Wednesday, December 28, 2011

Final exam is just near the corner

Spending time with family is the best therapy. a bliss, indeed.

Mr. Wan is officially become my supervisor. Hopefully everything will move smoothly.

This blog will not be updated until the final exam finish. Please pray for the best of my exam. Thanks in advance :)

Friday, December 23, 2011

I’m already at UKM. Reached here this morning and will go back to Melaka again tomorrow morning. TIRED! Blame my carelessness. Simply left-behind my important documents at hostel.

Latest news, I need to change my supervisor :( Subhanallah. I really have no strength right now. Everything seems to be harder and harder. Sometimes, it just feel like to giving up is the best choice right now :( :( :(


Thursday, December 22, 2011

Spring cleaning

Tadi buat spring cleaning. esok nak balik rumah dah. seminggu! woha. kemain lama.haha. ada hal sikit nak settle kan dekat Melaka.

Bilik ni baik sikit je lagi dari kapal karam. dua minggu tidak diendahkan. busy sampai takde masa nak kemas. busy la sangat kan. padahal melahu lagi banyak. dua minggu kebelakangan ni hidup dekat fakulti je. dari pagi sampai malam dekat fakulti, balik bilik terus tido. esok pagi pergi balik fakulti. memang takde life.

Tapi minggu ni nak spend masa dekat Melaka. minggu depan dah study week. harus la bawa balik buku kan. final dah dekat. moga dikurniakan semangat untuk buka buku bila balik nanti :)

Sekarang tengah sibuk cari kerja. ye, aku tau blaja pun tak habis lagi. tapi tinggal 18 hari je kot lagi. wajar la usha2 dulu mane2 yang ada kosong kan. hari tu plan tak nak apply kerja sebab nak jadi RA. Tapi Allah tu lebih mengetahui kan. supervisor plak tiba-tiba sakit. dah takde orang nak uruskan pasal gran tu. jadi nya kena la pergi cari kerja. InsyaAllah ada rezeki nya :)

~~~there's must be a reason behind everything~~~

Tuesday, December 20, 2011

Her first experience

Adik aku tengah gigih bercerita her first working experience trough fb. haha. comel tengok dia membebel. orang first time kerja kan, macam-macam nak bagitahu. sejak dulu kala memang ni la job pertama dia, selain daripada praktikal. praktikal tu tak kira la kan sebab ada kawan-kawan sama uni. ni dah keje sorang-sorang. baru tahu macam mane. Bapak aku risau dia kerja, takut kena buli.hahahahahaha. kadang-kadang aku rasa bapak aku macam tak boleh terima anak dia dah besar. bongsu la kata kan. selamanya la jadi baby walaupun dah 22 tahun :) Harapnye tabah la kau ye adik oi. tak lama pun, 2bulan je.

Back to my study, the coordinator allow us to hold our thesis until Dr Geri is back. Alhamdulillah. Tugas sekarang : menyiapkan assignment yang dah tertunggak dan fokus untuk final exam.

Tadi adalah kelas last untuk program sarjana aku. Alhamdulillah. lepas ni fokus untuk exam dan thesis bila Dr Geri balik nanti. mungkin thesis tu lambat lagi sebab supervisor dapt cuti sebulan atau lebih panjang. Coordinator benarkan kitaorang tangguh sebab lecturer lain takleh cek result tu. Dr Geri sorang je buat field ni kat physics department. kalau result tak soheh lagi mane boleh produce thesis, tambah pulak dia langsung tak sempat lagi nak cek bab 4 dengan 5. jadi, boleh la rehat sebentar daripada tesis tu.

Aku bayangkan kalau la kena tukar supervisor, gile punya nightmare! setahun punye kerja membazir macam tu je. sah la supervisor baru akan marking based on thesis 100% which is unfair! thesis tak menggambarkan keseluruhan. effort kami supervisor je yang tahu.

Lega betul bila tahu boleh tunggu sampai supervisor recover and thanks tu kak Tirana sebab bagi support :)

Wednesday, December 14, 2011

Susahnya bila supervisor takde.

Tadi tengah hari ada peluang pergi lawat supervisor kat hospital. sebelum pergi member aku dah call wife supervisor tanye undate terkini. wife dia kata dah beransur pulih. dah boleh bngun and bercakap. aku imagine dah baik la kan. memang la bukan 100% tapi kira macam dia dah kuat sikit.

Sampai kat wad tu, kemain crowded lagi. pesakit bukan main ramai. pastu tadi kitorang pergi konvoi. adalah dalam 10 orang. tambah dengan ahli keluarga supervisor yang ada kat situ, mahu cecah belas orang jugak. panas. aku sampai and jengok supervisor aku jap. aku blurr. macam tak boleh nak terima kenyataan. dia sakit lagi woi! bercakap pun antara dengar dengan tak. badan belah kiri lemah. dia tak boleh jalan.tak boleh makan.minum pun pakai tiub.memang betul dia boleh bangun, time kitorg datang pun dia duduk kat atas katil. tapi tak nampak macam dia dah baik pun. hati aku sayu. 20 haribulan ni genap setahun aku kenal dia. sepanjang aku kenal tak pernah pun dia sakit. sentiasa ceria. tiba-tiba tadi pergi, tengok dia macam tu,aku macam susah nak percaya.

Dalam sakit-sakit dia pun, dia boleh tanye lagi tentang projek aku. sebenarnya banyak cerita aku nak bagi tahu dia. macam-macam. tapi, satu ayat je yang keluar dari mulut aku, " Dr. tak payah risau, semua saya minta En Wan cek. Dr. tak payah risau ape-ape". Balik hospital mood aku macam biasa. pastu pergi kelas. habis kelas, masuk lab. buat correction yang encik Wan dah cek tu. Waktu tu la baru aku sedar yang YOUR SUPERVISOR CANNOT HELP YOU ANYMORE. Betapa penting nye dia dalam hidup aku, Allah saje yang tahu.

Betul, Encik Wan banyak tolong aku. sangat banyak. dan aku sangat berterima kasih. tapi tak sama dengan supervisor sendiri. kalu supervisor sendiri, aku kejap-kejap boleh masuk ofis dia, tanye tu tanye ni. tapi takkan nak buat macam tu kat lecturer lain? dulu kalau nak tanye benda simple, aku cari dia. nak tanye format sikit pun pergi jumpa dia. nak confirmkan graph pun pergi tanye dia. serba serbi tanye dia. tapi sekarang? tadi petang aku buat cover page and ada a few things lagi yang belum settle. lepas buat, fikir. nak bagi sape cek ni? TAKDE ORANG!

Sekarang baru sedar, betapa perit nya kalau supervisor takde. tu la satu supervisor aku. aku takde co-supervisor. Macam tak boleh terima kenyataan je bila dengar,'your supervisor cannot help you anymore'.aku rasa macam nak pengsan.

To Dr Geri, I pray for you to get well soon. Really hope for u to attend my viva. Really BIG hope

~~~Esok hantar tesis dengan mata yang bengkak. firedrill memang suka buat hati aku panas~~~

Tuesday, December 13, 2011

Hidup aku simple je

Rupa-rupanya hidup aku ni tak la susah sangat. Selalu mengeluh masalah tu masalah ni. semuanya masalah. tapi kalau tengok dalam skop yang lebih luas, masalah aku satu je. STUDY. ni je la masalah nye pun. tu pun dia punya gebang macam masalah hidup dan mati.hahaha.

Ok. stop gelak. nak cerita benda serius ni. Pagi tadi aku pergi lab dengan harapan yang menggunung untuk jumpa supervisor. maklum la, khamis ni dah kena hantar tesis., correction aku untuk chapter 2 and 3 pun dia tak pulangkan lagi, ingat nak minta dia cek chapter 4 and 5 pulak. minggu lepas sepanjang minggu aku tak jumpa dia, sebab dia ada dekat Langkawi, exhibition LIMA.

Sampai je fak, aku lalu depan bilik dia. owh tak sampai lagi dia ni. awal lagi kot, jam menunjukkan 10 am. Pastu aku pergi lab, ada budak phd, overnight kat lab. aku masuk je, dia terus bagi news yang boleh buat otak aku bergegar. OUR SUPERVISOR IS WARDED DUE TO STROKE! punah harapan! punah!

Termenung. terkejut weh. aku jumpa dia 2 minggu lepas, sihat je. tetiba boleh kena stroke. dia punya feeling macam keluarga sendiri yang sakit. ohhhh,harapnya cepat la dia sembuh dan boleh kerja macam biasa. aku banyak lagi plan dengan dia untuk masa depan.

Aku termenung lagi sambil pandang draft tesis yang aku dah siap print semalam. sape pulak nak minta tolong cek ni? Nak hantar hari khamis, ni dah hari selasa, nak tak nak kena cari somebody jugak untuk cek. takkan nak main redah hantar je kan? fikir punya fikir, dan lepas membuat pertimbangan yang sewajarnya, aku pun cuba nasib pergi minta tolong kat lecturer space physics. obviously akan susahkan dia la kan. bayangkan nak baca the whole thesis in one day, from abstract to chapter 5! but I have no choice. He's the only one who can understand my project except my supervisor.

Dengan muka yang tebal aku pun pergi la jumpa dia. terangkan serba sikit condition supervisor aku, and minta tolong dia cek. dia kata boleh. sepanjang aku duk sini and minta tolong dengan dia, tak pernahnya dia kat tak boleh :) Dia kata boleh collect esok. Alhamdulillah settle masalah. THANK YOU MR. WAN! againnnn.

Lepas dah settle ngan lecturer tu, time nak balik lab bertembung ngan kawan aku. then story la sikit-sikit. pastu tiba-tiba dia cerita masalah dia. perghhh. memang tak sangka masalah dia seberat tu.selama ni aku tengok dia relaks je. aku yang selalu kabut semacam. tapi bila dengar dia cerita. wah, kuat nya kau. kalau la kau ada kat tempat dia, mungkin aku dah mati kot. mati sebab tak tahan dengan masalah. dia kata dia dah tegar dengan masalah.

Habis borak aku naik lab. muhasabah diri. hidup aku adalah sangat simple. tugas aku hanya belajar je. tak perlu fikir kerja, tak perlu fikir tanggungjawab dekat rumah. tapi tu pun kadang-kadang tak bersyukur. Aku ada parents yang memahami, siblings yang well get along. aku ada semua. semua yang membahagiakan. Alhamdulillah.

Mulai sekarang, tanam dalm otak, bersyukur!

Just had a conversation with my mum, sambil gelak-gelak. takde dah drama air mata :)

Sunday, December 11, 2011

Degil

Aku dah cakap jangan call.

Bila kau call, nanti kau nangis.

Bila kau nangis, nanti kau demam.

DEGIL!

Saturday, December 10, 2011

Hati

Hati ini rapuh.

Hati ini tak kuat.

Hati ini sering kecundang dengan emosi.



