit, common la, ini benda wajib.ko hipokrit ke ape ke, kalau ngaku diri tu islam, sila jaga tatasusila tu betul-betul.

Konon nak tunggu hati ikhlas br nak pakai tudung, takut-takut tak sempat nak ikhlas kan hati Tuhan dah cabut nyawa mcm mane? nak jawab ape kat padang masyar nanti?

Aku tau korang cantik, gorgeous dan seangkatan dengannye.tp tu bukan tiket untuk korang tayang segala. kepada insan-insan yang lain, sila la jangan puji kawan2 korg yg dedah sana dedah sini tu cantik.tak pasal-pasal korang dapat saham sekali nanti.

Kadang-kadang aku rasa malu + kesian dengan budak-budak ni.kat profile bukan main lagi bangga bagitau diri tu muslim, tp profile picture? rambut mengerbang, skirt tu kalau tak paras peha tak sah, baju tu kalau boleh sesendat mungkin. ape ni?

Banyak yg aku jumpa kes mcm ni, nak tegur depan-depan, aku takde kekuatan. jadinye aku ambil kesempatan buat coretan kat sini moga jd peringatan pada diri sendiri dan jugak pada readers.

Jangan sebab pujian orang kita terus leka dengan duniawi. Wallahualam

No comments:

Post a Comment