P/s : bapak aku baru call, tanye tak balik ke? aku dah start nangis :(

Thursday, December 8, 2011

Fakta untuk hari ni

Hati berdebar-debar. kesan daripada kopi yang terlampau banyak + tidur yang dah tak tentu masa.

Asik fikir nak makan je. mungkin sebab stress + tak cukup tidur. tadi aku tengok gambar kawan aku post, ingatkan gambar coklat, rupanya enjin kereta. hahaha.

Isnin ni Selangor cuti. memang heaven sebab selasa takde kelas. tapi heaven untuk budak yang tak kena submit tesis la. untuk aku sama je. tetap tak boleh balik rumah jugak :(

Tesis dah 85% complete. Alhamdulillah. complete pada mata aku la kan. kat mata supervisor aku tak tahu lagi sebab seminggu dia takde, dari 5-11 disember. jadinya aku buat tesis ikut sedap aku je la kan.hahaha.

Lagi seminggu, genap setahun dah aku kat UKM ni. Rasa macam baru bulan lepas aku daftar, tiba-tiba bulan depan nak check out dah :)

Tangan aku dah naik lebam kesan daripada pegang mouse lebih 10 jam sehari + tampung tangan kat laptop untuk 6 jam sehari. lebih 16 jam mengadap laptop and PC, syabas! bulan depan boleh pergi melawat optometrist.

Wah. banyak jugak aku mengarut walaupun tengah banyak kerja :)

Tuesday, December 6, 2011

Entri luahan hati.

Ni betul-betul entri luahan hati. pada siapa yang mudah menyampah dengan entri luahan hati, sila tinggal kan page ni. aku rasa dah takde orang dah nak dengar aku bebel tentang luahan hati ni, jadi nye blog la jadi tempat aku luahkan perasaan. sebab? blog tak boleh bercakap! dia terima dengan redha je.hahaha

Aku dah jadi separuh gile!!!!! dengan pengajian yang berbaki tak sampai satu bulan, assignment yang kena settle kan tak tercapai dek akal. 2 reports, 6 essays, 4 exercises, the whole thesis and 30 pages questions! yes, 30 pages! Subhanallah.

Aku ingat sem lepas dah cukup hectic. rupanya sem ni lagi tak cukup nafas. memang gile. final dah dekat tapi aku tak study ape pun lagi. cuba bagi tau mane nak curi masa?

Sunday, December 4, 2011

Congratulations on your wedding.


I have been isolated from the outside world. I am really sorry to all my friends who have invited me to their wedding. I really have no time. If you are noticed, now is already 3.20a.m and I still awake doing my assignment, on weekend! Please don’t misunderstand me. I’m not absence to your wedding because I’m avoiding you, no sweetheart. At the moment, I really struggle to survive for my study. Sorry, sorry, sorry and all the best wishes goes to you. Congratulations! May Allah bless your wedding for eternity.


Wednesday, November 30, 2011

Random

Setelah berhempas pulas dari pukul 9 pagi tadi diselangi dengan tontonan drama korea dan juga blogwalking, akhirnya chapter 2 and 3 telah siap. Alhamdulillah. moga tak di reject lagi. yeah, u heard me, DI REJECT!

Harap sangat tak di reject kali ni sebab masa dah sangat suntuk. hari tu dah hantar sampai chapter 3 tapi supervisor macam tak puas hati. so, kena buat balik. chapter 1 aku tak sentuh lagi. tengok dulu esok macam mane. kalau supervisor puas hati baru aku proceed, kalau tak, alamat mengadap lagi la chapter 2 and 3.

hallyu phenomena? no no no. aku bukan peminat tegar artis korea pun. infact geli kot tengok artis dia nyanyi. aku tgk drama je. sekarang boleh salah kan adik aku yang dah perkenalkan cerita korea time balik cuti awal muharam hari tu. tak pasal-pasal aku dah ketagih nak tengok. perkataan hallyu phenomena tu pun aku baru google jap tadi.haha

Kepala aku dah pening. aku rasa laptop ni pun dah pening sebab dah on lebih dari 12 jam. katil aku pun pening sebab buku+journal+gadjet bersepah-sepah atas katil. bilik aku lagi pening. sejak sampai pagi semalam aku tak sempat lagi nak kemas ape-ape. dengan masalah air lagi. gile betul. dah sehari suntuk takde air! baju yang tunggu untuk dicuci je dah 2 baldi. bila nak cuci pun aku tak tahu.

Esok kelas berderet. sekarang ni aku ada habit baru. tido dalam kelas. memang gile! aku tak tahu la sama ada aku ni memang mengantuk atau pun lecture tu boring tahap aku boleh lelap. lagi buat aku mengantuk adalah subject tu takde exam maka aku tak perlu tumpu kan perhatian dalam kelas. cuma ada assignment je.

Owh ye, esok nak pulangkan file lecturer aku. hampir seminggu jadi harta.haha. risau pegang barang orang lama-lama ni. takut rosak plak nanti. whatever pun, thank you very much mr. wan for lend me your file. i'll always remember your kindness :)

Tuesday, November 29, 2011

Calender for left-handers

Nampak beza tak dengan kalender biasa? kalender ni terbalik! khas untuk left-handers tegar. kalau dah mix-mix macam aku ni, buat pening kepala lagi ada lah. jumpa website ni masa selak file lecturer. He's one of the left-handers tegar kot. macam menarik jugak barang-barang orang kidal ni. aku yang kidal pun pelik menengok nye.hahaha. ini adalah kesan daripada dah terlalu biasa menggunakan peralatan kanan plus aku memang takde masalah pun nak guna.

Cerita tentang kidal ni aku rasa takde ape istimewa pun. sama je semua. tapi yang pelik, aku tetap tertarik dengan orang kidal.hahaha. the way they hold the pen, cup, spoon and etc memang nampak macam best je. satu je benda yang aku tak boleh nafikan dari dulu sampai sekarang, aku selalu lukis rajah terbalik! ni satu benda yang memang susah gile nak ubah. selalu confius. tangan comot masa menulis tu, common la.bukan kata yang kidal, yang kanan pun sama, tapi tak seteruk orang kidal :)

Ada left-handers yang bagitau, ada orang panggil diorang cacat sebab pakai tangan kiri. gile keji kan? sesuka hati je nak panggil orang cacat. so far aku tak pernah la pulak ada pengalam macam ni sebab most of my family members are left-handers. memang tak nampak ape yang beza sangat pun.

Sila jangan tanye kami makan pakai tangan mane ye. same je macam kami boleh tanye the right-handers, korang istinjak pakai tangan ape?adakah masih pakai tangan kanan? use common sense please. kalau makan pakai sudu lain cerita. kelemahan lain yang sangat ketara adalah aku suka bagi and terima barang pakai tangan kiri.aku tahu ini seperti tidak beradab. tapi ini adalah tingkah laku spontan. mungkin kalau aku buat benda ni dengan orang kidal tak jadi masalah kot, sebab dia pun terima and bagi guna tangan kiri.hahaha. masalah bila dengan orang kanan. minta maaf la ye kalau dah terbuat kat sesiapa :)

Lepas baca entry ni adakah anda masih merasa kidal itu istimewa? phewww. takde maknenya istimewa. same je semua. tapi setiap benda ada their own uniqueness. istimewa dalam cara tersendiri mungkin?

Wednesday, November 23, 2011

Semangat rumah

Ini dah tahap wajib balik dah ni. otak dah tak boleh fokus. benda ni adalah normal pada aku.haha. kalau seminggu tak balik rumah, effect nye adalah sangat dahsyat. aku tak boleh study woi! buat benda semua tak kena.

Hari ni baru hari rabu. total ada 3 hari lagi nak balik. punya la wasting time 3 hari tak boleh study. kalau nak balik hari ni pun tak boleh, tak kan nak ponteng kelas. lagi la tak berbaloi.

Rumah tu adalah sumber semangat aku. whenever rasa down, aku memang akan balik rumah. semangat rumah bapak aku cakap.haha.

Ramai suggest suruh aku further kat melaka je. senang. tak payah nak tanggung rindu (just like huge burden on my shoulder). masalah utama yang aku tak boleh stay kat melaka@rumah adalah aku susah gile nak study! ada je keje nak buat.

Takpe la tanggung rindu sikit.hujung minggu balik rumah. orang kata kalau duduk jauh-jauh ni wangi (walaupun tak la jauh mane kan.hahaha). duduk jauh la yang ajar aku erti sayang, erti pengorbanan, tanggungjawab, buat keputusan sendiri dan yang lebih penting iman lebih terjaga.

InsyaAllah semua nya akan baik. tawakal!


Monday, November 21, 2011

Advanced electromagnetic

Aku termenung, dia termenung. yang depan termenung, yang belakang pun termenung. Apsal soalan susah sangat nih?! hahaha. hancur exam aku tadi. tapi bersyukur sebab kepala aku dah tak terbeban. boleh buat ke tak boleh buat ke, letak belakang dulu.yang penting i'm free!haha.

Free la sangat kan. tengah tunggu exam seterusnya, Advanced math.hari tu delay.tapi tak confirm lagi hari ape lecturer tu nak buat exam. oleh sebab dia tak confirm lagi. feel feel macam free la kan sekarang ni.

Tag line untuk hari ni : kalau tak fail tu dah kira cukup baik dah tu. sumpah! soalan susah gile. ke aku yang bodoh gile?hahaha.lantak la. serik dah aku nak amik subject ni. ingat time degree dah lepas azab.rupa nye tak habis lagi.

Advanced electromagnetic. pheww, ada dua bulan lagi nak mengadap benda ni. kuatkan semangat! dua bulan je lagi.lepas tu boleh la bungkus segala nota, buku dan sewaktu dengan nye. phd aku taknak buat dah benda yang ada sangkut paut ngan subject ni.boleh botak kepala macam ni. tapi projek aku sekarang ada sangkut paut ngan electromagnetic.huwaaaa! tak nak lagi. tak nak lagi!

Saturday, November 19, 2011

Rindu yang tak pernah hilang

Aku rindu rumah gile-gile! semua anak buah aku ada dekat melaka sekarang. the whole family pun dekat melaka.aku sorang je kat luar melaka.phewww. semangat, oh semangat. mane kau pergi ni?


kerja tak habis-habis. sometimes it just feel like to giving up :(


AINA HUMAIRAH BINTI MOHD HASIF
rindu sangat dekat kamoooo :(

leaving malaysia: I am not worry about the environment, but i always worry about my feelings

Saturday, November 12, 2011

Excited!

waiting for my sister to pick me up. I'm back home today. new niece is on her way to the world :) I'm so excited. I am not sure whether this excited feeling is for my new niece or it just the feeling of getting home. well, you know me. home is everything :)

Please pray for both of them. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan.

Friday, November 11, 2011

Schedule

Monday 14/11/2011 : Advanced Electromagnetic submission date.

Tuesday 15/11/2011 : Meeting with supervisor.

Wednesday 16/11/2011 : XRD and XRF lab.

Thursday 17/11/2011 : Biomaterial submission date + presentation, Advanced math submission date.

Friday 18/11/2011 : Advanced math mid term exam.

Ok, lets see what else in my diary : oh ya, advanced electromagnetic mid term exam will be on 21/11/2011!

Not really compact?

Lets see what else : assignments in queue, two assignments for semiconductor, XRD and XRF report, XRS for thin film report, and the whole thesis!

Somebody please tell me how to survive!

Thursday, November 10, 2011

Harga yang perlu dibayar

Alhamdulillah. Selamat sampai UKM semalam.

Cuti panjang sangat bahana nye jadi pemalas yang amat.haha.semalam sampai tapi satu benda pun aku tak buat lagi. dah terbiasa hidup kat rumah yang tak perlu ada tanggungjawab besar macam kat sini. kat rumah macam biasa, raya disambut dengan meriah. open house 3hari straight. aku tau dengar macam pelik sebab raya aifiladha.tapi keluarga aku mmg macam ni. raya pertama pergi rumah pak n mak sedara aku.malam open house rumah busu. malam raya kedua open house rumah sepupu aku dan akhir skali raya ketiga, open house rumah aku. memang meriah.

Balik sini sehari lepas open house rumah aku, meninggalkan keluarga dalam suasana yang masih meriah adalah harga yang perlu dibayar untuk mengadap buku. pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berjaya. Semua benda yang kita lakukan ada harga tersendiri.

Untuk mendapatkan master, perlu korbankan banyak benda. masa, rindu, duit.

Kakak aku yang nombor 3 tu mengandung, sekarang tengah tunggu hari je. berat badan naik hampir 30kg. dulu badan dia kurus, sekarang dah gemuk. stress? korang cuba bayangkan dari kurus terus jadi gemuk. tapi itu la harga yang perlu dibayar untuk menjadi emak.

Kakak aku n husband dia pjj. pjj tu pasangan jarak jauh. weekend couple. husband dia keje kl. weekend je balik melaka. hari tu aku ada peluang tenguk ofis husband dia sebab husband balik kl naik bas je.ofis nye pun dekat dengan tbs. dia la yang kata dekat, pastu aku tengok, mak aih kemain jauh lagi nak menapak.naik turun tangga toksah cerita.tapi dia kata dah selalu jalan, dah tak rasa jauh. itu la harga yang perlu dibayar seorag suami. penat,masa,duit, perasaan.semua perlu pengorbanan.

Kalau kita fikir,semua benda dari yang kecil hingga ke besar ada harga yang perlu dibayar.

Bersyukur, bersyukur,bersyukur.

Alhamdulillah ya Allah.

Andai engkau pasangan yang belum dikurniakan anak,
bersyukur la paling tidak pun Allah telah mengurniakan engkau pasangan yang dicintai,
Andai engkau masih bersendiri,
bersyukur la paling tidak engkau mempunyai ibu bapa yang penyayang,
Andai engkau telah menjadi yatim piatu,
bersyukur la paling tidak engkau masih mampu berdiri diatas kaki sendiri,
Andai engkau tidak sempurna fizikal,
bersyukur la paling tidak engkau masih waras akalnya.

Bersyukur! bersyukur! bersyukur!

Alhamdulillah ya Allah

Friday, November 4, 2011

Selamat hari raya and happy holiday! (only for uni students :))

Selamat HAri Raya!

Tenangkan minda, lebarkan senyuman. tolak tepi semua masalah, assignment dan segala macam kerja. Hari ni nak balik rumah! weeee.

Cuti raya bersambung dengan mid semester break memang heaven. malangnye lepas naik cuti berderet mid term exam. oleh sebab aku ni student yang baik, insyaAllah hari rabu balik sini dah. tak leh duk rumah lama-lama. confirm satu benda pun tak siap.

Bak kata mak aku, kalau balik rumah nak siap kan kerja (read:study) baik tak payah balik! sempoi kan mak aku?aku sure 10% je mak-mak kat dunia ni yang berani keluarkan kata-kata hikmat macam ni.hahaha. Ayah aku sendiri pun sejak-sejak aku duk hostel (since matrikulasi) takdenye dia nak bising suruh study kalau balik rumah.paling-paling tidak pun dia tanye study macam mane?ok ke tak?

Mak pak aku bukan mak pak zaman melenium, semua nak perfect. for them kalau kau dapat pointer 3.00 pun dah cukup baik, apatah lagi kalau kau boleh maintain pointer 3.5 for every semester kan. sure nye diorang tak bising. mak pak sekarang selagi kau tak capai dean list, selagi tu la kau kena mengadap buku.

Yang paling kelakar, tahap sekolah rendah pun nak compare dah sekarang, kalau upsr takpe lagi. ni baru darjah satu! aku run bussiness home tuition join venture ngan kawan aku kat melaka.tapi sebab sekarang aku further study, kawan aku tu je yg wat sorang-sorang.last 2 months ada satu mak ni call nak suh jadi cikgu tuisyen anak dia. aku pas kat kawan.balik cuti hari tu aku tanye dia, budak tu macam mane? sambil gelak dia cite, budak darjah satu weh! pergh! memang gile mak pak sekarang. ape takde benda lain ke kau nak buat dengan duit tu? anak dia bukan nye tak pandai. selalu anak dia dapat 90+ utk maths, tapi ada satu bulan tu dapat 70+ je, terus dia g carik tuisyen.

Memang gile. time aku darjah satu, kalau tak fail tu dah kira cukup baik dah. baru nak belajar mengeja perkataan.tadika aku belajar kenal huruf je. kesian budak sekarang kan? hidup penuh dengan tuisyen je. patut la bussiness tuisyen tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Whatever pun selamat hari raya! berat pun akan naik barang sekilo dua sempena raya ni.itu standard :(

Wednesday, November 2, 2011

Thesis

Thesis submission date : 15 Dicember 2011

Baru aku berangan submission will be on january, tup-tup mid of disember dah kena submit. jujurnye banyak lagi yang aku tak cover. pening.

Friday, October 28, 2011

Rindu

7.30 pagi, siap-siap kemas beg. pukul 12 nak balik melaka. tak sempat dah nak tunggu esok.hari ni jugak nak balik.kalau boleh kelas pun nak ponteng. punye tak sabar nak balik rumah.haha.tapi tak boleh ponteng sebab kelas tu seminggu sekali je pastu student ada 5 orang je. kalau aku ponteng sah-sah la lecturer tu boleh detect kan?

Plan asal, habis je kelas pukul 12, terus balik bilik ambil beg pastu tunggu bas. tak done dah nak jengah lab. kalau jengah lab alamat nye tak boleh balik hari ni.

11.50 pagi mak call "awa tak payah balik hari ni, esok mak datang sana. adik ada interview", I just like ha? *kecewa*

Punye semangat aku nak balik, tetiba dia kata tak yah balik.sob sob sob. memang la boleh balik kalau nak balik sangat tapi buat penat badan je la. esok sah-sah kena teman adik aku interview esok, nak datang sini lagi. elok je la tunggu je kat sini sampi sok pagi.

Jiwa aku dah melayang. 2minggu tak jenguk rumah. cuti deepavali pun tak sempat nak balik. lepas je adik aku interview esok, harus la cepat-cepat balik melaka. kalau tak tak berbaloi aku nak balik duk sekejap je. tapi aku ada jugak skali sekala buat kerja gile. pagi balik melaka, petang balik selangor balik.haha. rindu nye pasal.

*Can't wait for tomorrow!*

Tuesday, October 25, 2011

25 oktober 2011

Dia cakap aku macam orang gaji! pergh memang tak sayang mulut. apa yang tak puas hati sangat ni?

situasi sebenar..

Kelas mula pukul 2pm. aku sampai pukul 1.30 pm, sebab zuhur dah masuk awal jadi semangat la sikit nak pergi kelas awal. masuk-masuk kerusi bersepah. aku susun kerusi tu sebab aku tak leh tengok benda semak-semak sangat. susun kerusi je pun bukan nye sampai sapu lantai!

Pastu budak ni masuk tiba-tiba sound aku, "kalau ada masa terluang tu ulangkaji la." gile! ko ni apsal? tibe-tibe nak sound aku plak kan. time tu sure la darah aku dah tinggi. aku cakap kenapa? dengan nada yang kalau orang buta dengar pun tau aku tengah marah.

Pastu jawapan bodoh yang keluar dari mulut dia " u selalu buat itu buat ini, macam orang gaji". ok, sah la budak ni gile.

Oleh sebab aku ni takde la nak cari gaduh sangatkan, aku diam je terus pergi kat white board, bersihkan white board pulak. orang macam ni pun ada eh?

Aku memang suka pergi bersihkan white board sebelum lecturer masuk. tu pun boleh dapat title orang gaji. pelik betul ngan manusia sekarang ni. ada je yang tak puas hati. padahal aku tak kacau kau pun.

Sampai sekarang hati aku panas lagi. aku istigfar kuat-kuat depan dia weh, supaya aku tak maki dia time-time tu gak. yang paling tak boleh blah, cara dia cakap "bila ada masa ulangkaji la" bajet macam aku lagha sangat kan? padahal aku susun kerusi je weh! macam la aku ni bodoh gile sampai dia cakap macam tu.

Mungkin prespektif kita berbeza. cara penerimaan juga berbeza. mungkin ape yang dia nak sampai kan berbeza dengan apa yang aku terima. tapi kau memang salah timing la nak tegur aku hari ni bro. simptom pms dah datang. mujur la kau tu non-muslim, kalau tak sah-sah la kena direct ngan aku. tak tahu nak beza antara amal dengan tanggungjawab! orang gaji tu, memang tanggungjawab dia bersih kan rumah. yang aku buat tu nama dia amal! supaya bila lecturer masuk, dia senang hati sebab tak payah nak bersih kan white board lagi. selain tu aku jugak mengharapkan pahala dari Allah. moga ilmu tu berkat.

Sorry la pada sesiapa yang baca entry ni. ni hanya entry meluahkan perasaan :)

P/s : tu sebab aku sayang dekat my cinta hati, dia selalu susun kerusi dan padam white board after class.

Monday, October 24, 2011

Picnic

Petang jumaat lepas pergi picnic kat port dickson. memang syok. tak ramai orang and cuaca pun best. walaupun panas terik, aku tahu memang agak gile untuk mandi laut pukul 4 petang tapi nikmat air laut tu mengatasi segalanya.hahaha. more than 2 years kot aku tak pergi picnic. i mean real picnic.bukan takat jalan-jalan tepi pantai. kalau takat jalan-jalan, takde makne nye aku nak pergi jauh-jauh sampai port dickson. Melaka pun banyak pantai.

Tapi yang tak best nye kulit dah jadi kering terlampau. yang best kulit aku tak sunburn weh! ajaib sungguh. walau pun berjemur tengah-tengah panas, tapi effect tak nampak sangat. bagus ni.minggu depan boleh pergi lagi :))))))))

Masa berjalan pantas kan? kejap je nak mid sem dah. rasa macam tak sedia pulak nak habis study. mungkin dah terlalu selesa dengan title student. setahun adalah sangat-sangat-sangat sekejap. rasa macam belum puas...

Friday, October 14, 2011

Fakta

Siapa yang tak tahu fakta kat bawah ni sila angkat tangan ye. jangan main tipu tau!

1. Siapa yang tak tahu kalau tinggal solat tanpa sebab tu berdosa?
2. Siapa yang tak tahu kalau tak tutup aurat tu berdosa?
3. Siapa yang tak tahu kalau menfitnah orang itu berdosa?4. Siapa yang tak tahu kalau makan benda haram itu berdosa?
5. Siapa yang tak tahu kalau mengatakan orang itu berdosa?

I bet none of us has the hand in the air right now.

Semua orang tahu itu berdosa. tapi tetap nak buat jugak. kami tahu kamu cantik lagi menawan. tapi bila malaikat tanye kenapa tak tutup aurat, agak-agak jawapan macam ni boleh diterima tak?

1. Saya lebih cantik kalau free hair.
2. Pakai baju ketat tu kan attractive.
3. Saya pakai tudung jarang sebab ikut fashion.

fikir-fikir kan la. jangan ada ilmu tapi tak amal. kesian kat diri sendiri.
moga jadi peringatan untuk kita semua, terutama diri sendiri ye Azuramajid.

Thursday, October 13, 2011

Hari ni dah hari khamis. wuhuuuu. 1 more day to go. tak sabar gile nak balik! Assignments dah siap. boleh balik rumah dengan senang hati :)

just a thought
i will finish my master less than 4 months from now. and i still have no plan for my future. me myself, still want to continue my studies, but ...



need to consider so many things.

Sunday, October 9, 2011

Assignment

SEMAK!

Meja tu memang sangat semak. sampai sekarang pun semak jugak.tapi takpe, sebab asignment dah tak macam keretapi dah, tinggal macam trailer je.haha.

I managed to finish two assignments today! pheww~~ another three are waiting!

Saturday, October 8, 2011

Bosan gile nak mati.

Bosan di sini bukan bermaksud aku tak tahu nak buat ape. tipu la kalau tak tahu nak buat ape. assignment aje dah macam keretapi.semua dah bersusun nak tunggu aku gerak je. tapi selalu delay :). tapi bosan sebab aku tak balik rumah. gile-gile-gile nye bosan r. jiwa kacau.hahaha.

Duduk bilik sorang ni lagi la bosan.takde orang nak ajak borak. dah la aku ni kuat membebel, takkan la nak bebel ngan buku lak kan. bosan tahu?

Gile tak sabar aku nak balik rumah ni.walaupun ada seminggu lagi :(

Friday, October 7, 2011

ikalau takde masa tak payah baca

Bila aku boring makan ikan, aku amik tempe, hakikat nye aku tak pernah boring pun makan tempe. setiap kali pergi pasar, mesti mak aku beli tempe walaupun dia tak makan tempe. salasilah keluarga aku takde jawa. tapi makan tempe mengalahkan orang jawa.

Wednesday, September 28, 2011

Si bongsu dah konvo :)

Konvonye isnin lepas, 26/9 tapi br hari ni aku nak post. biasa la kan. banyak kerja tertunggak :)

Ni dia adik bongsu aku. akhirnye konvo jugak. jubah mesti nak sama semua kan. dulu kakak aku konvo pun jubah warna ni gak. InsyaAllah tahun depan aku konvo, jubah kaler ni jugak aku sarung nye. mmg takde viarasi langsung!haha




ni outdoor amik kat Melaka. gile penat jadi juru gambar. patut la harga kemain mahal kalau nak photoshot.

Harus la tema pun hijau kan, sama je ngan tema kakak aku dulu. dah kata dah takde viarasi!


Walaupun dia lebih tinggi dari aku, tapi aku tetap kakak. muka aku mmg blurr sebab dah letih sangat bersesi fotografi.


ni gambar kakak aku konvo tahun 2007. kan same?

Friday, September 16, 2011

Semester baru

Dah seminggu semester mula, baru hari ni nak update blog. dasar pemalas!haha. bukan pemalas la, sibuk je. kadang tak sempat nak on laptop pun.

Sem ni duduk bilik baru (tapi sebnarnye buruk!), flatlet. duk sorang-sorang. boring ok! Tak kisah la buruk ke duk sorang ke jauh ke. aku bukan selalu ada kat bilik pun.malam je baru balik bilik. bak kat adik aku, bilik kau tu dah macam bilik hantu.haa.tu baru betul perumpamaan dia. nak buat macam mane kan, dah rezeki dapat bilik ni tapi sila la bersyukur ye azuramajid. daripada student lain yang kena duduk luar tu, elok lagi duduk bilik ni (walaupun mak aku sendiri pun sedih tengok bilik ni.hahaha) aku bayar mahal ok! takkan la duk bilik macam ni kan? Astagfirullahalazim. bersyukur! bersyukur!

Tapi hari ni aku dah kemas and setting2 sikit barang kat bilik ni kira ok la. tak la teruk sangat.

Sem ni kelas agak banyak, assignment toksah cakap. first day, first class dah ada assignment, submit next week! mujur hari ni cuti. adalah jugak masa nak buat. esok and ahad pun cuti jugak tapi kena pergi rumah kakak aku, dia buat open house. dah kata open house kan takkan la nak bersibuk-sibuk buat assignment kat rumah dia.

Research Project macam biasa, manjang nye sangkut! tapi Alhamdulillah dah mula writing and supervisor pun dah approve chapter 1 and chapter 2. lega nya Allah je yang tahu. Senior dah nak pergi jepun, semalam farewell party dia, sedih :'(. aku tau yang nak pergi tu dia bukan aku tapi tak tahu kenapa aku lak yang sedih. emo kan?haha. mungkin sebab terbayang yang lab tu nanti kosong kalau dia takde. sebab selama ni dia je penunggu setia dalam lab tu sebab dia kan lecturer, so memang everyday la pergi keje. yang student-student lain ni kejap-kejap je masuk lab sebab semua coursework.

Sekarang ni ada budak degree under aku. ok la kan ada jugak kawan walaupun dia macam tak selalu je masuk lab. setakat ni baru sekali je aku jumpa dia. kalau nak ajar dia bab teori insyaAllah aku boleh, tapi kalau bab teknikal payah sikit la. time aku tanye dia hari tu pun dia kata takde basic, bagus sangat la. harus la terkapai-kapai sama macam aku.haha. takpe-takpe, semua benda boleh belajar :)

Semalam budak bilik depan ni tegur aku, chinese girl, dia tanye aku first year ke? aku macam pelik la pulak sebab first year semua duduk asrama. aku ni duduk flatlet. pastu aku cakap aku master student, one year programe and this is my last semester. dia replied, ha? so young! ok. sekarang aku tau kenapa budak kat kafe and faculty selalu tengok aku bila aku bawa buku tebal-tebal and ada kunci lab sendiri. diorang ingat aku first year! woi, aku dah tua la. ada ke kata first year. kalau third year ke masuk akal la jugak kan. positif, positif. muka aku masih muda agaknye.hahaha.

Jumpa lagi next entry ye. bila tu? aku pun takde jawapan :)

Wednesday, September 7, 2011

Demam

Aku tak nak cerita pasal sambutan hari raya, sebab semua blog sibuk cerita pasal raya. sememang nye sambutan raya adalah stereotype yang mane setiap tahun adalah sama. Alhamdulillah kemeriahan dan kebahagiaan masih dirasai.

Yang aku nak bagi tahu kat sini adalah aku demam dah tiga hari tak baik-baik lagi! ni penangan panas terik + air sejuk yang dihidangkan time raya hari tu. mujur semester tak mula lagi. tak ke haru nak sok sek sok sek dalam kelas nanti.

Jumpa lagi minggu depan bila kuliah dah mula. ok bye!

Saturday, September 3, 2011

Selamat hari raya

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Dah 3 minggu aku bercuti. harapan nye cuma satu, moga ingatan dan semangat ini kembali pulih. aku tak sentuh langsung pun projek aku. gile tak sedar diri!!

Siap la bila balik uni minggu depan, habis la nak bersoal jawab dengan supervisor =(

(Boleh tak kalau nak cuti panjang sikit?)

Tuesday, August 9, 2011

Seharian bersama cik fifee :)

Semalam memang aku buat kerja gile. aku bangun sahur kul 4.30 am pastu tido balik pukul 1.00 am hari berikut nye. dan dengan musim panas yang sangat melampau ni kitorg siap bleh shopping kat jalan tar lagi.memang kerja gile! pastu melepek.

Cik Fiffe dah boring dengan kerja dia maka berhajat nak jalan-jalan kat kl.aku on je sebab sekarang kan tgh cuti sem. cuma tak masuk lab je. kitorg gerak dari melaka pukul 7.30am sampai ukm lebih kurang pukul 10.30am. landing-landing jap pastu gerak pegi sogo pukul 12pm. ni semua sebab termakan kata-kata kakak aku konon sogo ada sale gile-gile. punye la ramai manusia.padahal hari isnin tu bkn weekend pun. oleh sebab kami berdua ni mmg tak suka shopping yg sarat dgn orang, maka xde la beli ape pun. cik fifee bl kasut je satu.

Konon lepas tu nak g mid atau mines mungkin kurang orang kot.pastu kakak aku call kata kenapa tak pergi jalan tar?dah dekat rugi tak pergi. masa tu dah pukul 2 pm ye. panas bkn main. oleh sebab aku bawa tetamu, pergi la jugak jalan tar tu.aku tak beli pape pun sbb aku mmg tak suka shopping.shopping barang dapur je yang aku suka.hahaha. munking jugak cik fifee stress ngan aku yang tak suka shopping ni, terus dia ajak balik. bkn balik la.pergi shopping lain untuk berbuka.

Mula-mula nak pergi mines pastu pikir balik kaki dah tak larat jalan ni.badan pun dah lembik semacam. pergi mid senang sikit kot. terus la pergi mid.tu pun tak jalan sangat. sampai-sampai terus pergi surau untuk solat asar pastu lepak kat surau sampai pukul 6. keluar surau terus pergi booking tmpat untuk berbuka.kemain awal lagi kan?hahaha.aku malas nak jalan-jalan tu yang duk je kat restaurant tu.kitorg buka kat pizza hut je.

Aku set untuk dua orang. mula-mula tgk mcm tak cukup kan. siap rancang lepas ni kita pergi restaurant lain pulak.nafsu puasa katakan. last-last masa tinggal hujung-hujung meal tu, aku pandang dia, dia pandang aku.masing-masing dah tak larat. tapi aku habis kan jugak bahagian aku.rezeki ramadhan tak baik membazir :)

Balik bilik timbang naik satu kg.huaaaaaaaaa... hahaha.

Lepas buka pergi surau, bkn main ramai lagi. smpai nak amik wuduk pun kena beratur. tapi Alhamdulillah sempat jugak magrib.

Sebaba magrib pun solat dah hujung-hujung maka kami decide untuk tunggu isyak skali. takutnye bila dah balik bilik liat pulak nak solat sebab badan dah letih sangat. Lepas solat pergi beli roti konon untuk sahur patu terus pergi stesen komuter. aku mmg tak pernah balik mlm kalau keluar sendiri ni. risau bkn main.dah la aku bawa anak orang.hahaha. sepanjang hari doa aku moga dipermudahkan perjalanan ni.mmg aku risau la.sbb aku pun bkn tau jalan sangat pun. pastu balik dah mlm.takut bas ukm pulak dah takde. tapi Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku. perjalanan dipermudahkan :)

Aku taknak dah buat kerja gile ni. mungkin boleh buat bila bulan ramadhan dah berakhir :)

ps: tak payah la tergile-gile nak pergi shopping kat jln tar tu, harga sikit lebih kurang je pun. dan potensi untuk pahala puasa korang bertambah sikit juga adalah tinggi. selain melihat para gadis yg tak menutup aurat,kadar kapel yg berpegang tangan juga tinggi dan jugak terdapat segelintir peniaga yg tak pose pastu selamba minum kat kedai dia. kadar kesabaran pun makin kurang sebab panas terik.



Orang tengah bosan menunggu waktu berbuka :)


Memang dah tak sabar :p


Saturday, August 6, 2011

Calon Suami

1. Boleh jadi imam (lepas kahwin nanti aku nak dia imam kan solat aku)

2. Boleh mengaji, kalau pandai lagi bagus (aku nak dia jadi guru mengaji aku)

3. Dia sayang parents aku macam parents dia sendiri. InsyaAllah aku jugak akan sayang parents
dia macam parents aku sendiri.

4. Tahu tanggungjawab.

5. Boleh terima kurang nye aku dan InsyaAllah aku boleh terima kurang nye dia.

Aku tahu wish aku ni nampak-macam-bagus-dan-pikir-bagus. tapi nak buat macam mane . dah cita-cita aku nak masuk syurga. maka kena lah pilih suami yang boleh bawa aku ke jalan yang lurus.

Jangan mengharap aku akan membimbing kau ke arah kebaikan lepas kahwin sebab aku pun bengkok. Aku yang mengharap bimbingan suami lepas kahwin.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang ada ciri-ciri di atas, boleh la tinggal no telefon.(tapi jangan mimpi aku akan call.hahaha)
perhatian : untuk lelaki bujang sahaja!

nota kaki : moga ramadhan kali ni membawa berkat yang kekal abadi :)

Friday, July 29, 2011

Tolong jaga hati aku sikit boleh?

Aku tak minta banyak. sikit je.

Tolong la pakai earphone bila dengar lagu. aku stress!

Thursday, July 28, 2011

Bola

Bapak aku baru call jap tadi. motif call? semata-mata nak ingatkan aku malam ni ada bola.hahaha. memang lawak.semangat betul.ikut hati nak je aku turun kat kafe tu tgk kan.nak harap kan tv kat blok ni, makin rabun mata aku. tapi tu la, aku ni ada badi.setiap kali tgk malaysia live mesti kalah.kalau aku tak tgk,menang lak tu. malam ni aku harap sangat malaysia menang,maka nye aku tak la pi turun kafe untuk tgk. nanti kang kalau aku tgk, kalah pulak. tapikan cam tak best lak tak tgk. sebab member aku kat fb semua kecoh pasal bola. siap naik kl dari melaka weh. aku pun minat la jugak tapi tak la sampai nak pergi stadium kan. anak dara tak manis pergi tempat macam tu. eh?yeke?abaikan...

Kat rumah melaka tu, selain bapak aku, aku je la yang minat bola.abang aku tak amik pot pun. takat minat je la, main nye jangan mimpi.haha. kalau abang-abang ipar aku ada kat rumah baru la meriah sikit tgk bola.suara sorak je lebih.kalau tgk ngan mak aku, emo lebih. tak pasal-pasal kena masik siap ngan memek muka penuh perasaan.hahaha. my sayang n my kaseh kejap-kejap terkejut sebab suara sorak abang ipar aku mengalah orang kat stadium. siap berlari depan tv ni punye semangat tgk bola.hahaha.

*moment tgk bola bersama keluarga adalah sangat indah~~~
*aku dah rindu rumah!

Wednesday, July 27, 2011

Sekejap je lagi

Tinggal lebih kurang dua minggu je lagi stay kat UKM. lepas tu boleh blah dah. tak sabar gile! bukan la blah terus, cuti satu bulan je, lepas tu semester baru bermula, lepas tu tamat la sudah peringkat pembelajaran aku untuk kali ni. sangat-sangat tak sabar :)

Tadi spent 4hours kat bilik supervisor, naik ting tong kepala aku.balik bilik terus telan panadol 2 bijik! pening kot bincang lama-lama ni. dah 2 minggu sebenarnye tak jumpa supervisor. ni kira qada' balik la kan.hahaha. tapi sangat berbaloi pergi bincang hari ni.banyak input and solutions. harap baki dua minggu ni boleh siap la projek desertasi ni.nanti sem depan boleh fokus terus untuk tulis tesis, InsyaAllah :)

Hujung minggu ni balik melaka (itu pun nak bagitau,padahal memang setiap minggu pun balik melaka :)). tapi sebelum balik ada gathering ngan kawan-kawan exUPM. dua tahun kot tak jumpa tapi rasa macam baru sebulan je habis degree, cepat betul masa berlalu.

Sambut puasa kat melaka :). Puasa hari isnin, melaka cuti umum, tapi selangor tak cuti.aku tak kesah pun sebab sekarang kan tgh cuti sem, maka nye wajib aku berbuka puasa hari isnin tu kat rumah. kalau tak, ada la sesi bercucuran air mata kat hostel ni.hahaha.



Thursday, July 21, 2011

Hari ni cerita sedih

Malam ni rasa macam nak layan movie je.tak nak buat keje lain.sebenarnye hati dah rindu rumah gile-gile. kalau esok takde meeting, confirmnye aku dah balik dah hari ni. tapi esok ada meeting, kena sabar.

Semalam birthday aku. no cakes, no presents, no real wishes. macam hari-hari biasa je, sebab member aku kat sini sorang pun tak tau birthday aku bila.memang sengaja tak nak bagi tahu pun. semalam mak aku call wish birthday siap tanye nak ape lagi.pastu dia kata mak bagi cash money je la, tak tahu nak beli kan ape. terharu aku. padahal setiap bulan dia bagi cash kat aku.

Lab mate aku nak berhenti.aku sedih ok.walaupun aku gembira untuk dia sebab dia dah dapat offer jadi lecturer, how lucky she is! takpe, my time will come kan. sabar je la.tinggal 6 bulan je lagi. and she said doing master is worth.bukan wasting time macam anggapan sesetengah orang.aku setuju.

Lab mate aku lagi sorg pun nak fly dah.ni lagi aku risau.kalau dia takde nanti aku dah takde geng nak discuss.cannot imagine how next semester will be. lab tu dah kosong! of course la libian friends aku ada kat lab tu tapi diorg semua coursework, tak sentiasa ada kat lab plus bidang pun tak sama.dah la bila bercakap macam ayam ngan itik. nak bercerita pun takde feel.hahaha

Aku harap next semester adalah budak yang buat projek sama ngan aku,paling tidak pun takde la aku tercengang sorang-sorang.

*just can't wait to go home

Thursday, July 14, 2011

Tahun ni aku tak tempah baju raya

Puasa Ramadhan pun belum dah bising-bising pasal raye ye cik azuramajid?hahaha. bonus tahun ni aku habis ganti puasa awal.kira layak la aku nak gebang pasal raya kan?hihi.

Tahun ni nafsu nak tempah baju tu kurang skit.mungkin sibuk ngan master kot.jarang balik rumah lantas takde masa nak pergi tempah baju *aku tau ini alasan semata-mata :). aku dah siap-siap beli dah baju kurung siap kat jusco mid valley (xde nafsu konon,padahal dah beli pun baju raya). baju kurung tu sepasang je tambah ngan jubah yg aku kirim kat kakak aku 2 pasang.cukup la kot.baju yang dlm almari tu pun ada yang tak puas pakai lagi.

*cerita di sebalik tabir*

Kakak aku pergi bandung bulan 6 hari tu sambil memborong berkoyan-koyan kain ela.malangnye dah lewat nak pergi tempah.mak aku kata kalau pergi hantar sekarang nanti tailor tu jahit tak proper sebab tempahan dah banyak,jadi nye mak aku advice suruh hantar lepas raya je.oleh sebab aku ni anak solehah, makanye aku ikut la kata-kata mak aku tu :D

Aku agak kecewa sebab tak dapat nak gaya kan kain yg cun melecun tu time raya ni :( dan aku pun tak tau kalau buat baju tu lepas raya, apekah tujuan nye?selain dari konvokesyen adik aku,aku tak nampak lagi keperluan nak ada baju cantik lepas raya. dan sila ingat selalu ye itu adalah konvokesyen adik aku bkn konvokesyen aku,jadinye pakaian yang berlebihan adalah sangat tak sesuai :)

Sekarang aku cuma berharap bahawa baju yang aku dah beli siap tu dan jugak jubah yang dibeli oleh kakak aku tu masih muat menjelang raya nanti. *gatal pergi beli saiz sekarang sape suruh?* saiz baju-baju berikut adalah sangat berbeza dengan saiz aku 6bulan dulu.harapnye saiz ni berkurang atau paling tidak pun sila maintain.kalau tak, kau takde baju raya Azuramajid!

*dulu aku xl,sekarang aku m~~~*

Monday, July 11, 2011

Perancangan masa depan #2

Jom kita berdiskusi lagi tentang perancangan masa hadapan.oleh sebab aku sedang menulis tesis dalam bahasa melayu,makanya adalah perlu untuk aku gunakan bahasa melayu yang selengkapnya (sumpah aku bosan!ayat tunggang langgang). Lupakan pasal tesis dahulu.

Tadi aku sempat cek program mybrain untuk phd, dan aku baru sedar yang program tu akan taja selama 48bulan @ 4 tahun. secara rasmi aku memberi tahu bahawa aku akan buat phd kat Malaysia je (InsyaAllah kalau diizinkan Allah). tak payah la nak simpan angan-angan duk luar Malaysia kalau duk luar melaka pun dan meroyan :)

Aku tau mesti orang akan persoal kan kau ni asik belajar je.bila nak kawin?aku nak kawin tahun depan.haaa.tu la pengakuan jujur.hahaha. aku yang nak kawin tahun depan tapi jodoh Allah yang tentukan.jadinye aku tak tau la sama ada aku kawin ke tak. letak tepi dulu soal kahwin.sebab jodoh bukan aku yang tentukan. takkan aku nak pergi pinang laki pulak kan?Please don't drop my water face!kahkahkah

Ok.serius, serius.kalau jadi la perancangan aku sambung phd makanya umur 28@29 tahun baru aku habis, InsyaAllah. Bila umur aku cecah 30 dan aku blm kahwin lagi dan macam tak nampak pun bila nak kahwin, perancangan aku, aku akan ambil anak angkat, jadi anak susu aku. by the time umur aku 50tahun, anak-anak aku dah 20tahun, kira ok la kan? aku sebut anak-anak sebab aku nak amik 4orang anak angkat.dua lelaki,dua perempuan. biar jadi bodyguard aku and boleh bantu aku kat dapur. terperinci betul perancangan aku kan?hihi

Bila orang sibuk-sibuk cakap pasal andartu ni aku terasa gak la. ape salah jadi andartu? tak kacau suami kau dah kira cukup baik.haha. tapi kalau nak jd andartu pun biar berilmu, dan berperancangan. korang rasa kalau perempuan tak kawin tapi ada anak, isteri-isteri kat luar tu takut tak kalau perempuan ni kacau suami diorg? percentage nye adalah kurang kalau compare ngan perempuan yang tak kahwin tapi takde anak.

Aku bukan la doa supaya jodoh aku takde.ini cuma perancangan. kahwin itu sunnah. elok sangat kalau dituruti.

Ini cuma perancangan aku kalau memang dah takdir takde jodoh aku kat dunia.elok la ada anak kan daripada duduk sorang-sorang. wahhh.serius betul aku menulis ni.hahaha. tentang harta pusaka anak-anak aku tak payah risau.akan aku wasiatkan kepada mereka :) (anak angkat tak boleh warisi harta pusaka,melainkan diwasiatkan).

Sape-sape yang tak nak jaga anak tu boleh register ngan aku, tahun 2016 nanti aku jaga.boleh?hihi


Hari ni dah isnin ke?

Hari ini hari isnin tapi aku pura-pura bukan macam hari isnin. hakhakhak. jam menunjukkan sepuluh pagi tapi hati aku masih tak mahu pergi lab lagi.mungkin hari ni tak masuk lab :) wat keje kat bilik je kot.lg pun target minggu ni nak writing thesis jd nye tak masuk lab pun takpe kot.hahaha.wat assumption sendiri!

Minggu ni semingu supervisor aku takde, kakak senior pun ade conference jadi kat lab tu tinggal aku n lagi sorang lab mate je.mungkin dia pun busy prepare interview kot. jadi nye tak payah la masuk lab ye tak?hahaha.




Motif letak gambar? aku takde motif pun, cume aku nak bagitau aku rindu diorang gile-gile!

Friday, July 8, 2011

mood : bengang

Kejap je dah jumaat balik. malam ni aku tak plan nak buat ape-ape pun since I have the whole day tomorrow and the day after tomorrow which is aku memang akan teperangkap terus dalam UKM ni sehingga la keadaan kembali aman. sama-sama la kita tunggu news esok ye.brape ramai kena tangkap,brape banyak kenderaan rosak dan berapa banyak kecederaan akan berlaku. syabas! anda telah menyebabkan seluruh rakyat Malaysia menjadi susah! This is what you are truly want right? the attentions!

Konon nak serah memorandum, masa jumpa yang dipertuan agong hari tu nape tak serah terus je?nak jugak buat perhimpunan. sebab korang la mak aku tak boleh datang sini.memang hampeh!


Monday, July 4, 2011

Kita memang selalu mengikut perasaan.

Contoh nye macam aku.sebab ikut kan sangat perasaan, semalam aku balik melaka.hahaha. memang kerja gile. balik satu hari je.malam tadi balik sini balik. penat tak yah cite. aku tido more than 12hours!

Semalam bangun pagi dlm kul 4 kan pastu tetiba rasa cam rindu la sangat ngan rumah. dah nama homesick kan. fikir nye fikir, balik je lah. aku tunggu bas pukul 6.50 weh.punye la pagi. sampai pakcik bas tu tanye nak pergi mana ni dik?hahaha.

Nampak nye tekad aku masih belum bulat. semangat aku masih belum kental.

Satu mangkuk cendol ni untuk dia sorang.(ni cendol maksu tapi jadi harta dia.hahaha)


ni bakso dia, tapi 60% dia makan 40% lagi aku yang makan :)

Si comel ni selalu buat aku rindu rumah gile-gile!

Keluarga kami( bapak aku malas nak ikut)



Saturday, July 2, 2011

Fail to plan, plan to fail

Pagi sabtu nan indah ni, kita ketepi kan segala kekusutan di kepala, segala projek yg tertangguh dan segala rindu yang menggunung. chill! weekend ni aku spend kat ukm tak balik rumah walaupun telah dipujuk oleh kakak aku. semangat kena kental, tekad kena bulat! tinggal 6minggu je lagi sebelum aku bercuti. sila guna semaksima mungkin.

Hari ni kita bincang sikit pasal perancangan lepas master ye. oleh sebab master aku tinggal 6 bulan je lagi, InsyaAllah, makanya adalah perlu untuk buat perancangan seterusnya sekarang. master aku mmg tinggal 6bln je lg. sekejap je kan?

Ok first, aku mmg rancang nak cari kerja dulu, tapi dalam bidang pembelajaran like lecturer atau research assistant sebab aku memang ada plan nak buat phd. bagi aku kalau jadi lecturer, proses pembelajaran secara formal tak akan stop. Tapi aku tak apply lg pun kat mana-mana uni, nak pilih uni or kolej pun take time jugak.sebabnye aku kan homesick, nanti dapat kerja jejauh, payah la pulak. tapi rezeki bukan kita tentukan, kalau dah tiba masa untuk pergi jauh, redha je la :).

Tentang phd pulak, aku ada banyak plan.hahaha. plan memang kepakaran aku tapi bab nak melaksana tu, I'm the worst :). Impian aku nak buat phd kat oversea. tapi kita perlukan plan yang sangat teliti untuk pergi sane ye, tambah-tambah kalau orang mcm aku ni.

Plan A : Aku redah je pergi sensorang (which is for now seems like impossible).

Plan B : Aku kahwin dulu, pastu pergi ngan husband (tapi masih tak nampak jalan ke arah tu pun).

Plan C : Aku angkut skali parents aku (yang mana aku tau 80% akan gagal sebab diorang ada anak lain kat Malaysia plus ada cucu skali.mane bleh tinggal lama-lama!).

Plan D : Aku angkut je adik aku skali, dia memang takde masalah pun.on je (tapi dia sorang je still tak kawin lagi which is kena duduk ngan parents aku la kan. mcm la mak pak aku bagi dia ikut).

Plan E dan yang paling munasabah, aku sambung je kat Malaysia dan aku rasa memang dapat sokongan 100% dari keluarga aku. scholar pun tak payah pening-pening.tak payah nak pikir pasal homesick, tak payah sibuk-sibuk nak cari topik baru, tak payah susah payah nak cari supervisor yg baru. aku continue je ngan topik yg aku buat sekarang ni yang mana mmg aku dah jatuh cinta walaupun azab :).

But dreams is still dreams right? aku akan usaha jugak untuk buat dekat luar, mungkin tak ikut plan A, kita ikut plan B. tak pun mane la tahu kan nanti adik aku dah kawin then parents aku dengan senang hati nye nak ikut aku g study kan? :)

Banyak betul plan aku kan, bak kata orang 'fail to plan, plan to fail'.jadi nye kita plan je dulu, yang lebih-lebih tu biar Allah je uruskan :)

Ok, jom baca paper @_@


Thursday, June 30, 2011

Projek dan projek dan projek.

Jangan ditanye bila projek aku nak siap. sumpah! aku sendiri tak tahu. tak tahu mane penghujungnye (kadang-kadang rasa macam takde penghujung).

Ingat aku tak jeles ke project korang,korang dan korang dah nak siap. jeles ok.but, what to do, jalan ni yang aku pilih. InsyaAllah ada penghujung yang baik :)

Kalau hari ni kau tanye pastu 2 bulan lagi kau tanye soalan yang sama dan mengharapkan aku bg jawapan yang berbeza. jangan mimpi. yang pasti jawapan aku akan tetap sama sampai la penghujung sem.aku sendiri tak tahu bila projek ni nak siap!

Projek aku bkn mcm projek kau. kau doped benda ini atas benda ni kau dapat result lg sepuluh hari.pastu kau dah boleh mula tulis tesis pastu lengkap la sudah projek penyelidikan kau. Projek aku, hari ni kau dapat set data, pastu kau pikir ape yg kau boleh kaji, ape yang sebab kan data ni jd mcm ni,pastu kau cari la ape pun cara untuk analisis. analisis ni sila la buat dua tiga cara. pastu kau tak sempat habis analisa, set data baru sampai,pastu kau kena ulang balik dari step satu sampai step yg macam takde penghujung tu. pastu bila kau pergi jumpa supervisor 'owh saya nak awak buat cara ni pulak'.agak-agak bila projek aku blh siap ye? so sila jangan tanye bila projek aku nak habis.aku sendiri takde jawapan!

Harapan aku cuma satu, moga aku dapat habis kan sebelum aku tamat master which is 6 bln je yg tinggal.

Tapi sekarang aku dah ada team. sangat best bila kerja dlm team, takde la rasa alone kan.walaupun aku sorg je student.hahaha.

Hari ni hari memuji sedunia ke ape?

Pagi-pagi aku datang lab je dah ada org tegur, "baju u cantik la".

A few hours later, "u wearing a nice clothes".

Aku balik bilik, "baju akak semua cantik-cantik".(rumet aku yg ckp).

Jap tadi kat facebook, "akak makin comel la".

Sila bagi tahu aku, adakah hari ini hari memuji sedunia?

p/s: perkara-perkara di atas adalah sangat jarang berlaku ye, harap maklum.

Wednesday, June 29, 2011

Seminggu lagi bakal berlalu

Wahhh.dah pukul 3 pagi aku blm tido lagi.bukan selalu boleh dapat peluang mcm ni. (padahal dah tido lepas isyak td.hahaha) Baru bangun pukul 12 tadi tu yang masih segar bugar, plus secawan nescafe (confirm tak tido sampai pagi).

Hari ni letih sangat, siyes sampai aku terlelap dekat lab. baru sampai ukm pagi tadi, liat sungguh nak balik sini kalau dah melekat kat melaka kan. tapi tekad kena bulat.sekejap je lagi. 6bulan je.sabar!sabar!sabar!

InsyaAllah semua nya akan ok. perlu paksaan untuk menyelesaikan sesuatu (aku tahu ni habit yg tak baik,tapi nak buat macam mane,motivation selalu down). Harap minggu ni berlalu dengan tenang.

Lat weekend spend ngan cik fifee, 2 hari berturut-turut,tp still mcm tak cukup. next month kita hang out lg yek?

mood: aku rindu rumah gile-gile!

Friday, June 24, 2011

I'm going to die, soon, really soon!

Data lama belum habis terungkai, data baru dah sampai. aiyarkkkk!

Fuhhh! seb baik dah hari jumaat and esok balik melaka.boleh la lupa kan sebentar kerja-kerja kat lab tu.

Kerja berganda-ganda. itu normal.

Kepala aku pun dah pusing, tekak mual nak muntah. elok la kira nya malam ni kita berehat saje ye.sok pagi-pagi balik melaka. yeah!

Monday, June 20, 2011

Sabar la hati.

Cepat la bulan 8. tak sabar dah aku nak bercuti. kepala pening macam nak muntah. projek ntah hape-hape. sebesar zarah pun aku tak faham. ok, ini tipu. aku faham bab fizik je, bab data analysis aka math aku tak faham langsung.

Baca ulang, ulang ,ulang dan ulang dan ulang lagi dan ulang lagi dan dah ulang ke brape kali ntah, aku tetap tak faham. ini bukan main-main. tinggal 6bln je lg.

Confius. betul ke jalan yang aku pilih ni?

Friday, June 17, 2011

Disorder

Sleeping disorder, eating disorder, food disorder. semuanye la nak disorder. petanda apakah ini?

2,3 hari dah aku tdo kul 2,3 pagi kadang-kadang tak leh tido. Bangun subuh time dah hujung-hujung (6.45-650 pg). pastu baca la ape yg patut,kata student kan.pastu aku tdo balik 8pg samapi 10-11 pg. gile tak pening kepala?

Bab makan is the worst. kalau hari aku pose tu, dari waktu berbuka sampai mata nak lelap baru aku berhenti mengunyah. hari tak puasa lagi la teruk. dari sarapan sampai ke dinner aku asik makan,makan dan makan. hari ni je aku dah habis kan 1 bungkus kacang jepun (kat plastik dia tulis kacang jepun,betul ke tak aku tak tau,anggap je betul :)), siap ngan dua bar coklat. adoi la kan.maunye naik sekilo dua berat aku mggu ni :(

Kacang and coklat ni la food disorder aku.tak pernah2 teringin nak makan kacang kat sini, hari ni plak mengidam.sanggup aku pergi menapak 500meter semata-mata nak beli kacang ni.

Wanita-wanita sekalian pasti dah boleh agak symptom ape kan?hahaha.

Ingat senang ke jd perempuan? setiap bulan ada disorder.penat. tapi mudah lagi dari jadi lelaki kan? semua tanggungjawab kena pikul :)

Thursday, June 16, 2011

Tenang

:) :) :)

Alhamdulillah. Segala agak tenang sekarang.

Dua hari lepas, kalau ada yang perasan kat status fb aku, aku hampir-hampir berundur. jalan nampak kelam, gelap, gelita. Perasaan tu seakan-akan telah nekad. Aku luah segala pada labmate, bukan dengan harapan untuk dia bersimpati, bukan dengan harapan untuk dia memahami, aku mengharapkan cuma sedikit waktu untuk dia menjadi pendengar.

Tapi itulah takdir Allah. Dia kurniakan aku labmates yang sangat-sangat baik dan memahami. Alhamdulillah. Sepanjang dua hari mereka menolong aku, menolong aku rohani dan jasmani supaya aku tidak berundur. sekali kau berundur, selamanya kau akan menyesal!

Sepanjang dua hari juga mereka menemani, mengajar dari seawal a sehingga z. pantang nampak aku gelisa, pasti kata-kata semangat akan diberi.

Master bukan mudah, tapi bukan mustahil. pada mereka yang menganggap/telah terlaksana bahawa master ini mudah, beruntunglah anda. beruntung kerana anda tidak melalui kepahitan yang aku lalui.tapi aku percaya dalam kepahitan itu ada manisnya, InsyaAllah.

Thanks jugak pada my best friend sebab sudah mendengar luahan aku :).

Moga perjalan projek aku lebih mudah dan terang lepas ni, InsyaAllah.

Tuesday, June 14, 2011

Sampai bila kita harus berpecah?

Jahat sangat ke orang UMNO?
Jahil sangat ke orang UMNO?

Jahat sangat ke orang PAS?
Jahil sangat ke orang PAS?

Kesemuanya Islam dan melayu. tapi kenapa mesti berbalah?
Ideologi mane yang diikut sehingga bebas mengutuk, memperlekeh, memperkecilkan kaum/bangsa/umat seagama?
Gembira ke kita melihat bangsa sendiri bercakaran?
Sampai bila?

Sampai UMNO jatuh tersungkur?
Sampai PAS diambil alih oleh orang yang jahil?

Adakah PAS menolak UMNO kerana Islam yang diamalkan UMNO tidak tulus?
Adakah UMNO menolak PAS kerana ideologi yang mereka bawa?
Ape yang beza?
Bukankah Islam itu syumul?

~~~Masih mengharap sinar yang menyatukan dua parti melayu terbesar ini~~~

Hari ini...

Masa untuk bertenang~~~

Sunday, June 12, 2011

Sampai bila kita nak menipu?

I just found out that some of my friends cheated in the exam. hey, we are in master level! no longer kids. and I believe that we are mature enough and have enough knowledge to think. so, be careful, you need to pay it off!

ps: sekarang aku tak pelik kalau result orang lain jauhhhh lebih baik dari aku.sbb aku tau ape yg berlaku dan aku sikitttttt pun tak rasa yg result aku teruk compare dengan budak lain.

Sedar tak yang result tu akan menyebabkan kau dapat kerja?kalau result tu tak halal, gaji yang kau dapat bulan2 pun tak halal!

mood: bengang gile!

(aku bkn bengang sebab result diorg gempak gileee, atau pun result aku terukkkk gile.but when somebody told u that your pointer is among the lowest, then revealed this cheated thing, tell me sape yg tak bengang?!)

Kembali ke alam realiti (laaaa sangatt)

Selamat kembali ke UKM. Feeling : sangat tak best!. Sudah2 la tu azuramajid oi. lama gile cuti.sila la kembali ke realiti. Projek kau belum siap!!!

Daddy telah selamat pulang ke tanah air semalam dan semalam jugak aku selamat tiba di UKM. Mengemas bilik yang tak berpenghuni hampir dua minggu, banyak betul kerja yang perlu dibuat.cucian je dah dua baldi. blm lagi mengelap sane sini. makan setengah hari jugak nak bersih kan bilik nih.

Telah disuarakan hasrat hati untuk menginap terus di rumah.dua minggu sekali je pergi UKM jumpa supervisor. tapi telah ditentang keras oleh bonda tersayang. sebab dia tau aku tak buat keje pun kalau duk rumah.hahaha. I'm off everything! totally off.xde nye aku nak selak buku-buku ni.nak baca paper?jauh sekali. jalan terbaik, duk je la kau kat ukm ni Azuramajid. Bukan lama pun. Lebih kurang dua bulan je sebelum cuti. ye, aku tetap amik cuti jugak.sebulan ok, sebelum sem baru bermula. Takkan la nak suruh aku sambut raya kat sini kan? memang tak patut.

Time is really flying. kejap je dah bulan 6, jap lagi dah ramadhan pastu dah syawal pastu sem baru pun bermula. trust me, bila sem baru mula je, masa berjalan memang kau takkan rasa. sekejap je dah mid sem.tau-tau je dah final. pastu viva. pastu lengkap la sudah master aku.kejap je kan?

Sekarang sila fokuskan diri anda ye. no more honeymoon! fokus!

Thursday, June 9, 2011

Tak sampai hati

Parents aku dah tanye bila nak balik UKM.hahaha. 2minggu dah kot kat Melaka. risau diorg kalau project aku tak siap on time. bkn nye aku tak nak balik. tapi ada penghalang besar. ni dia penghalang nye...



Abang ipar aku pergi Jeddah for couple of weeks, tu yg my sayang n her family duk rumah melaka. selagi abang ipar aku tak balik selagi tu la diorg duk melaka dan selagi tu la aku tak balik UKM.hahaha.



Sampai hati ke nak tinggal kan?



Tuesday, June 7, 2011

Result

Result sem lepas dah keluar. got a few A's and B+'s. Alhamdulillah. Tapinye B+ lg banyak dari A. hampeh! what do you aspect azuramajid? This is the result on what you had put in! no regret.

Padan muka! semua take for granted kan? result pun ala-ala take for granted gak la kan.

Seb baik woo aku tak drop subjek yg ramai orang kata susah tu.kalau tak hilang sudah satu A aku. subjek tu boleh dapat A tp subjek supervisor aku bleh plak dapat B+, ape cer ni? paling tak bleh blah research methodology pun B+. aiyoook. ape nak jd ni? no idea...

Friday, June 3, 2011

UPM vs UKM, eventually...

Dah seminggu kat Melaka.tekad masih belum bulat untuk pulang ke UKM.hrmm.mungkin rabu kot br balik UKM ataupun mggu depan.hehe.kalah budak cuti skolah :) My sayang ada kat melaka sampai mggu depan, tu yang liat betul nak balik ukm.

Kita sambung entri yg dah lama aku tangguh nak tuylis tu. sekarang macam ada mood skit nak cite balik ttg upm vs ukm.hahaha.punye la lama tangguh.

UKM, uni ni mmg aku familiar even sebelum aku masuk lg. sebab nye kakak and adik aku mmg buat degree kat sini. familiar bab-bab fizikal je la.yg bab lain aku tak amik port sangat. so, untuk memudah kan aku yg sememang nye homesick sejak azali plus yg mudah sesat jalan, elok sangat la kalau aku pilih uni yg aku agak biasa selain upm.

Kenapa aku tak pilih UPM untuk master? sebab aku nak tukar environment baru.memang best kalau ada variety. dan jugak sbb upm xde coursework untuk fizik. kenal ramai lecturer satu advantage. dan aku bersyukur pilih ukm sbb aku dah jumpa bidang yg aku suka :). kalau tak masuk ukm blm tentu aku tau bidang ni wujud sbb kat upm aku tak pernah tau pun ada course ni untuk fizik.

UPM adalah universiti sekolah.hahah. exUPMners, jgn marah aku k. ni title budak uni lain yg bagi. aku cite ni zaman aku la ye,2006.skrang mungkin dah berubah. pergi kelas kena pakai kasut, bertutup ye. boleh pakai selipar lepas tu boleh la korang main kejar-kejar ngan pak guard yg mmg merata-rata kat kampus tu. siap jerit pakai healer tu pada bdk yg pakai selipar. baju pndek, jeans, skirt pendek, semua tak boleh. kad matrik sentiasa kena pakai. kalau tak saman rm30.

Pakaiain biasa kat upm tu adalah baju kurung and kasut.ni serius. kalau korang pakai mcm ni je korang bleh bergerak bebas dlm UPM tu tanpa perasaan takut-takut(utk perempuan). gate kolej akan ditutup pukul 12.00am. maksud nye kalau korg balik lewat sila la cari port lain untuk tdo kecuali ada alasan munasabah br leh masuk tp nama kena masuk buku report pak guard tu. nama aku pun ada kat situ.hahaha.kalau pelawat nak masuk pun pak guard akan cek setiap kete.a bit leceh sebenar nye.tapi ok la kan.keselamatan penting.

Semua student tak boleh bawa kenderaan(kecuali ada reason sangat konkrit).penggunaan bus adalah sangat fleksible. aktiviti kolej/blok sangat superb.siyes aku rindu!kat ukm tak pat nye benda-benda mcm ni. kalau ada pun event kat ukm ni adalah event yg formal mcm jamuan kolej, yg student takde involved secara terbuka pun. semua nya catering. kat upm kami masak sendiri! deco dewan sendiri.boleh kata semua sendiri la. semua penghuni blok pun dah macam kawan rapat.kat ukm?jiran bilik sebelah pun tak kenal! mane nilai silaturrahim ni?

Sepanjang aku duk ukm, tak pernah lagi aku dengar ada event blok. felo pun aku tak kenal sape.

Kat UKM, kau nak bawa kenderaan sesuka hati, kau nak pakai baju ape pergi kuliah pun takde orang bising, kau nak pakai selipar jamban pun takpe. kad matrik ko campak mane pun takpe (kecuali masuk libry kena ada kad matrik). blok-blok kediaman adalah sangat open.kadang2 lelaki masuk blok pun orang mcm tak kesah (sumpah aku pelik!plus jelik!). kau nak balik pukul brape pagi pun xde orang ambil tahu. aku tambah sikit fakta upm, kalau korang lepak luar blok pukul 12am, sah-sah kena halau dengan pak guard suruh balik bilik. aku pernah buat discussion sampai 12am, discussion ok bukan lepak sesuka hati, tu pun dia halau suruh balik.siap ckp sok boleh sambung lg.hahaha.

Walaupun orang ckp upm adalah uni skolah tp aku enjoy pe duk sane. takat rules tu biasa r. dan aku mmg takde masalah pun ngan rules ni.hidup mmg kena ada rules kan. takat ni je lakot bezanye.kalau bab lecture tu aku rasa xde bezasgt pun.nama pun same kos, sah la mmg xde beza. persamaan : lecturer ramai lelaki and rambut semua dah kurang.hahaha.


Monday, May 30, 2011

solution?yes, I got it!

Tgk jam kat bawah ni.dah 2.50 pagi aku masih mengadap laptop. otak aku mmg mcm ni.dah tgh2 malam la idea baru nak mencurah-curah. but Alhamdulillah sebab aku dah jumpa solution programming! aku sangat gembira.hahaha.walaupun dah menguap untuk berpuluh-puluh kali.berbaloi kot. dah jd trend kat otak aku kalau nak buat programming mesti wat tgh mlm.kalau buat siang hari mmg takde solution la jawabnye.

Jom tido! Sok kena bgn pagi.nak kena g jumpa suprvisor. harapnye semua ok la sok. mula kan minggu anda dengan senyuman.ceh ceh ceh.hahaha.

Saturday, May 28, 2011

Rumah?miss like hell!

Tak sukenye duk bilik ni time2 cuti sem plus weekend. sunyi sepi. dah la memang blok ni sunyi sepi sejak cuti sem, wing aku ada 3 bilik je yg ada penghuni termasuk bilik aku. bila weekend kebanyakkan bilik nye dah xde penghuni.tak tahu la diorg balik kampung ke atau pi mane ntah.

Bila dah sunyi ni la dan-dan tu jugak blok blakang ni gelap gelita. blok blakang ni tgh renovate.memang xde penghuni langsung.tapi selalu ada la jugak lampu yang sengaja dinyalakan oleh worker kat situ.tp hari ni tak tau la knp diorg padam semua lampu.scary ok. dah la on the way nak pergi toilet ada satu path yang memang ruang terbuka, sah-sah boleh nampak blok blakang yang sekangkang kera tu je. Ya Allah kuatkan la semangat aku.

Awal-awal aku dah siap-siap pergi toilet.hahaha.dengan harapan tgh mlm nanti tak payah pergi toilet lg. pastu tido sampai subuh esok br bangun ye.sila jgn ngada-ngada nak pergi toilet tgh2 mlm.takkan aku layan nye. wah-wah-wah.anjing dah mula berbunyik plak kat blakang ni.huh.serius hampeh! rasa mcm nak pergi tido kat kafe tu je kan.

Tetiba menyesal nape la aku tak balik rumah minggu nih.oh.sangat menyesal :(

Kawan aku kata aku tak bodoh.

Kawan aku cakap aku tak bodoh.

Kalau aku bodoh, takde la aku buat master.
Bukan kata master degree pun tak lepas.
Takde la supervisor aku bg kepercayaan untuk buat projek ni.

Apa yang aku sedang lalui ni adalah perkara normal sebab nye aku memang baru dalam bidang ni. tell u what, project ni mmg memerlukan orang yg independent untuk conduct. maksudnye, once supervisor dah pilih kau sebagai student dia yg buat projek ni, maksudnye kau la yang bertanggungjawab sepenuhnye.dia hanya memantau sahaja.MEMANTAU SAHAJA! dia akan serah kan segala tanggungjawab pada kau tak kira la kau boleh buat atau tak.

Mulai sekarang bear in your mind yang kau adalah conducter untuk project ni. bkn takat student yg asik tunggu arahan je. dan jangan simpan harapan yang projek ni akan menjadi lebih mudah dari sehari ke sehari sebab harapan tu adalah palsu!

Just prepare yourself to face the new coming day.

Thursday, May 26, 2011

Kadang-kadang aku rasa macam aku ni bodoh gile

Hari ni balik lab awal. kul 4.55pm aku dah keluar lab.mood dah swing, semua benda la swing. jap-jap makan, jap-jap makan.ni menandakan yg tahap stress aku semakin meningkat!

Orang lain wat projek kemain tersusun.sebelum buat projek lg dah tau dah goal projek dia ape.aku ni? bkn kata goal, benda yang aku tgh buat pun aku tak tau ape.dah la hampir setiap minggu pergi jumpa sepervisor.memang bodoh ke aku ni?


Monday, May 23, 2011

Wasting my precious time

Rasa macam nak nangis buat tesis dalam bahasa melayu. every single words aku kena bukak kamus. Punya la wasting time.

Admitted aku mmg lemah dalam trnslate-mentranslate ni. banyak term yang aku tak tau dalam bahasa melayu. Logik la kan kalau korang blaja and faham benda tu dalam english dan tak pernah pun translate dalam bahasa melayu, tetiba sekarang kena buat dalam bahasa melayu plak. mau nye tak tunggang langgang ayat aku.

Orang cakap buat dalam bahasa melayu lebih mudah sebab dulu time kat skolah pun blaja guna bahasa melayu. aah ye la mudah. memang la dulu time skolah aku blaja guna bahasa melayu, masalahnye term-term yang digunakan sekarang adalah level matrikulasi dan uni yang sah-sah fully english. Pening pale aku.

Keje 30 minit jadi berjam-jam. Dulu tak terasa sangat sebab aku blm mula writing.sekarang ni nak buat mukadimah pun terkial-kial :(

FILTER!

Lepas ni semua post yg aku nak buat kena filter dulu.sebab best friend aku dah jumpa blog ni!hahaha.dah tak bleh nak tulis ikut sedap hati sendiri jek.hurmm. camne ko bleh jumpa lak ni?hahaha

Thursday, May 19, 2011

viva presentation, tapi bukan aku punye :)

sok sek sok sek.uhuk uhuk uhuk.kepala berdenyut-denyut.suara semakin sengau. tanda-tanda demam semakin kelihatan. owh apekahhh?setiap bulan demam datang menjenguk. teruk sangat ke tahap imunisasi badan aku ni?yang aku pelik bila kat ukm je demamnye.bila balik melaka automatik sihat walafiat.

Smalam aku ponteng lab.sehari suntuk melepak dlm bilik je.matahari pun tak kena.semata-mata nak baik kan tekak.berbaloi la jugak sebab tekak dah tak brape sakit.cume dia ganti ngan batuk-batuk la pulak.takpe, penghapus dosa kecil :)

Tadi aku dah tak ponteng lab :) tau sbb ape?sebab nye aku nak attend presentation viva bdk master.dah sah2 la kena g fakulti kan.tp presentation tu sesi pagi je.so petang aku masuk la lab. tp duk kejap je.kul 5.45 aku balik dah.kepala dah tak stabil.

Tadi presentation budak-budak libya, sorg je malay student. tergeliat jugak otak aku cuba nak pahamkan ape yg diorg present tu.lama dah aku dengar pasal pallet-pallet ni, baru sekarang ada peluang tgk penerangan org.rupa nye pallet tu kebanyakkan nye superconductor eh?hahaha.sedih gile. ni pun tak tau. nak buat macam mane kan, takde peluang sebelum ni. sekarang ada peluang, dengar la kau sampai nak termuntah-muntah.hahaha.9 orang wat tajuk yg lebih kurang.gile tak bosan? sampai aku pun dah boleh hafal konsep utama projek diorg tu.

Lepas habis sesi presentation tu, mula la sesi bergambar :) diorg kan nak balik libya for good.jd nye sibuk la amik-amik gambar. tibe-tibe aku lak yg sedih.sem depan diorg dah takde lg.banyak la orang yg rapat dan dekat ngan aku dah takde sem depan :( kuat kan semangat azuramajid!

yang paling tak bleh blah examiner aku pun nak cuti belajar start sem depan! hrmmm. tak best, tak best, tak best.dah la lab mate aku pun nak pergi cuti belajar.kawan-kawan libya dah ramai yg balik.aku nak kawan ngan sape ni? tak boleh ke tunggu aku habis dulu br pergi mane-mane yg korang nak? nak jugak tinggalkan aku kan. tp takpe, ni ada lg masa yg limited ni, guna kan sebaik mungkin kan. paling tidak pun nanti bila diorg dah pergi,moment indah tu ada lg kat aku.setahun kejap je kan? pejam jelik aku dah setengahtahun dah kat ukm ni.

aik?kenapa entri akujd entri sedih?aku tak mau sedih-sedih ni.sok ada lg presentation.mmg muka aku la yg selalu tercongok kat situ.hahaha. aku mmg suka tgk presentation sbb banyak benda aku bleh blaja.selain ilmu yg diog sampai kan, cara present pun aku tgk gak.maklum la aku ni kan nerbes terlebih.baik jugak la sempat tgk viva org lain sblm viva diri sendiri :)

habis jugak satu entri aku taip.hahaha.ni demam ke tak ni?gaya mcm tak je?aku br telan panadol 2biji. pasni nak off to tilam empuk (walaupun keje tak siap lg). hopefully sok badan sihat seperti sedia kala.

p/s : entri ini ditaip dengan menggunakan tangan kanan sahaja.dan masa yg diambil untuk menaip adalah lebih dari 30 minit.gile lama kan?